Buntu bila memikirkan lauk untuk makan dalam pantang bukan? Mama boleh minta pertolongan suami masakkan resipi ikan tenggiri rebus dengan kunyit dan lada hitam, resipi ini sangat mudah disediakan. Untuk mama yang inginkan tubuh badan lebih sihat dan kurus juga boleh mencuba resipi ini.
Mama fatim nak share RESEPI SIHAT yang selalu mama fatim buat masa dalam PANTANG BERSALIN.
Cuma, resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dalam pantang, ianya sesuai juga untuk MENU SIHAT SEHARIAN sebab tiada langsung penggunaan minyak, dan juga mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk kesihatan.
Untuk sihat dalaman dan juga untuk pengurusan berat badan, bolehlah masukkan menu ini dalam diet harian.
IKAN TENGGIRI REBUS BERSAMA KUNYIT DAN LADA HITAM
Bahan-bahan:- Ikan tenggiri – 3/4 keping Asam keping – 1 keping Kunyit hidup- 3-4 inci Lada hitam -2 sudu kecil Bawang putih – 1/2 labu Sedikit garam Air untuk rebus (lebih kurang 2/3 cawan)
Ads
Cara-caranya senang sahaja.
Tumbuk kunyit hidup, lada hitam hingga lumat. Bawang putih hanya ditumbuk kasar-kasar sahaja.
Campurkan ke dalam periuk yang telah diisi air dengan bahan-bahan tumbuk, serta ikan. Rebus dan didihkan sehingga air agak kering, iaitu lebih kurang dalam 20 minit.
Bila dah agak-agak suam, barulah campur dengan garam secukup rasa. Lebih kurang 1 sudu kecil pun sudah memadai, kerana lebih baik kurangkan garam dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.. ( jangan tersilap pulak, maniskan minuman)haha!
Ads
Mama fatim ada terbaca, KUNYIT memang MAKANAN YANG HEBAT! Sudahlah ianya sangat bagus untuk rahim selepas melahirkan anak, ianya juga mempunyai pelbagai lagi manfaat yang lain .
Antaranya:-
1) Ia mengandungi bahan yang dapat menghalang racun arsenik yang boleh merosakkan DNA di dalam sel tubuh.
2) CURCUMIN yang terkandung di dalam kunyit juga dikatakan dapat menghalang perkembangan sel kanser seperti yang dilaporkan di dalam jurnal Journal Alternative Therapies In Health.Yang bestnya, bila dicampurkan dengan lada hitam yang mengandungi piperine (bahan pedas dalam lada hitam), ia dapat mengecutkan stem sel Kanser payudara.
Ads
3) Curcumin di dalam kunyit juga dapat menghalang penbentukan sel tumor di dalam pembuluh darah. Bahkan curcumoid yang terkandung di dalam kunyit juga dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel otak. Jadi ia sangat sesuai sebagai salah satu makanan TERBAIK untuk OTAK. Best kan?
4) Kunyit pun berperanan sebagai FAT BURNER Kalau nak kurus, apa lagi, buatlah kunyit muda sebagai ulam kan? Takpun blend la kunyit hidup tu buat jamu. Boleh menghalang pembentukan lemak dan membakar lemak tau! Nak kurus tak?
Aaa.. meh try resepi ni, ada gabungan lada hitam yang bagus kombinasinya dengan kunyit macam yang mama fatim terangkan kat atas tu, ada bawang putih dan asam keping.
Bahan utama pulak ikan, memang mengandungi OMEGA 3, yang SESUAI untuk otak. By the way, lada hitam dan bawang putih boleh juga buat hilang-hilang angin masa dalam pantang tu. Dan juga sebagai antioksida..
Jadi, sesuailah kan sebagai menu harian dan makan masa berpantang. Dahlah boleh bakar lemak, boleh juga mengecutkan rahim selepas bersalin tu, sesuai untuk pengurusan berat badan dan juga sesuai untuk makanan OTAK anak-anak.
Apa lagi, cuba, jangan tak cuba. Hehe!
Sumber: Juriah Halimatun Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai yang seperti Yatt Hamzah ini, kental uruskan 2 anak kecil yang bezanya hanya setahun hanya dengan bantuan suami. Dalam kesibukan, anak masih menjadi prioriti pertamanya. Malah penyusuan susu ibu juga masih diteruskan.
Anak kedua dan ketiga Yatt yang masih kecil iaitu Suci Humaira Iqlima, 1 tahun 9 bulan dan Suci Hayfaa Medina, 5 bulan yang kedua-duanya masih menyusu secara tandem. Ia tentunya menuntut pengorbanan masa dan perhatian yang lebih daripada si ibu. Anak pertama Yatt dari perkahwinan pertamanya Suci Hanania Malika kini berusia 8 tahun.
Yatt turut berkongsi tentang hal ini di Instagram;
Tengah tunggu no giliran di bank, suami wasap kata bayi2 meraung dlm kereta. Bonda terus melompat terbang semula ke kereta.
Maka tenanglah anak2 dpt susu msg2..???
Nampak x resit bank tu? Hahaha.. Ada tak ibu2 mak2 lain yg alami situasi sama?
Sebenarnya, ini rutin Bonda setiap hari! Terkejar2 Berdesup sana sini! Nak jd super Bonda kan..??❤️??TQ Allah bg nikmat begini..
Para peminat kagum dan terinspirasi dengan semangat ibu ini yang berupaya meneruskan penyusuan dalam keadaan sibuk. Ada juga peminat yang berkongsi pengalaman sedang melalui rutin yang sama.
Yatt juga turut berkongsi tip kesihatan dan kecantikan apabila ada follower yang bertanya tentang penampilannya yang sentiasa cantik. Rupa-rupanya rahsia kejelitaan ibu ini ialah menjaga pemakanan, tidak minum ais dan mengelakkan daripada tidur di sebelah siang.
Saksikan Pa&Ma pada 25 September 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kali ini tajuk menarik yang akan dibincangkan ialah Si Genius Disleksia. Banyak info telah dirangkumkan iaitu tip daripada juruterapi serta perkongsian info daripada ibu bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selama 18 tahun menunggu kehadiran si kecil untuk menceriakan keluarga selepas keguguran anak pertama ketika awal perkahwinan, siapa sangka Allah hantarkan adik Ayra Safiyya Johariy pada kedua ibu bapanya.
Menurut Zalwani Zulkifli, rezeki Allah nak bagi ini tak dijangka pun namun waktu itu cukup berterima kasih pada Allah. Bagaimanapun, waktu lahir barulah tahu Ayra istimewa di mata kami semua kerana mempunyai masalah sumbing.
Ayra ketika usia 3 bulan
“Walaupun keadaannya begitu, kami terima dengan hati terbuka dan gembira. Selain sumbing masalah lain yang Ayra hadapi juga sekali sekala dia mengalami sawan. Tetapi masih terkawal.
“Cuma pada 7 April lalu, keadaannya berubah 100 peratus apabila tiba-tiba dia jadi pasif sehinggalah badan melengkung.
“Masa tu kami ingatkan Ayra tak selesa nak tidur kerana selesema tetapi esoknya (8 April) lagi nampak ketara melengkungnya dan asyik tidur sepanjang masa. Disebabkan rasa tak sedap hati terus bawanya ke klinik dan doktor rujuk ke hospital sehinggalah ditahan di wad.
“Masa dalam wad itu, dah tak boleh nak buat apa kerana badannya mula kejang dan melengkung selain tiada selera untuk minum susu sehingga badannya susut,” katanya.
Hampir dua minggu dalam wad Ayra dibenarkan pulang tetapi keadaannya tak berubah. Kini kedua ibu bapanya sedang berusaha untuk membawa Ayra berubat bagi melembutkan semula badannya supaya boleh lurus seperti biasa.
Ketika usia 1 tahun
Urut setiap hari untuk lembutkan badan Ayra
Rutin ummi Ayra juga berubah sejak keluar hospital. Setiap hari terutama waktu pagi dan petang badan Ayra akan diurut dengan minyak supaya badannya lembut.
“Nampak jugalah sikit perubahan apabila kita dukung atau pegang, dia boleh luruskan tetapi setelah letak atas tilam jadi melengkung semula.
“Sebelum kejadian ni, Ayra sangat aktif dan bukanlah jenis yang kuat tidur. Dia sentiasa nak ajak berborak. Kini keadaannya hanya pejam mata sepanjang masa dan minum susu pun perlu dikejutkan setiap 3 jam sekali.
“Di usia Ayra 1 tahun 6 bulan ini beratnya mencecah 3.9 kilogram naik 200 gram dalam tempoh seminggu berbanding berat asalnya 3.7 kilogram lepas diberikan susu khas melalui tiub,” ujarnya.
Keadaan badan Ayra yang melengkung sehingga lehernya biru
Ikhtiar berubat melalui rawatan alternatif
Zalwani juga menyatakan selagi Ayra ada dengannya, dia dan suami tak akan putus asa untuk membawa anaknya pergi berubat. Asal ada orang cakap boleh bantu, saya bawa.
“Walaupun terpaksa berhabis wang kami akan cuba sehabis daya dan tak mahu lihat Ayra dalam keadaan sakit. Kalau nak dikira dah habis air mata kami sekeluarga.
“Rata-rata yang merawat Ayra memberitahu puncanya disebabkan sawan tarik,” kongsinya.
Walaupun doktor menjangkakan hayat Ayra mungkin dalam setahun sahaja dan menyuruh kami bersedia, sebagai ibu saya tak mahu pegang ramalan doktor.
Semasa menerima rawatan di hospital
Buat masa ini, Zalwani berserah pada Allah saja. Jika Allah nak ambil biarlah kami puas hati buat yang terbaik untuknya walaupun dia tak boleh kembali normal. Kami akan reda dengan ujian ini.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan untuk membantu adik Ayra bolehlah berikan sumbangan ke akaun CIMB Zalwani Zulkifli (06080072901528)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khasiat bunga raya yang dijadikan teh sememangnya menjadi salah satu bentuk olahan yang popular. Teh yang diperbuat daripada kelopak kering bunga raya ini berwarna merah tua. Teh ini mempunyai ciri rasa masam manis yang juga boleh diminum panas atau sejuk.
Bunga raya kebiasaannya menjadi tanaman hiasan yang biasa dilihat di halaman rumah. Bunga yang berasal dari Afrika Utara dan Asia Tenggara ini bukan sahaja cantik dipandang malah boleh dijadikan teh.
Anak Selesema, Sakit Tekak & Batuk
Sebenarnya bunga raya telah digunakan sebagai tumbuhan herba yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Di negara-negara Afrika, ramuan bunga raya ini sering digunakan untuk menurunkan suhu badan semasa demam, merawat penyakit jantung, dan melegakan sakit tekak.
Berikut dikongsikan cara-cara membuat teh bunga raya. Membuat teh bunga raya sebenarnya sangat mudah. Bahan yang perlu anda sediakan ialah:
BAHAN-BAHAN:
4 cawan air
3 sudu bunga raya kembang (kering) atau 5 bunga raya kembang yang segar
7 sentimeter kayu manis
2 sudu madu makan
1 biji oren (ambil airnya)
Selain dapat menurunkan tekanan darah, manfaat lain dari teh bunga raya adalah sebagai ubat selesema semula jadi, meningkatkan tenaga dalam badan, menyembuhkan sakit tekak dan batuk, mengatasi keguguran rambut dan mengatasi kelebihan kolesterol dalam badan.
Semoga ramuan ini bermanfaat dan jangan lupa membuat teh bunga raya di rumah. Jaga kesihatan tubuh dengan menggunakan bahan semula jadi yang ada di sekitar anda.
Sekiranya dengan cara yang mudah dan murah anda dapat mendapatkan tubuh yang sihat, mengapa anda harus mencari cara yang sukar dan mahal untuk menjadi sihat. Jom jadikan amalan harian. Jagalah kesihatan kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai.