Bila fikir nak keluar beli barang dapur, pening dibuatnya kalau terpaksa bawa anak-anak sekali. Dengan senarai barang yang panjang, nak kena berdepan pula dnegan permintaan bukan-bukan dari anak. Eh, tak mudah ya!
Kalau boleh nak keluar sendiri, lagi cepat dan senang. Kalau keluar dengan anak-anak ni nanti, ada saja kerenah mereka yang kita nak kena layan. Makin lambat jadinya kerja. Nak bawa anak keluar, kena banyak sabar. tak boleh cepat ‘rengsek’, memang tak jadi kerja dibuatnya.
Orang keliling nak tengok atau bercakap kita tak boleh halang, nikmati saja masa bersama anak-anak. Waktu mereka kecil ni tak lama, tahu-tahu dah besar dan tak mahu ikut kita lagi. Sementara mereka masih kecil ni, enjoy dan raikan saja gelagat comel anak-anak.
Penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim ada berkongsi tentang hal ini;
“Akak tak pernah keluar bawa anak-anak..”
Eh, berani ye awak keluar bawa anak-anak. Akak tak pernah keluar bawa anak-anak, tak jadi kerja nanti nak melayan diorang je. Allahu.. Saya senyum je bila wife saya cerita. Ada seorang akak ni tegur wife saya ketika beli barang di Mydin.
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim
“Sorang wife saya pegang, dua orang lagi tengah buat kerja diorang meneroka..”
Ads
Masa tu saya tengah beratur nak membayar. Macam biasa bawa ketiga-tiga budak ni. Sorang wife saya pegang, dua orang lagi tengah buat kerja diorang meneroka. Sorang dekat palang tengah bergayut, seorang lagi tengah membebel pada adiknya suruh turun dari bergayut. Biasa la..
“Setuju dengan akak tu kalau nak tenang & senang beli barang ataupun makan di kedai baik sorang-sorang..”
Saya perasan seorang kakak ni tengah geleng kepala bercakap dengan wife di tempat duduk. Rupanya ini yang dibualkan tadi. Sejujurnya, saya setuju dengan akak tu kalau nak tenang & senang beli barang ataupun makan di kedai baik sorang-sorang. Mudah kerja. Kita bawa diri je. Zap zap, settle beli barang. Balik pun cepat.
“Tengok gelagat diorang dapat keluar rumah pun dah boleh buat kita rasa riang hati tau..”
Ads
Tapi jika nak rasa best, enjoy atau riang ketika keluar bawa la anak-anak. Tengok gelagat diorang dapat keluar rumah pun dah boleh buat kita rasa riang hati tau. Waktu anak kecil memang tak Senang tapi diorang dah besar esok-esok kita yang Terkenang kenang gelagat kecil diorang. Pasti punya!
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim
Sebelum bawa anak-anak berjalan, beritahu mereka tujuan kita keluar. Sama ada mereka ingat pesanan kita untuk behave atau tidak, itu bukan perkara utama. Paling penting kita dah beritahu mereka dahulu. Kalau tak ingat semua pun, sekurang-kurangnya adalah beberapa pesanan kita yang mereka ingat.
Anak-anak dalam fasa membesar, berlari atau melompat adalah normal. Makin dilarang, makin galak. Sebenarnya, itulah momen bahagia yang seronok untuk kita kenangkan bila anak-anak semua dah besar nanti.
Anak ni kalau nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada satu perkara pokok kita kena elakkan buat, iaitu elak TENGKING anak. Ada beza ye garang, tengking, marah, tegas.
Garang = Sejenis perasaan yang dirasai oleh orang sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.
Orang garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi orang tahu personaliti dia garang. Biasanya orang garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu daripada orang lain. Contohnya dia lembut di dalam. Jadi nak melindungi kelembutan tu dia tutup dengan sifat garang.
Tengking = Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yang kuat disertai dengan emosi yang meluap-luap. Kebiasaannya orang panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking.
Kanak-kanak akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yang dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak-anak semakin hilang keupayaan untuk berfikir dan bertindak serta sukar membuat. Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depresi pada anak-anak.
Marah = Orang pemarah dan orang penengking berbeza. Sebab ada orang suka marah dia pendam dan diam. Jadi dia lepaskan dengan emosi merajuk.
Panas baran sebenarnya orang yang suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sebab ada orang dia suka diam bila marah.
Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Orang tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dalam diri. Tiada kaitan dengan emosi.
Ada orang yang pendiam tapi tegas. Ada org penakut tapi tegas. Namun tegas sinonim dengan berani.
Sebab ramai orang keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Orang tu ingat tegas dan marah tu maksudnya tengking.
Kunci didikan anak ada pada bait kata Saidina Ali RA. Iaitu satu manusia yang Allah reda untuk ke syurga semasa hayatnya. Orang yang rapat dengan Nabi SAW. Orang yang awal memeluk Islam di usia muda. Orang yang memimpin umat Islam di kala suasana perit.
Bila sebut sahabat Nabi SAW, maknanya ia merujuk orang yang setia dan paling rapat dengan Nabi SAW. Orang paling hampir kepada Nabi SAW. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw.
Saidina Ali RA pesan
” Didik anak 7 tahun pertama sebagai raja ”
Macam mana layan raja? Ada tengking raja?
Sebab otak manusia yang bergerak dulu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yang penuh dengan emosi. Sebab tu orang yang menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dengan kuat.
7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat.
Otak kanan juga ada daya imaginasi yang sangat-sangat tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, barulah dapat unlock penggunaan otak kiri.
Tak kisah lah bagi fish oil ker, hemp oil ker, sacha inchi oil ker. Once kita kerap tengking anak. Otak anak yang nak develop tadi akan terbantut. Dan data yang terbantut tu membantutkan tahap berfikir dan tahap bertindak anak-anak.
Jika saya kata tengking pun a BIG NO. Maknanya sentap tangan, maki, tumbuk adalah berlebih jangan dilakukan.
Saya juga belajar perlahan-lahan. Kita nak anak mudah menghafaz masa sekolah, mudah mengira, mudah membaca.
Stop TENGKING anak.
Agaknya, suka tak dapat suami atau bos yang suka menengking? Anak manja? Jangan risau. Anak manja adalah anak yang berdikari. Ada beza manja dan mengada. Jadi mulai hari ini jangan tengking. Stop tengking terus. Ada cara nak stop perangai menengking ni.
Pelakon, Puteri Sarah Liyana memuatnaik gambar anak sulungnya, Syaikhul Islam bersama anak kedua yang baru sahaja lahir tiga hari lepas yang diberi nama Sumayyah. Menerusi gambar yang dimuatnaik, Puteri Sarah menceritakan bagaimana beliau memupuk kasih sayang antara kedua anaknya.
Perkahwinan beliau bersama pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof telah dikurniakan dua cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.
My babies
Abang nenot is officially 1y 11months today! Abang sayang betul dengan adik. Tak ada istilah jealous sebab kami terapkan kasih sayang between both of them sejak sumayyah dalam perut lagi. .
Rajin2 belikan present simpan siap2 tak kesah even sekecil mana present tu then hari2 bagitau abang yang adik bagi present. Lama2 nanti abang akan develop sendiri kasih & sayang towards adik. And MAKE SURE mommy you guys spend more time on your eldest than ur newborn baby bcoz baby tak tahu apa2 lagi. .
Just my 2 cents
Rata-rata bersetuju dengan cara beliau. Ada juga yang memberi tip supaya selalu bercakap dengan anak yang lebih tua agar anak faham dan sayang dengan adik yang bakal lahir nanti.
Rugi bebenar tak luang masa bermain dengan anak. Kerja terlalu banyak? Sibuk? Atau terlalu penat, sampaikan tengok muka anak je badan jadi lesu tak bermaya. Sungguh rugi!!
Masa anak kecil ni la kita kena banyak main dengan mereka kerana golden age anak ni sekali je seumur hidup, lepas tu tak merasa dah!
1 – Masa anak boleh rasa happy giler giler walau sekadar main sebiji belon mainlah, hiburkan hati anak tu. Bila mereka dah besar nanti belon pun mereka tak pandang. Mereka cuma pandang gadget, playstation, xbox.
2 – Masa anak masih anggap kita ni kawan baik dia, masa ni la kita balun puas puas main bersama anak. Jangan sesal pula nanti bila anak dah besar mereka lebih suka lepak dengan kawan dari mak ayah sendiri. Huh!
3 – Masa anak rasa duduk atas belakang kita dan kita jadi kuda pun dah sangat extreme buat mereka, mainlah. Sampai masa nanti kita nak pangku anak pun tak larat. Satu-satunya yang extreme masa ni ialah umur kita.
4 – Masa anak masih belum ada nafsu dan keingginan nak main yang pelik pelik. Mereka cuma nak perhatian dan unconditional love dari mak ayah, mainlah. Bila dah besar nanti percayalah, pasti ada sahaja syarat bila ajak berjumpa.
5 – Masa anak masih kecil, dan apa sahaja yang mereka buat pasti nampak comel dan geram, mainlah. Dah besar nanti bukan setakat raut wajah je berubah, cara mereka bercakap dengan kita pun kadang kadang boleh buat sakit hati.
Kerugian sebenar ialah bila kita terlalu sibuk bekerja cari duit banyak banyak tapi tanpa sedar “masa” yang lebih bernilai dari duit semakin hilang setiap hari.
Inilah inflasi masa yang rate dia 100% rugi jika tak hargai waktu sekarang.
Apalagi, jom main puas puas dengan anak anak kita sebelum mereka rasa puas tengok muka kita.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais
Sudah sudah la kerja, main dengan anak la pula!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...