Dalam membesarkan anak-anak, ibu ayah memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Macam-macam karenah, pelbagai perangai yang mereka buat yang selalunya akan menguji kesabaran orang dewasa.

Tapi itu semua lumrah kehidupan dan merupakan proses untuk kita sebagai ibu bapa menjadi matang dan lebih bijak untuk menangani anak-anak sendiri.

Perkongsian daripada Ibu Rose tentang sebab kenapa kita sebagai ibu ayah susah nak sabar dengan anak-anak sedikit sebanyak dapat memberikan penjelasan mengapa hal tersebut berlaku.

Ikuti perkongsiaannya:

3 SEBAB UTAMA KENAPA SUKAR SANGAT NAK SABAR DENGAN ANAK-ANAK.

Alhamdulillah, Ibu dah share dalam Closed Group Bina Generasi Love World secara terperinci berkenaan topik ini.

InsyaAllah, buat yang tidak berpeluang berada bersama live tersebut, Ibu kongsikan serba sedikit isi penting ya. 3 sebab UTAMA kenapa sukar sangat nak sabar dengan anak-anak :

1. RISAU YANG BERLEBIHAN

Oleh kerana ikatan kasih yang sangat kuat pada anak, maka kerisauan pada anak pun jadi berlebihan. Umpamanya, bila anak susah nak memahami suatu pelajaran walaupun telah diajar berkali-kali, akhirnya ibu mudah menjadi marah, tinggi suara sebab takut anak menjadi orang yang gagal. Takut anak tak berjaya dalam exam. Takut anak gagal dalam hidup. Takut anak tak mampu hadapi cabaran pada masa hadapan.

IKLAN

Sedangkan ia belum pun berlaku dan tidak semestinya berlaku seperti yang difikirkan. Kerisauan dan ketakutan yang berlebihan dan tidak membina ini lah antara punca kenapa ibu bapa mudah marah pada anak.

Inilah yang kadang orang kita kata, marah sebab sayang. Sedangkan ada cara lebih baik untuk pamerkan sayang, kenapa tidak pilih cara yang lebih baik itu kan?.

2. TIDAK TERIMA REALITI, MENAFIKAN

Mungkin kerana ‘expectation’ kita terhadap anak tinggi, bila anak tak mampu capai apa yang kita jangkakan maka kita tak dapat terima. Atau mungkin bila lihat perkembangan anak berbeza atau kurang berbanding anak orang lain, atau beradik lain, maka kita lebih mudah marah padanya.

Sebagai contoh, ada juga ibu bapa yang tidak menerima yang anaknya adalah mild ADHD atau AUTISME atau juga speech delay. Ada juga yang berasa stress bila lihat anaknya yang berumur 6tahun masih belum boleh membaca, sedangkan kawan sebaya dengannya di tadika yang sama sudah lancar membaca.

Perbandingan ini benar-benar menghambat ketenangan jiwa.
Sebenarnya, apa yang seharusnya dilakukan adalah menerima apa jua yang telah Allah takdirkan dan carilah solusi yang terbaik. FOKUS pada SOLUSI dan bukan PERMASALAHAN anak itu.

Ibu yakin dan percaya semua anak adalah HEBAT dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk membebaskan kehebatannya.

Soalan yang sepatutnya ditanya adalah BAGAIMANA ANAK SAYA HEBAT. Kalau anda memiliki Audio Class Parenting Bijak Pro, di situ Ibu ada kongsikan berkenaan VAK dan MI yang bila memahami perkara ini, InsyaAllah, hati akan lebih tenang kerana sedar betapa UNIKnya MANUSIA dan ada pelbagai jenis kecerdasan.

3. TIDAK PANDAI URUS TENAGA

Yelah, bila kita balik kerja dan penat, memang akan mudah menjadi SINGA. Namun, kita ada pilihan sama ada mahu meninggalkan memori yang INDAH atau memori DUKA pada anak-anak.

Seronokkan bila pulang dari kerja anak-anak berkejar mahu memeluk kita berbanding tidak hirau atau tidak kisah. Inilah HASIL dari apa yang kita beri pada anak selama ni.

Andai tiap kali bertemu kembali, kita bermuka manis dan menceriakan mereka, InsyaAllah mereka juga akan menceriakan kita.

Kalau kita kata kita penat seharian bekerja, anak juga begitu sebenarnya. Tidakkah kita sedar yang anak juga penat di taska atau di sekolah dengan pelbagai aktiviti? Bahkan sangat merindui ibu bapanya yang terakhir bersama 10jam yang lepas. Tangki emosi mereka sedang menyusut dan perlu dipenuhi. Fikir-fikirkanlah.

Justeru sangat penting untuk ibu bapa belajar bagaimana untuk mengurus TENAGA. Paling mudah dengan 3 langkah ini BETULKAN CARA BERNAFAS (Tarik nafas dalam-dalam), perbanyakkan SELAWAT dan sering BERWUDHU’. Minta kekuatan dari Allah, InsyaAllah Allah akan bantu pulihkan tenaga kita. Buatlah semuanya untuk raih redha Allah, pasti Dia akan permudahkan.

Sumber: Ibu Rose

EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Jangan lupa saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad 20 September jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents