Selepas melahirkan anak, anda akan menjalani amalan berpantang agar dalaman dan luaran tubuh pulih dan sihat seperti sedia kala.

Bagi anda yang pertama kali berpantang mahupun yang dah lama tidak menjalani amalan pantang, pasti tertanya-tanya apakah keperluan yang perlu disiapkan semasa menjalani tempoh ini.

Di sini Pa&Ma senaraikan barang keperluan semasa berpantang yang kena ada!

1. Tuala wanita
Penyediaan tuala wanita khusus untuk ibu lepas bersalin perlu anda sediakan.

Tempoh darah nifas selepas melahirkan anak adalah 15 hari. Namun ia berbeza antara individu dengan individu yang lain. Jadi, jangan lupa beli stok tuala wanita yang mencukupi.

2. Kain batik
Ini adalah barang keperluan semasa berpantang yang penting sejak dahulu. Penggunaannya adalah untuk menggantikan seluar yang aeluar abda pakai ketika di rumah.

IKLAN

Bagi anda yang bersalin caesar, penggunaan kain batik penting kerana bekas jahitan tidak terganggu.

3. T-shirt
Semasa berpantang anda tidak digalakkan menggunakan kipas atau pendingin hawa. Jadi, sarunglah T-shirt daripada jenis fabrik kapas yang mudah menyerap peluh.

Nak Berpantang Dengan Selesa, 8 Keperluan Ini Wajib Ada!4. Stoking
Bagi memastikan kaki anda sentiasa panas dan tidak dimasuki angin, pemakaian stoking ketika berpantang adalah sangat penting.

IKLAN

Nak Berpantang Dengan Selesa, 8 Keperluan Ini Wajib Ada!Anda perlu pakai ia sepanjang tempoh 24 jam. Atas sebab itu, anda perlu ada banyak stoking semasa berpantang.

5. Bra menyusu
Pakaian dalam ini sangat berguna kerana mempunyai fungsi yang memudahkan proses penyusuan anda.

Jika anda menggunakan bra biasa, ia agak sukar kerana tiada akses bukaan khusus bagi membolehkan anak menyusukan anak dengan mudah.

IKLAN

6. Ikan haruan
Umum mengetahui khasiat ikan haruan dalam penyembuhan luka. Biasanya ketika berpantang, ikan haruan dimasak sebagi sup, bakar atau goreng.

Jika kawasan anda tinggal sukar mendapatkan ikan haruan segar, anda boleh beli pati ikan haruan yang boleh didapati di pasaraya atau kiosk barangan herba dan kesihatan.

7. Set berpantang
Masa kini ada pelbagai set berpantang yang dijual di pasaran. Ia lengkap dari A hingga Z keperluan ibu berpantang. Senuanya ada dalam saty set. Mudah bukan?

8. Pam payudara
Jika anda berniat mahu menyusukan bayi secara eksklusif maka pam payudara adalah barang perlu milik.

Nak Berpantang Dengan Selesa, 8 Keperluan Ini Wajib Ada!Anda digalakkan membeli pam payudara yang mempunyai fungsi pengepaman berganda. Dengan adanya pam susu yang berkualiti, proses pengepaman stok susu ibu perahan untuk anak akan menjadi lebih efektif.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI