Semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, mungkin kebanyakan ibu bapa rasa panik, tambahan pula jika ia bayi pertama. Cara ibu ini membuat persediaan barangan keperluan diri dan bayi ke hospital.
Nadyia Yaya berkongsi caranya menyimpan keperluan bayi dan diri untuk dibawa ke hospital. Cara praktikal menggunakan plastik berzip sangat menarik untuk diaplikasikan. Lebih mudah dan tersusun!
#1: KEPERLUAN WAJIB
Ibu ini menyenaraikan beberapa dokumen dan alatan keperluan penting yang wajib dibawa. Antaranya buku rekod kehamilan atau buku pink dan kad pengenalan.
#2: KELENGKAPAN BAYI
Menarik sekali pakaian bayi siap dipekkan dalam plastik berzip untuk memudahkan ia diambil. Lebih tersusun dan sistematik. Bagi setiap pek plastik ialah lampin pakai buang, set baju dan seluar. Setiap pek siap dilabelkan untuk keperluan di labour room, hari pertama, kedua dan ketiga.
Bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, beli saja pakaian bayi secara online. Nak lebih jimat, DPAM kini sedang mengadakan promo ‘free shipping’. Tawaran ini hanya bermula dari 25-31 Julai 2019 dengan menggunakan kod DPAMFS.
Tidak ketinggalan beberapa set pakaian dan barut ekstra. Dia juga meletakkan selimut, bedung selimut dan sapu tangan dalam plastik berzip yang lain. Manakala dalam bakul pula barang keperluan penjagaan diri bayi.
#3: KELENGKAPAN IBU
Untuk ibu jangan pula tertinggal. Ibu ini turut menyenaraikan beberapa keperluan mesti dibawa iaitu pakaian, breast pad, pad materniti, barang penjagaan diri dan pam susu.
#4: PERSEDIAAN MAKANAN & MINUMAN
Proses bersalin perlukan tenaga. Maka makanan dan minuman perlu disediakan dan dibawa ketika di hospital. Idea meletakkan ia dalam satu bakul lebih kemas.
PAKAIAN BAYI SEMASA BERPANTANG DI RUMAH IBU BAPA/ MERTUA
Selain itu, ibu ini juga turut memberikan idea untuk menyimpan pakaian bayinya ketika berpantang selain daripada di rumah sendiri.
Sumber: Nadyia Yaya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI