Nak Cuba Bagi Anak Makan Kari, Boleh Mulakan Dengan Masak Dhal Dulu!

Share

Selain menu sup dan aneka masakan lain seperti masak kurma dan sebagainya, ada juga anak-anak kita yang cukup sukakan masak kari. Namun bukan semua anak tahan akan rasa rempah dan pedasnya. Bagi melatih rasa pedas rempah ini apa kata anda cuba berikan anak masak dhal atau boleh juga mencuba masak dhaca buat anak.

Resipi perkongsian Puan Irna Syafiqah ini nampak ringkas namun mengujakan. Sesekali perlu juga ubah selera anak. Barulah anak makan lebih berselera. Jom cuba!

Afrina dah mula menunjukkan semula perangai tak nak makan dia. Mommy dah pening. Bayangkan makan 2-3 suap sahaja. Lauk favourite dia, kari, kurma, masak lemak labu ayam, memang dah ulang ulang sampai tak larat dah.

So harini mommy masak dhal untuk dia. Harap dia suka lah. Tak boleh kalau dia makan sikit walaupun tahu memang fasa tumbuh gigi ni dia kurang makan.

Senang jugak lah caranya. Jom kita mula.

Bahan bahan:
1 cawan kacang dhal
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia
Daun kari
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Biji sawi
Carrot
Kentang
Cili (saya tak letak)

Cara cara ada pada setiap gambar ya.

Basuh bersih kacang dhal. Lepas tu rebus sampai empuk.

Memang lama rupanya nak rebus kacang dhal ni. Sabar jela ye mommy!

Bebawang ni hiris hiris je nanti untuk buat menumis.

Daun kari, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, biji sawi dan halia.

Carrot & kentang. Potong ikut suka. Boleh juga nak letak terung. Tapi saya tak letak.

Okay bila kacang dhal dah empuk, masukkan sedikit kunyit & sayuran tadi.

Panaskan kuali dan masukkan bebawang yang dihiris tadi, halia, daun kari, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis & biji sawi. Goreng sampai wangi. Bau diaaa.

Kemudian masukkan dalam periuk dhal tadi. Tak sempat nak ambik gambar sebab battery dah low sangat. So inilah hasilnya. Mangkuk besar untuk kami. Mangkuk kecik untuk Afrina (tak ada garam). Selamat mencuba.

Published by
SRM