Kandungan kembar adalah dalam kategori kandungan berisiko tinggi dan perlu dipantau doktor pakar sepanjang kehamilan dan kelahiran. Bagaimana untuk merancang kelahiran kandungan kembar?
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Columbia Asia Bukit Rimau mengenai persediaan yang perlu dilakukan dan proses kelahiran bayi kembar.
“Biasanya doktor akan berbincang dengan pesakit akan cara kelahiran dan menyarankan kaedah kelahiran yang sesuai situasi kehamilan. Kira-kira enam daripada 10 kandungan kembar akan lahir secara pembedahan caesarean,” kata Dr Sharina.
Idealnya kandungan kembar harus dipantau oleh pakar sakit puan dan seeloknya kelahiran di hospital yang mempunyai kemudahan seperti NICU ( Neonatal Intensive Care Unit) kerana kandungan kembar berisiko tinggi untuk bersalin awal.
Sejak dulu lagi, telah menjadi praktis biasa oleh semua pakar sakit puan untuk menggalakkan kelahiran secara normal sekiranya kembar pertama berada pada kedudukan kepala di bawah
Walaubagaimanapun, pakar-pakar mempunyai pendapat yang berbeza dan pakar di luar negara mungkin mempunyai pendapat berlainan tentang cara terbaik menyambut kelahiran kembar berdasarkan kajian yang dilakukan di negara berkenaan.
BOLEHKAH DILAHIRKAN SECARA NORMAL?
Kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan syarat kandungan atau ibu tersebut adalah;
KELAHIRAN SECARA NORMAL BERISIKO
Kelahiran normal bagi kembar memerlukan kedudukan kepala bayi pertama di bawah.
Sekiranya kedua dua kepala bayi berada di bawah, bayi kedua akan dilahirkan pada kontraksi seterusnya selepas kelahiran bayi pertama
Sekiranya bayi kedua pula melintang ( prosedur External Cephalic Version (ECV) atau Internal Podalic Version (ICV) perlu dilakukan untuk menukar posisi menjadi songsang (breech)/ kepala dibawah(cephalic). ICV adalah sangat berisiko tinggi dan jarang jarang dilakukan pada masa kini.
Adalah penting untuk memastikan bayi berada dlm keadaan longitudinal/memanjang dan tidak melintang. Sekiranya bayi kekal melintang, bayi terpaksa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.
Namun, perlu diketahui kelahiran kembar secara normal haruslah dilakukan dengan kehadiran doktor pakar yg berpengalaman kerana banyak komplikasi boleh berlaku seperti cord prolapse (tali pusat terkeluar dan bayi boleh lemas) dan fetal distress (bayi lemas).
KESELAMATAN JANIN
Antara sebab utama doktor mengesyorkan ibu untuk melahirkan secara pembedahan caesarean ialah keselamatan kedua-dua bayi dan untuk mengelakkan keadaan retained second twin ( bayi kedua kekal dalam keadaan melintang) atau bayi kedua lemas kerana kesukAran memantau kedua dua bayi semasa dalam proses bersalin
Kontraksi rahim merupakan satu bentuk stress kepada bayi dan boleh mengakibatkan bayi lemas.
Kadangkala adalah sukar untuk memantau (monitor) kembar kedua kerana kedudukannya yg mungkin berada dia belakang kembar pertama. Sekiranya ada kesukaran ini, sesetengah doktor pakar akan mencadangkan kelahiran secara pembedahan Caesarean
PEMILIHAN HOSPITAL MESTI MEMPUNYAI CIRI-CIRI INI
Selepas mengetahui akan risiko yang boleh berlaku dalam proses kelahiran maka, ibu bapa perlu bijak merancang lebih awal dan mempertimbangkan saranan daripada doktor. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan hospital bersalin ialah;
5 INFO MENGENAI KELAHIRAN KEMBAR
Masalah ‘retained second twin’ boleh berlaku di mana bayi kedua terperangkap dalam rahim dengan keadaan songsang dan pembedahan caesarean kecemasan perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi.