Selain menu sup dan aneka masakan lain seperti masak kurma dan sebagainya, ada juga anak-anak kita yang cukup sukakan masak kari. Namun bukan semua anak tahan akan rasa rempah dan pedasnya. Bagi melatih rasa pedas rempah ini apa kata anda cuba berikan anak masak dhal atau boleh juga mencuba masak dhaca buat anak.
Resipi perkongsian Puan Irna Syafiqah ini nampak ringkas namun mengujakan. Sesekali perlu juga ubah selera anak. Barulah anak makan lebih berselera. Jom cuba!
Afrina dah mula menunjukkan semula perangai tak nak makan dia. Mommy dah pening. Bayangkan makan 2-3 suap sahaja. Lauk favourite dia, kari, kurma, masak lemak labu ayam, memang dah ulang ulang sampai tak larat dah.
So harini mommy masak dhal untuk dia. Harap dia suka lah. Tak boleh kalau dia makan sikit walaupun tahu memang fasa tumbuh gigi ni dia kurang makan.
Senang jugak lah caranya. Jom kita mula.
Ads
Bahan bahan:
1 cawan kacang dhal
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia
Daun kari
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Biji sawi
Carrot
Kentang
Cili (saya tak letak)
Cara cara ada pada setiap gambar ya.
Basuh bersih kacang dhal. Lepas tu rebus sampai empuk.
Ads
Memang lama rupanya nak rebus kacang dhal ni. Sabar jela ye mommy!
Bebawang ni hiris hiris je nanti untuk buat menumis.
Daun kari, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, biji sawi dan halia.
Carrot & kentang. Potong ikut suka. Boleh juga nak letak terung. Tapi saya tak letak.
Ads
Okay bila kacang dhal dah empuk, masukkan sedikit kunyit & sayuran tadi.
Panaskan kuali dan masukkan bebawang yang dihiris tadi, halia, daun kari, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis & biji sawi. Goreng sampai wangi. Bau diaaa.
Kemudian masukkan dalam periuk dhal tadi. Tak sempat nak ambik gambar sebab battery dah low sangat. So inilah hasilnya. Mangkuk besar untuk kami. Mangkuk kecik untuk Afrina (tak ada garam). Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cara penyediaan;
(Gaul smpi sebati semua ni,masukkan air yis tadi sikit-sikit,tak cukup tambah air suam,uli smpi doh tak lekat kat tangan,doh jangan keras,lembut je..biarkan 40minit atau sampai doh naik sekali ganda)
Bulatkan ikut size yang nak,biarkan naik sikit,boleh la goreng..minyak panas,api sedang-sedang je. Saya suka buat lubang sebelum goreng,tak suka buat lubang awal,nanti lubang tak cantik..cara saya la😄
Kredit: Imah Akma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu hal yang sentiasa menjadi masalah bagi kita adalah menyukat sukatan air ketika membuat roti jala. Jangan risau kerana resipi yang dikongsikan oleh Azwa Mokhtar ini cukup lembut dan sukatannya standard. Jadi pastinya tak ada isi terlembut atau terkeras.
Menariknya bancuhan tepung yang dikongsikannya hanya menggunakan blender sahaja. Cukup mudah. Adunan pun pastinya lebih sebati dan tidak berketul-ketul. Jom ikuti caranya. Memang superb!
Assalamualaikum. Saya nak berkongsi resepi membuat roti jala. Kalau dah ada sukatan mudah kita nak dapatkan hasil yang standard. Tak ada la kejap cair kejap pekat adunan kita.
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 sudu besar majerin
1 sudu besar garam halus
1 sudu kecil pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa
Satukan semua bahan, gaulkan sebati.
Blender sampai halus (dengan sukatan air). Kalau tak nanti ada yang tersumbat di acuan.
Panaskan kuali leper dan mulalah menjala.
Dah siap! Kalau disusun bekas 10×10 ini dapat 81 keping. 9 baris x 9.
Rendang ayam dan kuah kacang biasanya dihidang pada hari raya. Kedua-dua menu ini antara menu wajib yang perlu ada ketika beraya. Namun sebenarnya menu ini boleh diolah dan dijadikan menu versi sihat untuk bayi tanpa garam dan gula.
Mama papa tak risaulah nak beraya kalau dah siap-siapkan menu raya untuk si kecil. Sekurang-kurangnya si kecil tak adalah ‘terliur’ melihat hidangan raya orang dewasa kan?
Cara penyediaanya sangat mudah seperti yang dikongsi. Selamat mencuba!
Rendang ayam menu sesuai untuk baby 7 bulan keatas okay.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.