Jika anak lambat bercakap memang buat ibu bapa risau cuma tak tahu nak buat apa. Ada juga hanya membiarkan ia berlaku tanpa sebarang tindakan disebabkan ada yang kata, “tunggulah sehingga enam tahun, anak boleh lah bercakap nanti” dan ada juga kata sebab genetik. Apa pun alasannya, ibu ayah tolong ‘take note’ bahawa jika dibiarkan begitu je, memang akan memberikan kesan kepada perkembangan anak. Memang nampak remeh, tetapi jika anak lambat bercakap ia akan menganggu kemahiran membaca, menulis dan sekali gus, hubungan sosialnya dengan rakan sebaya akan terjejas.
Nak tahu cara bagaimana nak handle anak yang lambat bercakap. Memang ada pelbagai cara yang kita ketahui dan baca sebelum ini. Mungkin boleh cuba pula cara tenaga pengajar Teacher Ayu dari Exel Qhalif moga menjadi panduan buat ibu ayah.
Ramai ibu bapa yang hadir berjumpa saya dalam keadaan panik, apabila umur anak menjangkau 3 atau 4 tahun tetapi masih menggunakan bahasa bayi. Ada juga anak yang hanya menggunakan satu patah perkataan bila menyatakan sesuatu. Tidak kurang yang hanya menunjukkan sahaja apa yang dimahu.
Sungguhpun begitu mengikut pengalaman dan pemerhatian saya anak-anak ini bijak. Sungguh bijak cuma mereka lambat bercakap. Tapi kenapa ia terjadi? Mengikut kajian terlalu banyak faktor yang menyebabkan ia terjadi, tetapi di sini saya ringkaskan kepada 5 faktor asas utama. In Sya Allah ia boleh dijadi kayu ukur buat kita semua.
Genetik
Mungkin kita biasa dengar orang berkata begini,
“Tak pelah anak kau tu lambat bercakap. Sebab masa kau kecil dulu pun lambat bercakap. Umur 5 tahun baru boleh cakap. Itupun pelat.”
YA! Mengikut kajian genetik mempengaruhi kebolehan dan kemahiran bercakap. Faktor keturunan ini samalah seperti yang mempengaruhi bentuk tubuh badan, iras muka dan sebagainya. Sungguhpun begitu, ia bukanlah satu perkara yang boleh dilepas pandang, tambahan pula di zaman serba mencabar sekarang. Komuniti pergaulan yang kita lalui dahulu tidak sama dengan yang didepani oleh anak kita sekarang.
Ads
Pergaulan yang Terhad
Zaman yang serba mencabar dan demi memenuhi keperluan kehidupan hari ini, ibu dan bapa terpaksa mencari rezeki bersama. Sebahagian besar tanggungjawab membesarkan mereka ini diberi kepada bibik (orang gaji), nenek mahupun taman asuhan. Mereka tiada teman bermain atau melayan bercakap. Seperti yang dinyatakan tadi, komuniti pergaulan anak ini terhad tidak seperti kita seperti dahulu. Kita berpeluang bermain di luar dengan bebas. Aktviti seperti bermain police and thief, galah panjang, nyorok-nyorok bukan sahaja mampu membantu perkembangan otot mereka malah sangat merangsang komunikasi anak 2 atau 3 hala anak. Mereka perlukan ‘partner’ yang sama tahap pemikiran untuk dijadikan contoh dan mempengaruhi dalam merangsang idea dan tatabahasa mereka
Tiada Pengalaman Baru
Usaha ibu bapa inginkan anak pandai sangat boleh dipuji. Ibubapa inginkan anak mereka cepat belajar dan mengetahui sesuatu perkara baru. Maka bahan bantuan mengajar seperti buku dan permainan pembelajaran menjadi pilihan utama ibubapa.
Ibu bapa perlu tunjukkan gambar sungai. Katanya pada anak “Ini sungai” . Si anak pun mengikutnya untuk beberapa ketika apabila diulang. Kemudian ibubapa bertanya lagi “Apa ni?”. Cukup dua ke tiga muka surat mereka terus hilang minat untuk mengetahuinya. Si anak hanya menatap gambar sebagai hiburan mereka. Buku kemudiannya di campak ke tepi.
Kita perlu tahu, fitrah manusia tidak suka berterusan ditanya. Bayangkan satu perbualan di meja makan dengan rakan anda. Beliau terus bertanya kepada anda dari satu soalan kepada satu soalan yang lain. Pasti keesokan hari anda akan mencari teman makan semeja yang lain. Begitulah juga dengan anak-anak.
Ads
Rangsang mereka dengan pengalaman sebenar. Bawa mereka pergi berkelah di tepi sungai. Masukkan kaki mereka yang kecil itu ke dalam air supaya mereka tahu betapa sejuk airnya. Betapa deras arusnya. Bayangkan berapa banyak patah kata yang boleh kita perkenalkan? “Sungai, Sejuk, Dalam, Batu, pasir, Basah, Tuala, Pokok dan banyak lagi.. “ Semua deria mereka dirangsangkan dan menerimanya sebagai pembelajaran.
Televisyen, Telefon Bimbit dan Tablet
Anak sekarang tidak dapat lari dari pengaruh ini. Ini memang zamannya. Tambahan pula, perisian sekarang penuh dengan permainan pembelajaran yang ‘interaktif’. Anak-anak sangat berminat dan menunjukkan kebolehan malah kebijaksaannya dalam menyelesaikan masalah permainan tersebut.
Mereka leka bermain berjam-jam sehingga habis bateri. Kelekaan ini menjadi salah satu faktor kita membenarkan mereka terus bermain. Ia juga memudahkan kita sebagai ibubapa menguruskan rutin kerja harian kita. Jika dilepaskan keluar bermain pula, dikhuatiri pula faktor keselamatan mereka.
Seperti yang saya katakan anak-anak ini memang bijak. Begitulah yang selalu saya temui, ibubapa berkata; “Anak saya bijak, mereka boleh selesaikan banyak masalah permainan yang ada dalam tab”.
Apa sebenarnya permainan? Permainan sepatutnya menyeronokkan serta mampu merangsang kelima-lima deria anak kita. Kuatkan otot mereka. Menyelesaikan masalah. Dan antara yang penting ialah merangsang pengalaman fizikal dan komunikasi mereka. Cuba kita bayangkan bermain galah panjang seorang diri, tiada jeritan, tiada helah, tiada kecekapan, tiada isyarat mata, tiada ketua, tiada kumpulan, tiada giliran dan tiada larian. Pastinya ia bukan galah panjang namanya. Elemen inilah yang menyuntik keseronokkan untuk mereka bermain dan berkomunikasi berterusan .
Ads
Perkataan seperti ini pasti akan digunakan dalam permainan galah panjang; “kau tipu, lari, lompat, kumpulan kau dah kalah, kena”. Inilah permainan sebenar. Ada ransangan deria, koordinasi mata, gerakan fizikal dan interaksi 2 atau 3 hala.
Anak berumur 0-3 tahun adalah waktu kritikal. Anak perlu dikenalkan dan belajar dari dunia sebenar. Bukan dunia maya. Pastikan mereka boleh bercakap dahulu barulah diperkenalkan perkara seperti ABC dan 123. Itu lebih penting
Bahasa Yang Bercampur
Kita mungkin biasa dengar bahasa sebegini. “Papa gi work”. Mungkin untuk sesetengah anak mereka boleh terima. Tapi tidak semua anak sama tahap penerimaannya. Bayangkanlah ibubapa perkenalkan kereta dengan pangilan ‘car’, datang bibik pula memanggil ‘mobil’; nenek pula panggil ‘kereta’. Keliru si anak dibuatnya.
Tidak kurang juga pengaruh TV. Siaran kartun berbahasa Inggeris menjadi tatapan setiap hari. Ibubapa berbahasa Melayu. Bagaimana si anak ingin proses maklumat diminda?
Ibu dan bapa sepatutnya berbicang dan berpakat. Bahasa apa yang patut diguna untuk anak kesayangan mereka. Berhati-hati dengan perkara ini kerana ia sangat mempengaruhi kebolehan bertutur anak.
Terhadkan waktu anak menonton TV dan bermain telefon bimbit atau tablet. Bawalah mereka keluar berjalan dihujung minggu. Luangkan masa bermain bersama mereka setiap hari. Perkenalkanlah mereka dengan dunia yang luas ini. Mereka adalah insan yang dahagakan ilmu dan pengalaman baru. Janganlah biarkan TV berterusan menjadi guru mereka. Mungkin ia agak memenatkan tapi pastinya ada ganjaran dariNya yang menanti. Bukan untuk orang lain tapi untuk anak kita juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk mendapat anak cemerlang, terang dan bersih hati, rahsianya ialah tidak perlu tunggu anak masuk tadika tetapi seawal tiga tahun apabila anak sudah mula minat terhadap aktiviti menulis, mewarna dan membaca buku.
Kita sebagai ibu bapa perlu menyediakan persekitaran dan kehidupan yang baik untuk anak-anak. Selain elemen keluarga yang dipenuhi kasih sayang, amalan pemakanan yang sihat, spiritual dan agama, persekitaran untuk belajar jug memainkan peranan penting. Apabila semua elemen ini digabungkan akan membantu anda mendidik anak dengan mudah. Justeru, inilah rahsia untuk mendapat anak terang dan bersih hati.
Bagi memastikan anak anda cemerlang, 8 elemen yang boleh dijadikan alat bantu anda.
Ayat penerang hati
Biasakan anak-anak untuk membaca doa penerang hati dan surah-surah pendek sebelum mengulang kaji. Buatkan sendiri air penerang hati untuk mereka. Bacakan air itu dengan doa-doa yang kita inginkan dan surah-surah khusus.Al-Fatihah,selawat, Yaasin dan sebagainya atau biasakan apabila ibu membaca Al-Quran sediakan sebotol air dan berilah anak-anak minum dengan air tersebut.
Makan malam
Pastikan makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih n mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 11/2 jam makan. Anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 11/2 jam selepas makan malam.
Teman anak belajar
Anak perlukan perhatian semasa belajar. Cara ini membuatkan dia berasa penghargaan kepada setiap perkara positif yang dia lakukan.
Belajar menghadap Kiblat
Semasa belajar eloklah menghadap kiblat. Setiap yang dilakukan akan mendapat keberkatan semasa belajar.
5.Sediakan pokok hidup
Letakkan pokok segar di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk mendapat oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6.Tutup televisyen semasa mengulang kaji
Seluruh ahli keluarga perlu bersatu hati dalam mengelakkan budaya lepak di depan televisyen tatkala anak-anak sedang mengulang kaji.
7.Tempat yang kondusif untuk belajar
Seelok-eloknya, sediakan meja kerusi secukupnya. Bagi yang mempunyai ramai anak, bolehlah menggunakan saiz meja makan serta mempunyai pencahayaan yang baik.
Jadual aktiviti
Bagi anak-anak yang masih kecil, sediakan jadual yang ringkas untuknye belajar. Tampal dihadapan pintu bilik. Tunjukkan aktiviti yang perlu dilakukannnya. Setiap aktiviti tidak perlu lama antara 10 hingga 30 minit untuk mengelak anak berasa bosan. Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Degil sungguh anak awak ni, saya ni berpuluh kali larang dia jangan buat” pernah tak kita mengeluarkan kata-kata sedemikian?
Mudah sungguh nak buruk sangka dengan anak yang “Strong Will” ni. Patut la sebab dari luaran memang mereka nampak macam
– degil
– susah dengar kata
– tak makan di pujuk
– suka melawan
– biadab
Tapi di dalam diri mereka ada ciri ciri anak yang paling taat sekali kalau pandai gali.
Yang sebenarnya mereka bukan suka sangat pun melawan mak ayah, cuma mereka tak berdaya nak melawan emosi membuak buak bila dengar perkataan “tidak”
Ini kerana anak Strong Will Allah dah jadikan ada Azam Yang Kuat. Sekali dia dah letak azam, dia akan kejar sampai dapat. Itu la kelebihan anak Strong Will ni.
Bertuah siapa ada anak begini, ini ciri ciri orang hebat. Tak mudah mengalah dan buat sesuatu kerja sampai berjaya.
Tapi awas!
Anak Strong Will ni mudah sangat jadi pemberontak;
– bila terlalu berkeras dengan dia
– bila tak percaya pada kemampuan dia
– bila paksa dia buat sesuatu yang dia tak suka
– bila selalu nampak keburukan dia
– bila dia rasa tidak di sayangi & di hargai
Itu la bibit bibit anak yang paling taat boleh jadi anak yang paling kuat memberontak.
Sesungguhnya anak yang hebat bukan sejak lahir terus hebat tapi di bentuk oleh mak ayah yang hebat.
Begitu juga la sebaliknya.
Wallahu A’lam,
– kita wajib kenal karakter dan personaliti anak sendiri
#PositiveParentingFhais
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengapa kanak-kanak mempunyai tabiat mengorek hidung? Sama seperti tabiat yang lain, tabiat mengorek hidung adalah biasa dilakukan ketika kanak-kanak berasa bosan atau ingin tahu. Kadangkala, ia juga berlaku kerana kanak-kanak itu sedang berasa cemas. Sama seperti tabiat menghisap ibu jari, menggigit kuku atau menyimpul rambut, mengorek hidung merupakan tabiat yang seringkali dilakukan tanpa disedari.
Alahan akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah untuk mempunyai tabiat mengorek hidung. Ini disebabkan oleh mukus dan hingus yang tersekat di dalam hidung mereka. Dalam beberapa kes yang lain, faktor persekitaran juga akan membuat kanak-kanak mempunyai tabiat ini. Contohnya adalah penggunaan penyaman udara. Ia akan mengeringkan saluran nasal lalu menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa.
Kebanyakan tabiat akan kekal sehingga mereka dewasa namun bukan tabiat ini. Kanak-kanak akan berhenti melakukannya apabila dewasa kelak. Mereka akan berhenti disebabkan oleh kesedaran diri sendiri ataupun tekanan daripada rakan-rakan mereka.
Apa yang anda boleh lakukan jika anak anda mempunyai tabiat mengorek hidung?
1. Jangan kritik
Walaupun anda tidak selesa dengan tabiat anda ini, anda tidak patut memberi sebarang komen. Memaksa mereka untuk berhenti tidak akan membantu kerana anak anda sendiri mungkin tidak sedar akan tabiatnya. Selain itu, meletakkan tekanan ke atas mereka mungkin akan mendatangkan implikasi yang lain. Anak anda akan melihat tabiat ini sebagai jenaka untuk mengusik anda. Lebih kuat anda memaksa, lebih kuat mereka mengusik hidung sendiri.
Sesetengah ibu bapa akan menggunakan beberapa teknik yang lain seperti menampal kain pembalut pada jari anak untuk membuat mereka tidak selesa melakukan tabiat ini. Namun begitu, ini lebih berbentuk seperti hukuman. Sebaiknya, ajar anak anda untuk menghembus hidung mereka daripada mengoreknya.
2. Beri anak anda alternatif
Jika anda seakan dapat menjangka waktu dan tempat anak anda gemar mengorek hidung, cuba alihkan perhatian mereka dengan memberikan sebarang objek untuk dipegang oleh mereka.
3. Beri perhatian kepada anak anda
Jika anak anda terlalu asyik mengorek hidung dan tidak sengaja mencederakan diri sendiri, bawa anak berjumpa doktor. Pastikan tabiat mereka itu hanyalah satu tabiat semata dan bukannya berkaitan dengan sebarang kondisi kesihatan mereka.
4. Bersabar
Semasa mereka membesar, anak anda mungkin akan mula mempunyai minat dan akhirnya tidak lagi mempunyai tabiat mengorek hidung. Apabila mereka mula bersekolah pula, mereka pasti akan berhenti melakukannya supaya tidak menjadi bahan ketawa di dalam bilik darjah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.