Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer. Boleh, Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu

Share

Selepas melalui proses kelahiran secara pembedahan, ada sesetengah ibu yang mahukan bersalin secara normal untuk anak yang seterusnya. Doktor di hospital akan menyarankan apa jenis kelahiran yang sesuai mengikut keadaan si ibu. Ada yang dibenarkan untuk bersalin secara normal sekiranya ibu tersebut melahirkan anak melalui caesarean tanpa komplikasi sebelum ini. Bersalin normal selepas melalui pembedahan caesarean boleh dilakukan tetapi perlulah mendapatkan nasihat dari pakar.

Menjelaskan tentang topik ini, Dr Renu Gopinath yang merupakan Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) berkata, terdapat kajian menunjukkan 65% sehingga 70% ibu menjalankan caesarean sebelum ini boleh diberi peluang untuk bersalin secara normal. Kadar kejayaannya adalah berdasarkan nasihat dan kaunseling yang diberi oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi serta statistik operasi caesarean yang dilakukan sebelum ini.

Artikel Menarik : [Haid Tak Teratur & Keluar Lebih Banyak Bila Mama Guna Suntikan Depo, Masalah Biasa]

Namun begitu, perkara yang dirisaukan sekiranya ibu ingin bersalin normal adalah kemungkinan parut caesarean dari kelahiran yang lalu akan koyak semula. Ia kemungkinan besar akan berlaku sekiranya terdapat kesan koyakan pada uterus, jangkitan pada luka selepas pembedahan atau terdapatnya jahitan ulangan.

Kenapa Ibu Mahu Bersalin Normal Selepas Kelahiran Caesarean?

  1. Wanita yang ingin membina keluarga yang lebih besar
  2. Kurang komplikasi sewaktu pembedahan
  3. Lebih menjimatkan
  4. Proses pemulihan yang lebih cepat
  5. Tidak memerlukan masa yang lama untuk tinggal di hospital

Menurut Dr Renu lagi, bukan semua ibu dapat bersalin normal untuk kelahiran seterusnya di atas beberapa faktor. Antaranya ialah seperti :

  1. Bayi besar
  2. Kepala bayi gagal memasuki pelvis di akhir kehamilan
  3. Bayi songsang
  4. Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim
  5. Terdapat sejarah pecah rahim
  6. Pernah melakukan beberapa jenis pembedahan rahim sebelum ini seperti Miomektomi
  7. Pelvis menguncup

Risiko & Faedah Vagina Birth After Caesarean (VBAC) Yang Dirancang Berbanding Elective Repeat Caesarean Section (ERCS) Dari Kehamilan 39 Minggu

Kedua-dua pilihan ini mempunyai kebaikan dan keburukannya dan hal ini perlu diterangkan kepada ibu yang mahu melahirkan. Biasanya Pakar Obstetrik & Ginekologi akan menerangkan tentang hali ini :

  1. Seorang wanita harus sedar bahawa dengan kaedah VBAC mempunyai komplikasi yang rendah. Sekiranya seorang ibu itu berada dalam tempoh untuk bersalin normal, berkemungkinan dia berpeluang untuk melahirkan bayi secara VBAC adalah 75%-80% namun, peluang ini akan tipis sehingga 45% hingga 50% jika bakal ibu diinduce semasa dalam proses bersalin.
  2. Walaubagaimanpun, VBAC yang dirancang yang dilakukan secara kecemasan adalah berisiko tinggi sekiranya ibu perlu bersalin secara pembedahan caesarean.
  3. Ibu hamil perlu tahu bahawa VBAC yang dirancang boleh mengakibatkan kira-kira 1 daripada 200 wanita mengalami rahim koyak .
  4. Ibu hamil juga perlu tahu kematian perinatal yang berkaitan dengan kelahiran secara VBAC adalah sangat rendah.
  5. ERCS adalah agak berisiko untuk uri melekat pada uterus. Jika sudah menjalani dua kali pembedahan. Pada kebiasaannya, ibu akan dinasihatkan menjalani pembedahan bagi kelahiran yang seterusnya.
  6. Dengan kaedah ERCS, ia berisiko pada masalah pernafasan bayi namun, kebiasaannya berlaku dalam tempoh yang singkat. 5 dalam 100 bayi yang dilahirkan secara pembedahan pada minggu ke 39 akan mengalami masalah pernafasan berbandingkan dengan purata 2 dalam 100 bayi yang dilahir secara normal.

Artikel Menarik : [Teknik Urutan Kasih Bantu Pengeluaran Susu Ibu. Suami Boleh Urut, Hanya 3 Step Je!]

Maka dengan itu, keadaan ibu hamil untuk kelahiran VBAC adalah sangat penting. Ia seharusnya diterangkan kepada bakal ibu dengan jelas. Doktor akan meneliti rekod kehamilan dan kelahiran sebelumnya sebelum menyarankan yang terbaik buat si ibu.

Artikel Menarik : [PCOS Punca Kanser Rahim Wanita? Doktor Saran Peka 7 Gejala Ini Untuk Pengesanan Awal!]

Apabila pesakit yang mencuba VBAC berada dalam fasa untuk bersalin, pemantauan intrapartum pesakit untuk pembuangan parut atau pecah parut biasanya dilakukan dengan memantau tanda-tanda vital, memeriksa kelembutan parut, pendarahan faraj yang tidak normal, hematuria, penghentian aktiviti rahim yang sebelumnya berkesan dan memantau CTG yang tidak normal. Analgesia epidural boleh ditawarkan dalam VBAC yang dirancang.

Wanita harus diberitahu bahawa VBAC yang dirancang harus dijalankan di bilik bersalin yang lengkap dengan perawatan dan pemantauan intrapartum berterusan berserta dengan persediaan untuk kelahiran secara caesarean dan resusitasi neonatal lanjutan.

Jangan risau para ibu, anda masih mempunyai harapan untuk bersalin secara normal selepas melalui pembedahan caesarean! Tapi ingat, haruslah mendapat nasihat dari pakar yang berpengalaman.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Emy H