Dah masuk hari raya ke lima ni ada tentu dah bosan dengan menu rendang dan kuah nasi impit setiap sejak kali Raya. Apa kata buat hidangan sup tulang. Makan panas-panas memang sedap.
Bila sebut hal sup tulang, mesti ada yang nak tahu bagaimana hendak masak sup tulang yang sedap dengan kuah yang pekat. Ini kerana, kebanyakan sup tulang mempunyai kuah cair dan tidak berapa kaw!
Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu resepi daripada Fazniza Razali. Dia berkongsi mengenai resepi sup tulang yang sedap dan pekat dengan mencampurkan 2 bahan rahsia. Apakah bahan tersebut dan bagaimana cara penyediaannya?
Bahan-Bahan A:
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar
Kisar semua bahan A sampai halus
Bahan-Bahan B (Bahan Rahsia Kepekatan Kuah):
Ads
3 batang saderi
1 batang lobak merah
Kisar semua bahan B sampai hancur
Bahan-Bahan C:
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2 kg tulang
5 biji kentang (dibelah 2)
3 batang sadari (dihiris)
3 biji bawang besar (dibelah 4)
air
Cara Penyediaan:
Ads
Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
Ads
Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang empuk.
Jika tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi empuk. Proses ini makan masa 1 1/2 jam juga.
Apabila sudah empuk, masukkan ubi kentang, batang sedari dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
Dah masak semua bolehlah angkat. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.
Okay dah siap sup tulang kita ni! Bahan-bahan B lah yang membuatkan sup tulang jadi pekat. Rasa dia memang sedikit lain dari yang lain dan sedap! Cubalah!
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Fazniza Razali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih apam walaupun dalam kategori kuih tradisional tetapi sehingga kini masih ada penggemar sendiri. Ini kerana teksturnya yang lembut boleh di makan begitu saja atau pun dicicah dengan kelapa parut.
Biasanya apam nasi atau apam kampung yang selalu orang buatkan tapi kali ini, resipi apam solo boleh dicuba. Tiada kelapa parut tetapi kuih apam solo ini akan diletakkan inti kelapa di dalamnya.
5) Tuang sesudu adunan apam dalam acuan tadi.. Masukkan inti kelapa (buat bulat-bulat dulu inti kelapa). Tutup inti dengan adunan tadi. Jangan tuang penuh acuan ye.
6) Lebihan adunan bahagikan sikit-sikit pewarna. Warnakan dengan warna pilihan.. Guna sudu kecil ambil sedikit adunan letak atas apam tadi. Buat dengan cepat ye. Sebab adunan apam naik cepat.. Boleh lorekkan guna lidi.
6) Kukus selama 15 minit.. Api sederhana besar
P/s: **Untuk adunan warna boleh juga masukkan dalam plastik kecil.. Paipkan atas apam.. Kemudian lorek dengan lidi **Adunan dia sedikit pekat/kental.. Tak pe.. Jangan tambah air
1) Walau pun sudah mencecah usia 7 bulan, pelakon Betty Rahmad tidak melepaskan peluang membawa anaknya untuj ditahnik oleh ulama terkenal, Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.
2) Walau pun sudah mencecah usia 7 bulan, pelakon Betty Rahmad tidak melepaskan peluang membawa anaknya untuj ditahnik oleh ulama terkenal, Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.
3) Walau pun sudah mencecah usia 7 bulan, pelakon Betty Rahmad tidak melepaskan peluang membawa anaknya untuj ditahnik oleh ulama terkenal, Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.
Walau pun sudah mencecah usia 7 bulan, pelakon Betty Rahmad tidak melepaskan peluang membawa anaknya untuj ditahnik oleh ulama terkenal, Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.
Tahnik bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perutnya. Ia adalah sunnah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak yang sedang membesar memang karenah mereka pelbagai, ibu dan ayahlah yang perlu memantau agar apa yang dibuat tidak memudaratkan. Misalnya dari segi pemakanan, bila melihat anak montel ramai yang mengatakan comel namun ia sebenarnya tidak boleh dipandang remeh.
Memberikan anak-anak makanan yang tidak sesuai dengan umur mereka atau secara berlebihan boleh mengundang banyak penyakit dari usia yang muda. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol mengenai satu situasi dimana seorang kanak-kanak yang baru berusia sudah mencapai berat sehingga 23kg.
Dr Redza memberikan beberapa cadangan kepada ibu bapa yang mempunyai anak sebegini supaya dapat mengawal berat badan mereka dan dapat membantu anak-anak kekal sihat.
Saya tak percaya bila ibu ni cakap anaknya baru berumur 2 tahun.
Baru umur 2 tahun tapi berat dah cecah 23 kg. Tinggi dia kalah budak umur 4 tahun.
Bila saya selidik sejarah pemakanan, saya hanya mampu menggeleng kepala.
Makan gula-gula dan coklat setiap hari. Datuk bawa ke kedai setiap hari.
Minum air kopi yang manis hampir 2 cawan setiap hari. Dapat dari ayah.
Makan sebiji burger setiap hari. Mak yang gorengkan.
Kerap makan nugget. Seminggu beberapa kali
Minum air kotak berperisa setiap hari.
Makan pukul 11 malam dan tidur pukul 12 tengah malam setiap hari.
Jika anak ni terus begini, ada 3 perkara yang dia mungkin hadapi:
Obesiti yang lebih teruk
Karies gigi
Darah tinggi pada usia yang muda
Cadangan saya pada mak ayahnya:
Elakkan ambil makanan manis di antara hidangan utama atau sebelum tidur.
Gantikan bijirin (cereal) atau snek yang manis dengan buah-buahan atau jagung kukus.
Minum air putih atau susu tak berperisa.
Ambil tak lebih dari 1 sudu kecil gula atau susu pekat setiap hari.
Pilih susu, susu soya atau susu kultur yang rendah kandungan gula.
Tak boleh berikan makanan atau minuman bergula pada bayi bawah umur setahun.
Minta minuman kurang gula jika makan di kedai.
Elakkan beri gula-gula, coklat, biskut manis, ais krim sebagai “reward” pada anak.
Mak ayah bantu saya #kongsikan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Trend begini semakin meningkat. Anak tak tahu apa yang baik untuk mereka. Mereka cuma suap apa yang tangan kita berikan.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak di Channel Telegram rasmi saya https://t.me/NotaRedzaZainol
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
'Membiaknya' Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor, Jangan Hanya Salahkan Guru - Asyraf Wajdi. Faktor rumah tangga dan peranan ibu bapa dilihat menjadi antara penyumbang utama kepada gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah, menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.