Susu ibu sememangnya sumber zat pemakanan terbaik buat bayi baru lahir. Lantas, semua ini digalakkan untuk menyusukan anak masing-masing dengan susu ibu. Namun, amalan penyusuan ini tidaklah semudah yang disangka.
Pelbagai cabaran perlu dilalui oleh para ibu dalam menjayakan amalan ini. Salah satunya ialah mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan sesetengah perkara. Ini terutamanya yang melibatkan mitos penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa mitos yang sering kedengaran dan penjelasannya.
Mitos ini tidak tepat. Semua wanita dianugerahkan kebolehan menghasilkan susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan seperti hypoplasia of mammary gland, tumpah darah yang banyak selepas kelahiran, Sheehan syndrome dan polycystic ovarian syndrome (PCOS).
Jika tidak mengalami masalah ini, anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi keperluan bayi. Ketahuilah, kebanyakan wanita sebenarnya menghasilkan banyak susu lebih daripada keperluan bayi!
Petunjuk kurang kenaikan berat badan bayi bukan berpunca daripada kurang susu tetap ia disebabkan oleh kurangnya penerimaan susu oleh si bayi. Ia mungkin disebabkan oleh masalah pelekapan yang tidak betul dan sebagainya. Apabila hal ini berterusan, ia menjadi punca penghasilan susu semakin berkurangan.
Jika anda rasa susu kurang, teliti semula teknik penyusuan anda.
Ia tidak benar sama sekali. Jika anda melakukannya, ia boleh mengganggu proses penyusuan. Bayi yang berumur enam bulan ke bawah tidak memerlukan sumber makanan lain selain daripada susu ibu. Tambahan pula, air masak tiada zat makanan.
Apabila bayi diberi air masak, perutnya yang kecil itu akan mengembang dan menyebabkan dia kenyang. Lalu, bayi tidak akan mahu menyusu. Apabila tiada permintaan, maka tiadalah permintaan. Disebabkan itu, ia akan mengganggu proses penghasilan anda.
Susu formula tidak boleh dibandingkan dengan susu ibu. Sebaik mana pun susu formula itu, ia tidak boleh menandingi kelebihan susu ibu seperti mudah dihadam, mengandungi vitamin dan zat yang sesuai dengan keperluan bayi dan kandungan antibodinya demi melindungi bayi.
Kualiti susu ibu adalah sangat tinggi. Ia mempunyai nilai nutrien yang tinggi dan sesuai dengan keperluan bayi. Walaupun rupa susu ibu itu berbeza bagi setiap ibu, tiada susu ibu yang terhasil dengan kualiti rendah.
Jika berat bayi tidak meningkat dengan baik, ia mungkin disebabkan kurang penerimaan semasa menyusu akibat teknik penyusuan yang salah atau bayi mempunyai masalah kesihatan yang perlu diperiksa segera oleh doktor pakar.
Susu ibu dihasilkan daripada sistem peredaran darah. Bukan terus daripada perut anda. Tidak perlu minum susu semata-mata demi menghasilkan kuantiti susu yang banyak dan baik.
Adalah lebih penting jika anda mengekalkan hidrasi tubuh dengan minum banyak air dan tidak terhad kepada susu semata-mata.
Hal ini adalah tidak benar. Saiz payu dara tidak mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Saiz payu dara dipengaruhi oleh kandungan tisu lemak di dalam payudara. Penghasilan susu ibu pula dipengaruhi oleh tisu kelenjar yang berada di dalam payudara.
Anda digalakkan memberikan susu ibu secara terus dari payudara. Banyak kebaikan yang bakal anda peroleh. Antaranya mengurangkan risiko kanser payu dara, meringakan tekanan si ibu dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
Namun, kebanyakan ibu menyusu kini bekerjaya. Jadi, tiada salahnya jika anda mengepam susu, menyimpan dan menyusukan bayi menggunakan botol susu. Apa yang penting, bayi mendapat susu ibu.
Bagi bayi yang menghadapi maslah bibir sumbing, dia tentu sahaja memerlukan susu menggunakan botol dengan puting khas.