Ramai ibu bapa nak biasakan anak dengan al-Quran tapi tak sedar ada kesalahan yang dibuat hingga membunuh jiwa anak kecil dari mencintai al-Quran.

Pengalaman ibu ini, Siti Aminah Sulaiman berjumpa beratus ibu-ibu yang ajar sendiri anak al-Quran dirumah, komplen mereka ialah makin mereka rajin nak ajar anak, tapi anak jadi makin liat atau tak nak langsung baca Al Quran !

Rupanya bila dikaji semula, ada beberapa kesalahan yang biasa kita lakukan tanpa sedar

1) MARAH ATAU ROTAN

Kadang-kadang niat kita baik, nak anak pandai baca al-Quran dari kecil.

Kita tak nak ulang lagi kesilapan kita yang buta huruf masa kecil dulu.

Jadi kita halalkan rotan bila ajar anak mengaji al-Quran. Silap sikit tertukar huruf, habis dihambur anak tu ‘lembap’ sebab tertukar huruf antara (jim) dan (kho)

Kesian anak tu..agak-agaknya dah besar nanti dia suka ke baca al-Quran? Kalau mungkin dulu kita pernah rasa sakitnya dirotan atau disebat masa mengaji, tolong jangan ulang lagi rasa sakit tu pada anak kita.

Izinkan mereka jatuh cinta dengan al-Quran. Zaman kecil kita sudah berlalu, yang lepas tu biarlah.

Marah atau rotan anak ketika mengaji al-Quran hanya akan mampu lahirkan anak boleh baca al-Quran dalam masa singkat kerana TAKUT tapi tidak akan berjaya lahirkan anak yang cinta al-Quran.

Nak Biasakan Anak Dengan al-Quran, Tapi 5 Kesalahan Ini Yang Ibu Bapa Selalu Buat!

2) REWARD

Kaedah ini memang sangat cepat. Saya pun pernah tertipu bila guna kaedah reward untuk umpan anak baca dan hafaz al-Quran.

IKLAN

Tapi akhirnya anak hanya mengaji bila dapat reward. Perlahan-lahan saya berhenti guna kaedah reward ni dan saya sendiri mula lazimi dan rutinkan al-Quran setiap hari.

Saya perasan anak saya mula rajin baca al-Quran tanpa perlu disuruh lagi. Pernah anak kedua saya datang ketika saya sedang membaca al-Quran dan bertanya:

“Mak suka baca al-Quran eh?”

Saya mengangguk dan sambung semula baca..tak lama lepas tu anak 4 tahun saya bawa juga al-Quran dia dan baca sebelah saya.

Indah sekali momen tu..tak mampu dibeli dengan segunung duit pun. Kita perlu mula dulu menjadi CONTOH kepada anak, mereka sangat mudah mengikut.

3) COMPARE / PERBANDINGAN ANTARA ANAK

Ini juga kesalahan yang kerap ibu ayah lakukan. Saya juga hampir jatuh dalam kesilapan ini tapi suami saya berjaya selamatkan saya.

Bila kita ada anak lebih dari seorang, kita kan melihat pelbagai pattern cara belajar anak. Ada anak yang cepat baca, ada yang lambat.

IKLAN

Di sini kita akan mudah bandingkan kelebihan mereka. Anak pertama saya sangat cepat belajar baca al-Quran, umur 3 tahun dah boleh baca sendiri al-Quran.

Bila mengandung anak kedua, saya sangat yakin anak kedua ni boleh baca lebih laju dari abangnya. Rupanya yang berlaku adalah sebaliknya.

Allah Al Mussawwir menciptakan mahluknya dalam pelbagai rupa dan kelebihan. Anak kedua ni lambat tangkap skil membaca tapi mempunyai daya hafazan yang luar biasa.

Suami minta saya FOKUS kepada KELEBIHAN anak-anak

dan lebihkan BERSYUKUR. Jangan bandingkan anak-anak, setiap anak ada fasa belajar mereka sendiri yang penting mereka ENJOY momen belajar al-Quran mudah mereka membesar menjadi Pencinta al-Quran.

Nak Biasakan Anak Dengan al-Quran, Tapi 5 Kesalahan Ini Yang Ibu Bapa Selalu Buat!

4) PAKSA

Jangan dipaksa anak menghafaz al-Quran kalau mereka tidak berminat. Kenal pasti kenapa anak jadi tidak berminat?

IKLAN

Ada sebab mereka tak nak mengaji atau hafaz al-Quran. Suburkan cinta dan minat secara semula jadi. Tapi bagaimana?

Disinilah kita perlu banyakkan bercerita kisah-kisah dalam al-Quran. Kisah ajaib seperti kisah pemuda al Kahfi, kisah-kisah nabi, kisah pemuda yang tidur 100 tahun dan banyak lagi kisah lain pasti akan buatkan anak teruja untuk mendalami sendiri al-Quran.

SubhanaAllah. inilah kehebatan dan mukjizat al-Quran. Saya sudah pernah cuba kaedah ini kepada sekumpulan anak kecil..

Saya tidak paksa mereka hafaz surah Al Kahfi, saya mulakan dengan bercerita dulu kisah pemuda yang tidur dalam gua selama 309 tahun. Kemudian anak-anak ini yang MINTA SENDIRI untuk hafaz ayat dalam surah al Kahfi.

Ingat, jangan PAKSA anak hafaz, tapi tanamkan benih cinta dulu. Proses menghafaz akan jadi lebih mudah.

5) LUPA DOA PADA ALLAH

Sering kita tertipu bila anak pandai baca al-Quran, kita rasakan semuanya atas hasil usaha kita sendiri. Dalam hati selalu bisik ” pandai aku ajar anak aku..” Buang perkataan ‘AKU’ tukar pada ‘DIA’

DIA= ALLAH

Kita tidak akan mampu ajar anak al-Quran tanpa pertolongan Allah. Allah yang beri kita sihat supaya dapat ajar anak..kalau sakit mampu ke kita ajar?

Allah izinkan kita ada masa untuk ajar anak..kalau kita sibuk ada masa ke nak ajar? Semua berlaku dengan IZIN ALLAH

Dan untuk dapat anak yang CINTA al Quran,perlu minta pada ‘DIA’. Sangat perlu minta pada DIA kerana dia yang pegang hati setiap hambaNya.

Sumber: Siti Aminah Sulaiman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI