Kandungan kembar adalah dalam kategori kandungan berisiko tinggi dan perlu dipantau doktor pakar sepanjang kehamilan dan kelahiran. Bagaimana untuk merancang kelahiran kandungan kembar?
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Columbia Asia Bukit Rimau mengenai persediaan yang perlu dilakukan dan proses kelahiran bayi kembar.
“Biasanya doktor akan berbincang dengan pesakit akan cara kelahiran dan menyarankan kaedah kelahiran yang sesuai situasi kehamilan. Kira-kira enam daripada 10 kandungan kembar akan lahir secara pembedahan caesarean,” kata Dr Sharina.
Idealnya kandungan kembar harus dipantau oleh pakar sakit puan dan seeloknya kelahiran di hospital yang mempunyai kemudahan seperti NICU ( Neonatal Intensive Care Unit) kerana kandungan kembar berisiko tinggi untuk bersalin awal.
Sejak dulu lagi, telah menjadi praktis biasa oleh semua pakar sakit puan untuk menggalakkan kelahiran secara normal sekiranya kembar pertama berada pada kedudukan kepala di bawah
Walaubagaimanapun, pakar-pakar mempunyai pendapat yang berbeza dan pakar di luar negara mungkin mempunyai pendapat berlainan tentang cara terbaik menyambut kelahiran kembar berdasarkan kajian yang dilakukan di negara berkenaan.
BOLEHKAH DILAHIRKAN SECARA NORMAL?
Kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan syarat kandungan atau ibu tersebut adalah;
Ads
Kembar tidak lebih daripada dua dan bukan kembar bercantum/siam (conjoint twin).
Kedudukan bayi yang sesuai untuk kelahiran- kembar pertama mestilah berada dalam kedudukan kepala berada di bawah(kedudukan kepala kembar kedua begitu penting kerana kebanyakan masa kedudukan mereka akan berubah selepas kelahiran kembar pertama)
Ibu tidak mempunyai komplikasi tekanan darah tinggi yang berbahaya (pre eclampsia)
Ibu tidak mempunyai penyakit kronik yang lain seperti Penyakit Jantung
berat bayi melebihi 2kg
kandungan bukan pramatang
tiada komplikasi ‘growth restriction’ pada bayi (bayi terlalu kecil)
tiada growth discordant (satu bayi terlalu kecil berbanding dgn kembarnya)
kedua dua bayi sihat ( tiada Fetal compromise or abnormal
Sejarah kelahiran caesarean atau pembedahan lain ke atas rahim sebelum ini (kerana boleh meningkatkan risiko uterine rapture).
KELAHIRAN SECARA NORMAL BERISIKO
Kelahiran normal bagi kembar memerlukan kedudukan kepala bayi pertama di bawah.
Sekiranya kedua dua kepala bayi berada di bawah, bayi kedua akan dilahirkan pada kontraksi seterusnya selepas kelahiran bayi pertama
Sekiranya bayi kedua pula melintang ( prosedur External Cephalic Version (ECV) atau Internal Podalic Version (ICV) perlu dilakukan untuk menukar posisi menjadi songsang (breech)/ kepala dibawah(cephalic). ICV adalah sangat berisiko tinggi dan jarang jarang dilakukan pada masa kini.
Ads
Adalah penting untuk memastikan bayi berada dlm keadaan longitudinal/memanjang dan tidak melintang. Sekiranya bayi kekal melintang, bayi terpaksa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.
Namun, perlu diketahui kelahiran kembar secara normal haruslah dilakukan dengan kehadiran doktor pakar yg berpengalaman kerana banyak komplikasi boleh berlaku seperti cord prolapse (tali pusat terkeluar dan bayi boleh lemas) dan fetal distress (bayi lemas).
KESELAMATAN JANIN
Antara sebab utama doktor mengesyorkan ibu untuk melahirkan secara pembedahan caesarean ialah keselamatan kedua-dua bayi dan untuk mengelakkan keadaan retained second twin ( bayi kedua kekal dalam keadaan melintang) atau bayi kedua lemas kerana kesukAran memantau kedua dua bayi semasa dalam proses bersalin
Ads
Kontraksi rahim merupakan satu bentuk stress kepada bayi dan boleh mengakibatkan bayi lemas.
Kadangkala adalah sukar untuk memantau (monitor) kembar kedua kerana kedudukannya yg mungkin berada dia belakang kembar pertama. Sekiranya ada kesukaran ini, sesetengah doktor pakar akan mencadangkan kelahiran secara pembedahan Caesarean
PEMILIHAN HOSPITAL MESTI MEMPUNYAI CIRI-CIRI INI
Selepas mengetahui akan risiko yang boleh berlaku dalam proses kelahiran maka, ibu bapa perlu bijak merancang lebih awal dan mempertimbangkan saranan daripada doktor. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan hospital bersalin ialah;
Mengutamakan pemilihan hospital yang mempunyai kemudahan untuk ibu dan anak.
Mempunyai wad penjagaan neonatal yang mencukupi untuk menempatkan bayi yang kembar yang lazimnya lahir pada usia pramatang.
Bekalan darah yang mencukupi kerana kelahiran kembar mempunyai risiko tumpah darah sangat tinggi dimana rahim sukar untuk mengecut.
Jumlah pakar pediatrik yang mencukupi iaitu seorang bagi setiap bayi.
Mempunyai kemudahan teknikal yang mudah kerana kemungkinan pesakit memerlukan pembedahan caesarean secara kecemasan amat tinggi.
5 INFO MENGENAI KELAHIRAN KEMBAR
Bagi kandungan kembar tiga ke atas, mereka hanya boleh dilahirkan secara caeserean sahaja.
Biasanya bagi kandungan yang perlu dilahirkan secara caesarean, pembedahan akan dijadualkan pada minggu ke-3 hingga ke-37 atau lebih awal bergantung pada keadaan ibu dan janin dan juga bergantung kepada jenis kembar (monochorionic atau dichorionic)
masa untuk kelahiran kembar bergantung pada jenis kembar; seawal 32 minggu sekiranya kembar berkongsi plasenta dan berada dalam kantung amnion yg sama (monochorionic monoamniotic)
Kembar dua yang mempunyai dua plasenta berasingan dan berada dalam kantung amnion berbeza (selalunya boleh bersalin normal jika keadaan ibu sihat dan tiada komplikasi lain.Ini adalah jenis kembar yang paling kurang berisiko kerana kedua dua bayi mempunyai unit plasenta nya sendiri
Masalah ‘retained second twin’ boleh berlaku di mana bayi kedua terperangkap dalam rahim dengan keadaan songsang dan pembedahan caesarean kecemasan perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Mia ni asyik merengek je lepas tu gosok-gosok telinga dia. Mata dah nampak merah. Tak boleh jadi ni. Kena bawak jumpa doktor,” ujar Mira yang risau melihat keadaan bayinya ang baru berusia lima bulan kerap menggaru telinga.
Jangkitan telinga adalah salah satu penyakit yang biasa dialami bayi berusia antara empat hingga enam bulan. Jangkitan ini menyerang bahagian telinga tengah (sekitar gegendang telinga) Gangguan pada telinga boleh mengganggu pendengaran anak. Kenal pasti apa tanda bayi anda mengalami jangkitan telinga
• Lendir pekat dari hidung
• Demam tinggi
• Keluar kotoran kekuningan di sudut mata
• Rongga telinga nampak bengkak dan merah
• Anak mudah mengamuk dan resah
• Kerap menarik-narik atau mengorek telinga
• Keluar cairan kekuningan atau putih dari telinga
Apakah punca anak mengalami jangkitan telinga?
1. Anak biasa minum susu dari botol dengan kedudukan berbaring atau hingga tertidur. Posisi ini membuatkan susu boleh mengalir hingga Eustachian tube dan bahagian tengah telinga. Gangguan pada telinga boleh mengganggu pendengaran anak.
2. Menghisap puting kosong terutama pada waktu siang. Menurut beberapa pakar, gerakan menghisap yang berterusan akan menarik cecair dari hidung dan kerongkong ke bahagian tengah telinga. Puting juga berisiko membawa bakteria. Jadi, sebaiknya hentikan anak dari menghisap puting.
3. Kajian menunjukkan anak yang kerap terdedah pada asap rokok lebih mudah mengalami jangkitan telinga. Ini kerana asap rokok mengganggu Eustachian tube dan melemahkan serabut yang dipanggil cilia yang berfungsi mengeluarkan bakteria semasa proses bernafas. Bila cilia tidak bekerja dengan sempurna, bakteria dan kuman tersangkut dalam saluran pernafasan.
4. Alergen di udara, salah satunya adalah dari haiwan peliharaan yang biasa membawa kotoran seperti kulit kering yang menggelupas dari badan atau bulunya yang merupakan allergen. Jadi, jangan biarkan haiwan peliharaan masuk ke bilik tidur anak atau membiarkan anak memeluk atau mencium haiwan peliharaan tersebut.
Jangkitan telinga boleh mengganggu keselesaan bayi yang akan kerap merengak, meragam dan enggan bersosial. Seterusnya ia boleh menyebabkan perkembangan mereka terganggu. Kesan sebarang petanda dan rawat segera masalah jangkitan yang dihadapi oleh si manja.
Peminat cilik Dato’ Rizalman Ibrahim yang mendapat perhatian beliau pada awal tahun ini, Airen Nurain atau mesra dipanggil Ain dilaporkan meninggal dunia pagi ini setelah menghidap penyakit buah pinggang kronik dan ketumbuhan dalam otak.
Perkongsian yang dibuat oleh pereka fesyen terkenal itu meluahkan rasa sedih sebaik sahaja beliau mendapat perkhabaran duka yang disampaikan melalui pesanan aplikasi WhatsApp yang diterima.
Dalam posting tersebut menyatakan Ain meninggal dunia ketika tidur. Dalam pesanan tersebut juga menyatakan Ain ingin Dato’ Rizalman wakilkan bacaan Yasin untuknya.
“Saya amat bersedeh kerana saya tahu hari seperti ini akan tiba juga akhirnya. Semoga Allah menempatkan adik Airen di tingkatan termulia bersama ibubapa serta keluarganya. Saya amat terkesan.”
Posting berkenaan dihujani ucapan takziah dan mendoakan semoga roh arwah Ain ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Arwah Airen turut dijemput oleh Dato’ Rizalman ke pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya pada Februari lalu. Yang mana Airen turut berpeluang bertemu mata dengan beberapa selebriti lain seperti Dayang Nurfaizah dan juga Hael Husaini.
Salam takziah diucapkan buat keluarga Airen semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Setiap ibu atau bapa pasti mengharapkan anak yang lahir sihat sempurna dan dapat membesar dengan sihat. Namun apabila diuji dengan kesakitan, selagi termampu ibu bapa akan terus kuat dan berusaha untuk buat yang terbaik buat anak-anak.
Melalui kisah pasangan suami isteri ini ia cukup menyayat hati apabila anak perempuannya yang masih kecil diuji dengan kanser.
Lagi sedih apabila pelbagai prosedur rawatan terpaksa ditempuhi sejak anak berusia 3 tahun lagi. Anak comel yang diberi nama Lily Rose ini menjadi perhatian apabila videonya tular bersama ayahnya.
“2 tahun lepas kami diberitahu Lily akan pergi selamanya…”
Menurut info, kanak-kanak comel ini disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap 4. Ia merupakan sejenis barah jarang yang bermula di perut, namun kini telah merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Bahkan 2 tahun lepas antara episod yang menyayat hati apabila doktor beritahu jangka hayatnya tidak lama. Disebabkan itu, ibunya sanggup mencari pakaian, keranda serta tapak kubur buat anak kesayangannya.Berkat kuat semangat, Lily kini masih bertahan pada usia 7 tahun.
Bagaimanapun, rawatan kemoterapi telah memberi banyak kesan sampingan terhadap Lily. Selain keguguran rambut, dia juga menghidap keradangan mukosa di beberapa bahagian tubuhnya.
Namun mujurlah ayahnya menjadi insan yang paling kerap berada di sisi. Tersentuh melihat pengorbanan suami tercinta sepanjang tempoh sukar berkenaan, ibu Lily akui pernah berharap mereka tidak pernah berjumpa.
Meskipun pelbagai rintangan terpaksa diharungi, namun dia diangkat sebagai seorang ayah yang sempurna buat Lily Rose kerana selalu hadir tatkala detik susah mahupun senang. bahkan ujar isterinya lagi, tidak ramai lelaki di dunia ini sanggup menggalas tanggungjawab berat ini dengan baik sepertinya.
Kredit: IG liveforliliyrose & kisah dunia
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.