Kandungan kembar adalah dalam kategori kandungan berisiko tinggi dan perlu dipantau doktor pakar sepanjang kehamilan dan kelahiran. Bagaimana untuk merancang kelahiran kandungan kembar?

Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Columbia Asia Bukit Rimau mengenai persediaan yang perlu dilakukan dan proses kelahiran bayi kembar.

“Biasanya doktor akan berbincang dengan pesakit akan cara kelahiran dan menyarankan kaedah kelahiran yang sesuai situasi kehamilan. Kira-kira enam daripada 10 kandungan kembar akan lahir secara pembedahan caesarean,” kata Dr Sharina.

Idealnya kandungan kembar harus dipantau oleh pakar sakit puan dan seeloknya kelahiran di hospital yang mempunyai kemudahan seperti NICU ( Neonatal Intensive Care Unit) kerana kandungan kembar berisiko tinggi untuk bersalin awal.

Nak Bersalin Anak Kembar, Cara Normal Pun Boleh, Tapi Doktor Kata Mesti Ikut Kriteria Ini. Ketahui Risiko Masa Proses Kelahiran

Sejak dulu lagi, telah menjadi praktis biasa oleh semua pakar sakit puan untuk menggalakkan kelahiran secara normal sekiranya kembar pertama berada pada kedudukan kepala di bawah

Walaubagaimanapun, pakar-pakar mempunyai pendapat yang berbeza dan pakar di luar negara mungkin mempunyai pendapat berlainan tentang cara terbaik menyambut kelahiran kembar berdasarkan kajian yang dilakukan di negara berkenaan.

BOLEHKAH DILAHIRKAN SECARA NORMAL?

Kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan syarat kandungan atau ibu tersebut adalah;

IKLAN
  1. Kembar tidak lebih daripada dua dan bukan kembar bercantum/siam (conjoint twin).
  2. Kedudukan bayi yang sesuai untuk kelahiran- kembar pertama mestilah berada dalam kedudukan kepala berada di bawah(kedudukan kepala kembar kedua begitu penting kerana kebanyakan masa kedudukan mereka akan berubah selepas kelahiran kembar pertama)
  1. Ibu tidak mempunyai komplikasi tekanan darah tinggi yang berbahaya (pre eclampsia)
  2. Ibu tidak mempunyai penyakit kronik yang lain seperti Penyakit Jantung
  3. berat bayi melebihi 2kg
  4. kandungan bukan pramatang
  5. tiada komplikasi ‘growth restriction’ pada bayi (bayi terlalu kecil)
  6. tiada growth discordant (satu bayi terlalu kecil berbanding dgn kembarnya)
  7. kedua dua bayi sihat ( tiada Fetal compromise or abnormal
  8. Sejarah kelahiran caesarean atau pembedahan lain ke atas rahim sebelum ini (kerana boleh meningkatkan risiko uterine rapture).

Nak Bersalin Anak Kembar, Cara Normal Pun Boleh, Tapi Doktor Kata Mesti Ikut Kriteria Ini. Ketahui Risiko Masa Proses Kelahiran

KELAHIRAN SECARA NORMAL BERISIKO 

Kelahiran normal bagi kembar memerlukan kedudukan kepala bayi pertama di bawah.

Sekiranya kedua dua kepala bayi berada di bawah, bayi kedua akan dilahirkan pada kontraksi seterusnya selepas kelahiran bayi pertama

Sekiranya bayi kedua pula melintang  ( prosedur External Cephalic Version (ECV) atau Internal Podalic Version (ICV) perlu dilakukan untuk menukar posisi menjadi songsang (breech)/ kepala dibawah(cephalic). ICV adalah sangat berisiko tinggi dan jarang jarang dilakukan pada masa kini.

IKLAN

Adalah penting untuk memastikan bayi berada dlm keadaan longitudinal/memanjang  dan tidak melintang. Sekiranya bayi kekal melintang, bayi terpaksa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.

Namun, perlu diketahui kelahiran kembar secara normal haruslah dilakukan dengan kehadiran doktor pakar yg berpengalaman kerana banyak komplikasi boleh berlaku seperti cord prolapse (tali pusat terkeluar dan bayi boleh lemas) dan fetal distress (bayi lemas).

Nak Bersalin Anak Kembar, Cara Normal Pun Boleh, Tapi Doktor Kata Mesti Ikut Kriteria Ini. Ketahui Risiko Masa Proses Kelahiran

KESELAMATAN JANIN

Antara sebab utama doktor mengesyorkan ibu untuk melahirkan secara pembedahan caesarean ialah keselamatan kedua-dua bayi dan untuk mengelakkan keadaan retained second twin ( bayi kedua kekal dalam keadaan melintang) atau bayi kedua lemas kerana kesukAran memantau kedua dua bayi semasa dalam proses bersalin

IKLAN

Kontraksi rahim merupakan satu bentuk stress kepada bayi dan boleh mengakibatkan bayi lemas.

Kadangkala adalah sukar untuk memantau (monitor) kembar kedua kerana kedudukannya yg mungkin berada dia belakang kembar pertama. Sekiranya ada kesukaran ini, sesetengah doktor pakar akan mencadangkan kelahiran secara pembedahan Caesarean

PEMILIHAN HOSPITAL MESTI MEMPUNYAI CIRI-CIRI INI

Selepas mengetahui akan risiko yang boleh berlaku dalam proses kelahiran maka, ibu bapa perlu bijak merancang lebih awal dan mempertimbangkan saranan daripada doktor. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan hospital bersalin ialah;

  1. Mengutamakan pemilihan hospital yang mempunyai kemudahan untuk ibu dan anak.
  2. Mempunyai wad penjagaan neonatal yang mencukupi untuk menempatkan bayi yang kembar yang lazimnya lahir pada usia pramatang.
  3. Bekalan darah yang mencukupi kerana kelahiran kembar mempunyai risiko tumpah darah sangat tinggi dimana rahim sukar untuk mengecut.
  4. Jumlah pakar pediatrik yang mencukupi iaitu seorang bagi setiap bayi.
  5. Mempunyai kemudahan teknikal yang mudah kerana kemungkinan pesakit memerlukan pembedahan caesarean secara kecemasan amat tinggi.

5 INFO MENGENAI KELAHIRAN KEMBAR

  1. Bagi kandungan kembar tiga ke atas, mereka hanya boleh dilahirkan secara caeserean sahaja.
  2. Biasanya bagi kandungan yang perlu dilahirkan secara caesarean, pembedahan akan dijadualkan pada minggu ke-3 hingga ke-37 atau lebih awal bergantung pada keadaan ibu dan janin dan juga bergantung kepada jenis kembar (monochorionic atau dichorionic)
  3. masa untuk kelahiran kembar bergantung pada jenis kembar; seawal 32 minggu sekiranya kembar berkongsi plasenta dan berada dalam kantung amnion yg sama (monochorionic monoamniotic)
  4. Kembar dua yang mempunyai dua plasenta berasingan dan berada dalam kantung amnion berbeza (selalunya boleh bersalin normal jika keadaan ibu sihat dan tiada komplikasi lain.Ini adalah jenis kembar yang paling kurang berisiko kerana kedua dua bayi mempunyai unit plasenta nya sendiri

Masalah ‘retained second twin’ boleh berlaku di mana bayi kedua terperangkap dalam rahim dengan keadaan songsang dan pembedahan caesarean kecemasan perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI