Semestinya ibu-ibu mahu segera sihat selepas bersalin. 6 perkara yang diketengahkan ini boleh dilakukan semasa dalam pantang.

Ibu-ibu yang lepas bersalin adalah digalakkan untuk melakukan senaman post natal untuk memperbaiki perjalanan darah dan pernafasan.

Di samping itu juga, senaman-senaman ini juga boleh mengembalikan keanjalan otot-otot di sekeliling salur peranakan.

Senaman ini boleh dimulakan ketika ibu-ibu masih dalam pantang, bergantung kepada keadaan fizikal atau setelah mendapat nasihat doktor.

Nak Cepat Sihat Lepas Bersalin, 6 Perkara Ini Mama Kena Buat. Aliran Darah Makin OK & Otot Kembali Anjal

SENAMAN PERNAFASAN

Senaman pernafasan adalah yang paling mudah dilakukan. Teknik senaman ini membantu mengembangkan paru-paru dan mengelakkan komplikasi sistem pernafasan.

  1. Pastikan bahu dan kepala disokong oleh bantal.
  2. Pada kedudukan baring terlentang, bengkokkan lutut dan tangan diletakkan di atas perut.
  3. Tarik nafas panjang menerusi hidung dan hembus nafas perlahan-lahan menerusi mulut.
  4. Pastikan leher dan bahu tidak bergerak. Ulangi sebanyak 3 kali.
  5. Teknik senaman ini membantu mengembangkan paru-paru dan mengelakkan komplikasi sistem pernafasan.

SENAMAN KAKI

Senaman ini boleh melancarkan perjalanan darah dan serta menguatkan kembali otot-otot pada bahagian kaki. Berikut ialah langkah-langkahnya;

Ads
  1. Senaman untuk kaki boleh dilakukan dengan berbaring terlentang sambil kedua-dua kaki diluruskan.
  2. Gerakkan pergelangan kaki anda ke atas dan ke bawah. Ulangi sebanyak 10 kali.
  3. Menggerakkan kaki membentuk dengan bulatan dengan kedua-dua pergelangan kaki. Ulang pergerakan ini sebanyak 10 kali.

Nak Cepat Sihat Lepas Bersalin, 6 Perkara Ini Mama Kena Buat. Aliran Darah Makin OK & Otot Kembali Anjal

SENAMAN ANGGOTA ATAS

Untuk senaman ini, langkah-langkah ini perlu dilakukan. Ia membantu menggalakkan perjalanan darah terutama sekali bagi mama yang banyak berbaring selepas bersalin.

  1. Ibu perlu baring terlentang dengan kedua-dua belah tangan dirapatkan ke badan.
  2. Angkat kedua-dua belah tangan ke atas (melepasi bahu) sehingga kedua-duanya bersentuhan.
  3. Kemudian jatuhkan semula dan rapatkan ke sisi badan. Ulangi sebanyak 20 kali.

SENAMAN ABDOMEN

Senaman pertama

Ads
  1. Baring terlentang sambil membengkokkan lutut. Rapatkan tangan di sisi badan.
  2. Kempiskan perut anda dan tahan selama 5 saat sebelum kembali ke posisi asal.
  3. Lakukan sebanyak 10 kali.

Senaman kedua

  1. Baring terlentang dengan kedua-dua belah tangan ke perut. Lutut dibengkokkan.
  2. Angkat kepala dan bahu anda dan pandang ke arah lutut.
  3. Lakukan sebanyak 10 kali.

Nak Cepat Sihat Lepas Bersalin, 6 Perkara Ini Mama Kena Buat. Aliran Darah Makin OK & Otot Kembali Anjal

SENAMAN ANGKAT PUNGGUNG

  1. Baring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan.
  2. Jarakkan sedikit antara kedua-dua belah kaki.
  3. Angkat bahagian punggung anda dan tahan selama 5 saat.
  4. Kembalikan punggung ke keadaan asal. Lakukan ini sebanyak 10 kali.

Nak Cepat Sihat Lepas Bersalin, 6 Perkara Ini Mama Kena Buat. Aliran Darah Makin OK & Otot Kembali Anjal

SENAMAN KEGEL

Ads

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membuat senaman kegel. Ia boleh dilakukan dalam posisi berdiri, duduk atau berbaring. Posisi baring ialah pilihan terbaik untuk mereka yang baru memulakannya.

Apa yang penting, anda tidak menahan nafas semasa melakukan kemutan. Bernafaslah seperti biasa. Caranya ialah dengan;

  1. Mengemutkan otot pelvis seperti menahan kencing. Tahan kemutan selama 10 saat.
  2. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan.
  3. Ulangi langkah senaman ini sebanyak mungkin.

POSTUR BADAN

Postur badan semasa mendukung bayi

Apa yang mama perlu lakukan ialah fikirkan keselesaan anak bila mendukungnya. Menggunakan alat penggendong dua bahu (carrier) boleh mengelakkan ibu daripada sakit belakang. Ini juga membantu membolehkan mama mendukung dalam tempoh yang lama.

4 TIPS POSTUR BADAN SEMASA MENYUSUKAN BAYI

  • Kaedah menyusukan yang betul membuatkan anda dan bayi anda lebih selesa. Kepala bayi berehat dalam dakapan anda.
  • Sokong belakang badan dan punggung bayi. Lengan bayi perlu berada pada bahagian sisinya. Mama jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Anda juga boleh duduk menyandar pada kerusi ketika menyusu. Sokong kepala bayi dengan lengan dan muka bayi menghadap payudara.
  • Gunakan bantal atau kusyen untuk memastikan selesa ketika bersandar. Jika anda berasa letih, anda boleh menyusu sambil berbaring.

Nak Cepat Sihat Lepas Bersalin, 6 Perkara Ini Mama Kena Buat. Aliran Darah Makin OK & Otot Kembali Anjal

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI