Betullah anak-anak ini peniru nombor satu ibu ayah! Tanpa kita sedar, anak sebenarnya memerhati apa yang ibu ayah lakukan. Setiap perlakuan kita akan menjadi contoh dan akan disimpan dalam memori mereka.

Mungkin ada ibu bapa hairan kan? Tapi hakikat ini semua anak kecil akan laluinya. Jadi ibu bapa mesti sentiasa berhati-hati dan tunjukkan contoh yang elok saja di depan anak-anak.

“Nak Berpantang Macam Bonda.” Terpaksa Beli ‘Baby’ Tak Mahu Kakak Kacau Adik

Seperti perkongsian seorang ibu ini, Puan Lina Wahyu, tempoh berpantang untuk kelahiran kali kedua memberi kenangan manis buatnya. Ini kerana gelagat anak sulung kembar yang berusia 3 tahun itu sangat mencuit hati dan tiru apa saja yang bonda lakukan.

“Sehingga sekarang dah lebih sebulan pantang, apa yang saya lakukan pasti anak kembar saya, Qasih Naqusaffiyyah dan Qasih Naqufattiyyah ikut. Dari bab saya makan makanan pantang, pakai stoking, bertungku, pakai kain batik dia nak juga.

“Nak Berpantang Macam Bonda.” Terpaksa Beli ‘Baby’ Tak Mahu Kakak Kacau Adik

“Seolah-olah dalam rumah ni, ada tiga orang yang berpantang. Sanggup ikut apa saja bonda buat dan pakai.

“Bukan itu saja, jika saya jaga adiknya, pasti mereka pun tetap nak buat apa yang saya buat. Pantang tinggalkan adik sekejap pasti ada idea mereka untuk kacau adik. Jadi saya dan suami sepakat untuk belikan anak patung untuk dijadikan ‘baby’ sementara.

Ads

“Nak Berpantang Macam Bonda.” Terpaksa Beli ‘Baby’ Tak Mahu Kakak Kacau Adik

“Bila masing-masing dah ada ‘baby’, barulah rasa ok sikit sebab mereka dah tak cemburu dan berebut dengan saya untuk uruskan adiknya,” katanya.

Tambah Lina lagi, gelagat anak kembarnya yang nak ikut apa yang dilakukan ini bermula ketika usia setahun setengah. Kedua-dua mereka cepat belajar dan ikut apa yang saya buat. Sama ada buat kerja rumah atau apa saja aktiviti.

“Nak Berpantang Macam Bonda.” Terpaksa Beli ‘Baby’ Tak Mahu Kakak Kacau Adik

“Walaupun masih kecil, jika rumah bersepah dengan mainan, apabila saya bagi isyarat untuk kemas rumah, mereka faham dan buat.

Ads

“Nak Berpantang Macam Bonda.” Terpaksa Beli ‘Baby’ Tak Mahu Kakak Kacau Adik

“Kiranya bila di depan mereka memang kami akan sentiasa berhati-hati dan menjaga tutur kata. Sebagai ibu, tiada apa yang diharapkan cuma mahu lihat ikatan kasih sayang ini terus berkekalan sehingga akhir hayat,” kongsinya.

Kredit: Lina Wahyu

ARTIKEL BERKAITAN [Anak-Anak ‘RAJA COPY, CCTV’ Paling Power! Apa Ibu Ayah Buat Semua Dia Tiru]

Ads

BACA JUGA: Anak Asyik Berkepit, Tak Nampak Kejap Dah Cari, Buktinya Bonding Kita Kuat!

“Nak Berpantang Macam Bonda.” Terpaksa Beli ‘Baby’ Tak Mahu Kakak Kacau Adik

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI