Sebaik sahaja selesai melahirkan anak, menu pertama pastinya nasi bersama buah oren yang setia menjadi menu utama.
Sudah tentu buah oren jadi pilihan kerana sihat penyembuhnya yang luar biasa. Dek kerana itulah buah kesukaan ramai ini begitu disarankan waktu pantang.
Malah menurut perkongsian Pn Mastura Rashid, buah oren ini juga menjadi pilihannya waktu berpantang kerana mempunyai khasiat berganda.
Waktu pantang dulu, buah oren ni antara buah wajib saya makan setiap hari. Selain dari menghilangkan kering tekak, ia juga salah satu cara berkesan mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman.
Biasanya ketika berpantang, saya akan makan buah oren, madu sidr, minum air lemon, dan minuman herba. Herba pun saya tak makan yang ada fungsi perapat, ubat periuk atau jamu.
Biasanya lunch mak akan bagi saya makan sup belut atau belut bakar, bersama dengan kunyit muda, sambal cicah lada hitam, pucuk mengkudu, berselang seli dengan ikan selar atau tenggiri.
Belut ni abang yang carikan di pasar pasir puteh. Tak tahulah sekarang ada lagi ke tidak orang tu.
Ads
Berbalik pada oren, sifat oren ni panas, manis dan berasid. Jadi mak-mak yang takut makan buah sejuk dalam pantang, oren ni selamat dimakan. InsyaAllah tak kena bentan urat.
Saya pernah makan pisang nangka cheese dalam pantang sebab teringin sangat lepas tengok iklan dia. Aduhh tak tahulah nak cakap macamana sakitnya badan selepas tu. Menitik-nitik darah keluar kerana bentan. Syukur mak ada.
Lain orang lain ya penerimaan badan dia ketika berpantang. Ada makanan saya boleh makan, tapi mak lain tidak.
Sambung pasal oren. Dalam perubatan cina, buah oren ni bagus untuk kesihatan peparu dan limpa.
Untuk orang yang kurang selera makan, makan buah oren boleh meningkatkan selera makan. Bagus untuk anak-anak yang susah nak makan.
Ads
Orang yang ada water retention (bengkak badan bila bangun pagi), buah oren pun salah satu remedi terbaik selain dari lemon.
Kalau ada masalah peluh yang keterlaluan hingga rasa mengganggu orang sekeliling, makan buah oren banyak-banyak okeh. Bau badan pun akan berkurangan.
Buah oren pun boleh kurangkan risiko angin pasang. Bukan lelaki je ada masalah angin pasang tau, perempuan pun sama.
Ads
Pagi ni saya minum air kulit oren dengan halia kering. Kulit oren pun ada khasiat dia.
Kalau rasa loya, ada muntah-muntah, sakit perut dan gastrik, minum air kulit oren okeh. Basuh bersih kulit oren, keringkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Kalau ada dehydrator, lagi bagus. Pengeringan pun sekata dan cantik je.
Kalau biasa minum air kulit oren, bau mulut pun wangi je. Kahak yang tersangkut di tekak pun akan kurang. Lagi bagus jika diminum dengan madu asli, bukan gula.
Sebab apa saja minuman yang diminum untuk tujuan kesihatan, fungsinya rosak bila dicampur gula.
Pelakon & pengacara Yatt Hamzah serta dua anak mengalami demam teruk selepas pulang dari mengerjakan umrah. Pada mulanya, doktor mengesyaki ia adalah jangkitan penyakit Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (Mers–CoV) tetapi keputusan ujian negatif.
Selain Yatt, dua anaknya iaitu Suci Humaira Iqlima & Suci Hayfaa Medina juga turut demam. Status mengenai keadaan kesihatannnya di Instagram juga telah dimuat naik oleh pentadbir (admin) dan bukan Yatt sendiri.
DEMAM PANAS CECAH 40°C
yatthamzah_suci Assalamualaikum. Dekat seminggu dah Bonda senyap tak update apa2. Bonda demam panas mencecah 40°C sejak 7 Dis 2018 lalu selepas pulang dari mengerjakan Umrah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
PADA MULANYA DOKTOR SYAKI MERS-COV
Mulanya doktor di Gleneagles Hospital, Ampang mengesyaki Bonda terkena virus MERS COV kerana bonda ada simptom2nya dan baru pulang dari Arab Saudi.
DIPINDAHKAN KE HKL DAN DIDAPATI NEGATIF MERS COV
Maka Bonda dipindahkan ke HKL utk pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan didapati NEGATIF virus MERS COV.
SYUKUR KERANA BUKAN MERS COV TAPI DUA ANAK KECIL JUGA TURUT DEMAM
Alhamdulillah syukur Bonda bebas dari virus berbahaya itu. Tetapi doktor menyarankan
Bonda berehat dan dikuarantin seminggu kerana anak2 iaitu bayi @sucihayfaamedina & @sucihumairaiqlima juga turut demam. Mujur Kak Nia tak apa2, sihat walafiat je dia. Alhamdulillah.
MOHON DOAKAN KESEMBUHAN
Mohon doa semua yg baik hati agar Bonda dan anak2 segera sembuh dan dilindungi dari segala bentuk mudarat yg nampak atau tidak. Ameen Ya Allah.. Terima kasih semua.. ❤️❤️❤️
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
KUATKAN DIRI DEMI ANAK, PAKSA DIRI JADI KUAT
Yatt juga memberitahu yang suhu badannya sangat tinggi mencecah 40°C namun badan menggigil kesejukan serta kaki tangan kebas.
yatthamzah_suci Ya Allah, sembuhkanlah Bonda ini dan anak2 ku. Sungguh, Tiada daya upaya melainkan pertolonganMU Ya Allah..
.
Dah seminggu pulang dari Tanah Suci mengerjakan ibadah Umrah. Dan seminggu itu juga Bonda ini jatuh sakit. Suhu badan sgt panas mencecah 40°C, namun Badan menggigil2 kesejukan. Kaki dan tangan kebas tak terasa bila memegang sesuatu.
SAKIT PADA SENDI & OTOT SEPERTI KAIN DIPERAH
Seluruh sendi dan otot sangat sakit umpama kain diperah2. Ya Allah, hanya Engkau yg tahu sakit ini bagaimana rasanya.. Bonda rasa lemah lesu tak bermaya. Hanya terbaring di katil berhari-hari. Rasa macam nak mati sakitnya.. Allah..
Namun Bonda kena kuat! Kena juga kuatkan semangat bangun utk uruskan anak2. Inilah 1 Kuasa YG Bonda tak mampu nak lawan, memang badan sakit dan lembik tapi mengenangkan 2 bayi kecil ku lebih perlukan aku..
KUATKAN SEMANGAT & PAKSA DIRI JADI KUAT
Aku bangkit kuatkan semangat. Paksa juga diri makan demi menyusukan anak2. Paksa diri utk kuat utk bersihkan dan mandikan anak2.. Utk sediakan makanan dan suap anak2.. Utk bangkit makan ubat dan juga beri anak2 makan ubat. Sungguh tiada daya upaya melainkan bantuan Allah.
LUMRAH IBU SAKIT ATAU LEMAH MANA PUN KEBAJIKAN ANAK TETAP DITERUSKAN
Ku pasti semua ibu pun begini. Sakit dan lemah macam mana pun, kebajikan anak2 mesti tetap diteruskan. Dalam kepala mmg fikirkan kesihatan anak2 lebih dari diri sendiri. Biarlah diri sendiri yg sakit, jangan anak2 yg sakit. Biarlah diri sendiri yg lapar, jangan anak2 yg tak makan. .
Begitulah lumrah seorang ibu. Begitulah kuatnya cinta seorang ibu. Cinta dan pengorbanan yg sama Mak aku pernah berikan pada aku dulu. Perasaan dan rasa yg sama. Kini naluri ini ada pada aku buat anak2 ku.. Sungguh indah cinta ini Ya Allah.. Tiada yg dapat menandingi cinta ini. Kerana itulah KAU letak darjat ibu itu amat tinggi Ya Rabb. Kerana itulah KAU letak Syurga di bawah telapak kaki Ibu. Kerana Kasih ibu tiada tandingan. Tiada pengganti.
.
Wahai anak2 Bonda @sucihumairaiqlima@sucihayfaamedina lekas sembuh ya.. Bonda rindu tgk anak2 Bonda bermain gamatkan suasana rumah. Nanti dah sihat Bonda bawa anak2 pergi jalan2 ya..❤️?????
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
ANAK KEDUA PALING LEMBIK, SETIAP KALI MAKAN AKAN MUNTAH
yatthamzah_suci Hati ibu mana yg tak luluh bila melihat anak2 sakit begini. Dua2 lemah longlai tak Aktif seperti biasa. Badan panas macam bara api. Iqlima paling lemah lembik, setiap kali makan akan dimuntahkan kembali.
Medina masih ingin makan tapi suhu badannya lebih tinggi berbanding Iqlima. Bonda hanya mampu mendoakan dan terus menjaga anak2 Bonda ini agar lekas sembuh. Kuatkan semangat wahai anak2. Kuat demi Bonda seperti mana Bonda kuatkan semangat demi kalian anak2 ku.. ?❤️???
Uniknya susu ibu bantu bayi tidur nyenyak. Hebatnya ciptaan Allah ini lengkap dengan fungsinya. Patutlah dia cepat tertidur masa menyusu malam!
Pakar Laktasi & IBCLC Rita Rahayu Omar berkata setiap spesies mamalia menghasilkan susu unik tersendiri memenuhi keperluan nutrien anaknya. Prinsip ini dikenali sebagai biologi khusus susu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia dan menghasilkan susu ibu yang sempurna untuk keperluan anaknya.
SUSU IBU MENGANDUNGI HORMON YANG BOLEH BUAT BAYI MENGANTUK
Antara keunikan susu ibu adalah ia mengandungi hormon-hormon tertentu. Antaranya ialah hormon melatonin. Hormon ini di rembes pada waktu malam oleh orang dewasa dan bukannya bayi. Ia memberikan kesan hipnosis yang membuatkan bayi relaks dan juga kesan merehatkan otot-otot di usus.
Ada kemungkinan bahawa susu ibu , yang mengandungi melatonin memberikan kesan sedatif yang membuatkan bayi rasa mengantuk (berfungsi membantunya tidur dengan nyenyak) dan mengurangkan terjadinya kembung perut.Hebatnya Ciptaan Allah!
KURANGKAN BAYI MERAGAM
Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mengurangkan bayi meragam. Ia juga boleh mengurangkan rasa cepat marah atau kembung perut kepada si kecil serta cenderung untuk tidur pada waktu malam lebih panjang.
Susu ibu (pada waktu malam) mengandungi paras melatonin yang tinggi, sedangkan ini tidak berlaku kepada bayi yang meminum susu formula. Dalam kajian itu juga, didapati bahawa melatonin yang dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu memainkan peranan dalam meningkatkan tidur dan mengurangkan kolik pada bayi menyusu berbanding yang diberi susu formula.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa bayi akan kelihatan lebih mengantuk dan kurang aktif apabila meminum susu perahan yang diperah oleh ibunya pada waktu malam atau dinihari ( sebagai contoh ibu mengepam semasa bekerja ketika syif malam).
HORMON CCK UMPAMA UBAT PELALI BAGI BAYI YANG MENYUSU TERUS DARI PAYUDARA
Bayi yang menyusu terus daripada payudara, dia akan kelihatan mengantuk dan mudah untuk tertidur. Ini disebabkan oleh hormone cholecystokinine (CCK) iaitu sejenis hormon yang meningkatkan penghadaman, memberikan kesan seperti ubat pelali dan rasa kekenyangan dan tenang kepada si manja. Semasa menyusu, rembesan CCK oleh kedua-dua ibu dan bayi menghasilkan rasa mengantuk.
RUPANYA INI YANG BANTU BAYI TIDUR NYENYAK
Tahap CCK bayi memuncak sebanyak dua kali selepas penyusuan. Puncak pertama berlaku sebaik sahaja selepas penyusuan. Ia memuncak lagi 30 hingga 60 minit kemudian yang mungkin selepas susu tersebut sampai ke saluran usus.
Tahap CCK bayi akan menurun selepas 10 minit selepas penyusuan. Hal ini yang menyebabkan bayi tersedar semula untuk menyusu semula sama ada daripada payu dara sebelah lagi atau daripada payudara yang sama untuk mendapatkan susu yang kaya dengan lemak (hindmilk). Menunggu 30 minit selepas menyusukannya sebelum meletakkan bayi ke katilnya membantu bayi untuk tidur lebih nyenyak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki fasa berpantang selepas melahirkan, bererti anda perlu patuh kepada beberapa ketetapan tertentu supaya diri segera kembali sembuh, sihat dan segar seperti sedia kala.
Salah satu ketetapan itu ialah memakai stokin. Tidak dinafikan ada segelintir ibu berpantang yang culas kerana rimas.
Perlu atau tidak memakai stokin sepanjang masa ketika berpantang? Mari kita baca fakta saintifik tentang faedah memakainya.
Berdasarkan fakta saintifik ini, ia ada alasan kukuh untuk menggesa anda memakai stokin. Banyak kebaikan yang bakal anda perolehi daripadanya.
Kekalkan kepanasan
Selepas melahirkan, fizikal dalaman dan luaran anda mudah terdedah kepada suhu sejuk. Dengan memakai stokin sepanjang masa, anda dapat membantu diri kekal dalam haba panas yang bersesuaian dengan persekitaran pada ketika itu.
Stokin yang dipakai mengelakkan kaki daripada menyentuh secara langsung ke lantai yang akhirnya boleh menyebabkan dalam tubuh menjadi sejuk.
Ada pendapat yang menyarankan sebagai ganti stokin, anda juga boleh memakai kasut lembut yang lazim dipakai di dalam rumah. Tujuannya ialah memastikan ada pelindung di antara tapak kaki dengan lantai yang bersifat ‘sejuk’.
Hindari angin
Memakai stokin ketika berpantang dapat mengelakkan urat kaki daripada bersimpul dan mengelakkan angin memasuki badan. Apabila angin memasuki badan ketika berpantang, ia boleh menjejaskan tahap kesihatan anda.
Elakkan trombosis
Masalah pembentukan darah beku di dalam saluran darah sehingga menghalang alirannya boleh berlaku sekiranya saluran darah cedera.
Dalam proses melahirkan anak, tubuh menggunakan platelet dan fibrin bagi membentuk darah beku untuk menghentikan kehilangan darah.
Dengan memakai stokin, sedikit sebanyak anda dapat mengelak diri daripada terkena trombosis.
Sehubungan itu, pesakit yang terlantar di hospital atau sedang koma untuk tempoh jangka panjang dipakaikan stokin bagi mengelakkan trombosis.
Oleh yang demikian janganlah anda memandang remah dengan peraturan memakai stokin semasa berpantang.
Semoga anda mendapat manfaat daripada yang dikongsikan ini dan tidak lagi mengeluh apabila perlu memakai stokin ketika berpantang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.