Nak Berjaya Untuk Kurus, Letakkan Target 5-10 Peratus Dulu. Cara Ni Confirm Jadi!

Share

Rata-rata dalam kalangan kita bila tengok penimbang terus fobia? Ada tu yang langsung tak mahu timbang atas alasan jika tahu berat sendiri boleh jadi kemurungan sekejap. Tapi ada juga yang terlalu obses nak tahu berat agar dapat kekalkan gaya hidup sihat.

Biasanya isu berat badan ni, golongan wanita yang terlampau cakna. Lebih-lebih lagi bagi yang lepas bersalin. Ramai yang agak sukar untuk dapat berat asal atas beberapa faktor. Bertambah risau, bila tengok orang lain boleh slim, diri sendiri masih lagi berusaha nak capai target.

Bagaimanapun, menurut Dr Rizal Abu Bakar, ramai yang tak berjaya untuk menurunkan berat badan kerana beberapa faktor ini.

Kenapa agaknya target turunkan berat selalu gagal? Ramai mencuba. Ramai yang tak berjaya.

Salah satu punca berat sukar turun ialah target yang diletakkan. Kajian dapati target tinggi sebabkan kecewa yang tinggi. Bila dah kecewa keluarlah perkataan “mampuslah dengan kurus”, “Gemuk pun gemuklah,” “meluat aku dengan diet-diet ni.”

Nak berjaya untuk kurus, letakkan target sekitar 5-10% dari berat sekarang. Contohnya kalau berat 80 kilogram letak dulu 4 kilogram. Angka ni bersamaan dengan 5%.

Bila turun sikit, dah nampak kejayaan dan pencapaian. Dah boleh lompat bintang dah. Lepas tu fokus lagi pada 5% berikutnya.

Bila dah berjaya dah jadi 10%. Banyak tu.

Apa yang menarik ialah dengan turun berat sebanyak 5%:

1) Kolesterol baik atau HDL naik sebanyak 5 poin.

2) Jumlah Triglyceride turun sebanyak 40 mg/dl.

3) Turunkan risiko terkena diabetes sebanyak 60%.

Bolehlah target rendah dulu. Tak perlu letak tinggi.

Ingat kurus untuk sihat bukan untuk cantik ya. Biar sikit-sikit turun tapi hasilnya terbaik untuk kesihatan. Yang penting kena konsisten dan jangan cepat putus asa.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar

ARTIKEL MENARIK [“Betul-Betul 10cm Baru Teran”. Alhamdulillah Bersalin 3 Anak Semuanya Tanpa Jahitan]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Petua Buang Angin Hanya Guna 3 Bahan. Legakan Sakit Kepala & Lenguh Badan]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy