Nak masak bubur kadang-kadang ambil masa yang lama, sambil-sambil tengok takut air kering. Apa kata mama semua guna kaedah yang dikongsi oleh Puan Suhaili Hamzah ni. Senang lepas ni nak masak bubur.

Nak Bubur Cepat Masak? Bekukan, 15 Minit Je Bubur Dah Masak Untuk Baby

Nak bubur cepat masak?

IKLAN

Bekukan dulu malam sebelum tu (siap basuh la). Nanti bila masak, dalam 15 minit boleh siap dah bubur 

Hari ni menu untuk Affan & Ariq:

Bubur sup ikan merah.

IKLAN

Pure Virgin Olive Oil (PVOO)
*Garlic
*Bawang merah
*Halia
*4 sekawan
Seleri
Lobak merah
Beras perang
Ikan merah

Tumis kan yang bertanda * dengan PVOO. Dah agak kekuningan, masukkan beras yang dah dibekukan. Masukkan air, ikan merah & sayur. Api sederhana je.

IKLAN

Sementara tu bolehla gi mandi & siap-siap untuk ke ofis. Dah siap tu, bubur pun dah masak. Tapi bagi yang nak mekap lelawa, awas takut hangit!

Sumber: Suhaila Hamzah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI