Sebaik sahaja selesai melahirkan anak, menu pertama pastinya nasi bersama buah oren yang setia menjadi menu utama.
Sudah tentu buah oren jadi pilihan kerana sihat penyembuhnya yang luar biasa. Dek kerana itulah buah kesukaan ramai ini begitu disarankan waktu pantang.
Malah menurut perkongsian Pn Mastura Rashid, buah oren ini juga menjadi pilihannya waktu berpantang kerana mempunyai khasiat berganda.
Waktu pantang dulu, buah oren ni antara buah wajib saya makan setiap hari. Selain dari menghilangkan kering tekak, ia juga salah satu cara berkesan mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman.
Biasanya ketika berpantang, saya akan makan buah oren, madu sidr, minum air lemon, dan minuman herba. Herba pun saya tak makan yang ada fungsi perapat, ubat periuk atau jamu.
Biasanya lunch mak akan bagi saya makan sup belut atau belut bakar, bersama dengan kunyit muda, sambal cicah lada hitam, pucuk mengkudu, berselang seli dengan ikan selar atau tenggiri.
Belut ni abang yang carikan di pasar pasir puteh. Tak tahulah sekarang ada lagi ke tidak orang tu.
Berbalik pada oren, sifat oren ni panas, manis dan berasid. Jadi mak-mak yang takut makan buah sejuk dalam pantang, oren ni selamat dimakan. InsyaAllah tak kena bentan urat.
Saya pernah makan pisang nangka cheese dalam pantang sebab teringin sangat lepas tengok iklan dia. Aduhh tak tahulah nak cakap macamana sakitnya badan selepas tu. Menitik-nitik darah keluar kerana bentan. Syukur mak ada.
Lain orang lain ya penerimaan badan dia ketika berpantang. Ada makanan saya boleh makan, tapi mak lain tidak.
Sambung pasal oren. Dalam perubatan cina, buah oren ni bagus untuk kesihatan peparu dan limpa.
Untuk orang yang kurang selera makan, makan buah oren boleh meningkatkan selera makan. Bagus untuk anak-anak yang susah nak makan.
Orang yang ada water retention (bengkak badan bila bangun pagi), buah oren pun salah satu remedi terbaik selain dari lemon.
Kalau ada masalah peluh yang keterlaluan hingga rasa mengganggu orang sekeliling, makan buah oren banyak-banyak okeh. Bau badan pun akan berkurangan.
Buah oren pun boleh kurangkan risiko angin pasang. Bukan lelaki je ada masalah angin pasang tau, perempuan pun sama.
Pagi ni saya minum air kulit oren dengan halia kering. Kulit oren pun ada khasiat dia.
Kalau rasa loya, ada muntah-muntah, sakit perut dan gastrik, minum air kulit oren okeh. Basuh bersih kulit oren, keringkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Kalau ada dehydrator, lagi bagus. Pengeringan pun sekata dan cantik je.
Kalau biasa minum air kulit oren, bau mulut pun wangi je. Kahak yang tersangkut di tekak pun akan kurang. Lagi bagus jika diminum dengan madu asli, bukan gula.
Sebab apa saja minuman yang diminum untuk tujuan kesihatan, fungsinya rosak bila dicampur gula.
Tu je sharing pagi ni. Semoga bermanfaat.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma