Nak Cepat Cergas Lepas Bersalin, Minum Air Rebusan Ni, Seminggu Badan Dah Kuat!

Share

Lepas pantang, ibu seboleh-bolehnya mahu lekas sembuh dan kembali cergas macam biasa. Selain mengambil pemakanan yang sihat dan segar, amalan tradisional seperti mengambil air-air rebusan pun tidak salah jika hendak diamalkan.

Melalui perkongsian ilmu petua lama berpantang dari Puan Noriza Rahman, minum air rebusan daun harimau beranak dikatakan baik untuk mengembalikan kecergasan ibu bersalin. Bukan saja cergas bahkan perut pun cepat kempis.


Ini air daun harimau beranak. Siapa dah pernah minum? Siapa dah pernah amalkan?

Ada yang tanya, untuk apa daun harimau beranak ini? Sebenarnya, daun ini digunakan oleh bidan-bidan lama dalam rawatan ibu berpantang.

Tak perlu makan jamu atau akar kayu, cukup dengan daun ini. Insya Allah seminggu berpantang dah cergas, kempis perut dan boleh buat kerja-kerja ringan. Siapa yang sakit urat yang sangat teruk pun boleh amalkan minum. Alhamdulillah, lega banyak lepas minum air daun ini.

Lelaki boleh ke nak minum? Boleh sangat! Perempuan hamil tak boleh minum!

Apa kesan selepas minum?

Salah satunya, kentut dan sendawa tak berhenti. Kerap kencing dan lawas buang air besar. Jika anda ada buasir, ini salah satu ikhtiar untuk mengecutkan semula buasir.

Warna air daun harimau beranak tak tetap. Ikut masa yang anda rebus. Tapi warna ‘teh o’ ini just nice untuk orang yang baru nak cuba. Ingat warna hitam, ingat daun harimau beranak. Ingat daun hutan, ingat daun harimau beranak.

Macam mana nak rebus?
Air rebusan ini rasa seperti teh herba kosong. Tidak dicampur apa-apa pun. Hanya rebus dan minum 2 kali sehari. Bagi sakit-sakit urat biasa dan bukan ibu dalam pantang, sebalang tahan lebih kurang 3 minggu.

Ibu dalam pantang pula, sebalang tahan lebih kurang 2 minggu, sebab kuantiti daun yang direbus lebih banyak. Tapi bergantung juga, kalau badan ibu tak pernah langsung ambil apa-apa herba, kuantiti dia cukup mulakan dengan 1-2 helai daun dulu.

☑️ 7 hari dalam pantang dah cergas,
☑️ 7 hari dalam pantang badan kembang susut dan mula terbentuk
☑️ 7 hari dalam pantang emosi dan mood ibu lebih stabil.

Tak susah pun, hanya rebus daun dan minum 2 kali sehari. Daun pun tahan bertahun tak reput, hanya simpankan saja dalam balang bertutup.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Noriza Rahman

Published by
SRM