Setiap ibu hamil pasti mengimpikan kelahiran secara normal. Berkemungkinan sekiranya seseorang ibu itu bersalin normal, dia lebih cepat sembuh. Berbanding ibu yang melahirkan bayinya melalui pembedahan, lukanya mengambil sedikit masa untuk sembuh.
Banyak faktor yang mempengaruhi proses kelahiran seseorang ibu. Selain mental dan fizikal ibu yang bersedia, tahap kesihatannya juga mesti berada di tahap terbaik bagi membolehkan kelahiran normal. Bukan itu saja, keadaan bayi dalam kandungan juga mempengaruhi sesebuah proses bersalin.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin ada berkongsi tentang faktor yang menentukan kejayaan kelahiran normal;
🦋 Fakta Femina : Faktor penentu kejayaan bersalin normal = 3P
#1 POWER
Power = kekuatan kontraksi rahim yg stabil & konsisten penting untuk :
• menolak bayi turun & masuk ke dalam rongga pelvis, vagina & keluar dari faraj
• membuka serviks sehingga 10cm
• menolak bayi dalam posisi yang betul – occipito-anterior (OA) di mana kepala bayi menyentuh dagunya & memberikan diameter yg muat untuk melepas rongga vagina & faraj
Baca Juga:
Tak Yakin Ada Stretch Mark Masa Hamil, Pakar Kulit Jelaskan Kenapa Ia Terjadi & Apa Patut Ibu Buat
“Baby Duduk Macam Mana Dalam Perut?”. Pakar O&G Kongsi Posisi Bayi Dalam Kandungan, Macam-Macam Ada!
Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil
#2 PASSAGE
Passage = Laluan i.e rongga pelvis, vagina & faraj boleh dihalang atau jadi tidak sesuai untuk melahirkan secara normal bila :
• ketinggian ibu < 150cm dengan pelvis yg sempit atau bentuk yang tidak normal, CPD
• tumor yang menghalang bayi untuk masuk ke dalam rongga pelvik seperti cyst atau fibroid
#3 PASSENGER
Passenger = Penumpang i.e bayi dengan keadaan berikut berisiko tinggi jika bersalin normal :
• posisi bayi tidak dalam posisi OA seperti muka menghadap vagina (face presentation), mendongak (brow presentation)
• kepala bayi besar e.g hydrocephalus
• bayi yang besar 》4kg
• CTG atau jantung bayi yang tidak stable / distres
Sekiranya kelahiran normal selamat dan kedua-dua ibu dan bayi sihat, itu adalah satu detik yang menggembirakan bukan saja untuk keluarga bahkan pegawai perubatan serta jururawat yang bertugas.
Biar apa jua teknik kelahiran seseorang ibu, pengorbanannya tak boleh dipandang remeh kerana dia tetap bertarung nyawa demi bayinya. Terima kasih, ibu!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Bukan Saja-Saja Czer Masa Bersalin. Ada Sebabnya Walaupun Ibu Nak Cuba Normal
Kenapa saya kena czer? Tak boleh ke saya nak bersalin normal? Mesti ramai yang ada persoalan macam ni kan?
Kelahiran czer ni ada 2 jenis iaitu elective czer dan emergency czer.
Elective czer ni, pembedahan yang dah memang dirancang dari awal. Untuk ibu macam ni, tidak ada harapan lagi nak bersalin secara normal. Antara sebabnya adalah:
- Uri dibawah yang menutup laluan bersalin. Kalau dah laluan bersalin tertutup, macam mana nak bersalin biasa kan? Jadi kena la czer.
- Masalah kesihatan seperti lemah jantung, darah tinggi yang tidak terkawal. Risiko berlaku komplikasi jika bersalinnormal adalah tinggi untuk ibu ni, jadi kenala juga plan czer dari awal.
- Dah 2 kali czer sebelum ni, so next delivery memang czer jugak la.
Emergency Czer ni pulak, dari awal memang Dr plan nak bagi bersalin macam biasa. Tapi pada masa nak bersalin atau sebelum bersalin, tiba-tiba berlaku masalah yang tidak mengizinkan ibu untuk bersalin normal. Contohnya :
- Baby lemas. Masa tengah 3-4 cm, nampak baby dah lemas. Jantung baby dah tak normal. So nak selamatkan baby, kena la czer.
- Eclampsia atau pre eclampsia. Eclampsia ni sawan, pre eclampsia ni sebelum jadi sawan, ada tanda2 seperti darah naik mendadak, protein dalam urine, kabur mata, pening2 dan pedih ulu hati. Kalau ada tanda2 ni, Dr takkan tunggu lagi. Terus je czer.
- Baby besar sangat dan mungkin tersangkut. Kalau masa nak bersalin tu, Dr scan nampak baby ni besar sangat, maknye pulak kecik comel je, so kemungkinan baby ni tersangkut adalah tinggi. Jadi untuk mengurangkan risiko komplikasi, cara terbaik adalah czer.
- Masalah dengan tali pusat. Bila pecah air ketuban, bukan kepala baby yang turun dulu, tapi tali pusat yang turun dulu. Jadilah cord prolapse. Ini pun kena la czer jugak.
- Waktu bersalin yang terlalu lama. Dah berjam2, tapi laluan masih lagi duk 4-5 cm. So tak tahu nak tunggu sampai bila. Dah lebih 12 jam duk dalam labour room. Ni dipanggil poor progress. So kes macam ni pun kena la czer juga.
- Fail induction of labour. Ibu kena induce, for any reason nak bagi bersalin cepat. Bila induce tak berjaya, jadi kenala czer jugak.
Ini antara kenapa czer dilakukan.
Tapi antara sebab lain kenapa czer dilakukan yang tidak termasuk dalam medical factor adalah patient request.
Ada juga ibu yang mati-mati suruh doktor bagi bersalin czer. Ini akan memeningkan kepala doktor. Biasanya kes macam ni, sebab mak nya nak tarikh lahir anak tarikh yang cantik. Pernah berlaku kes macam ni. Tapi tak banyak la.
Sumber: Poliklinik Az-Zaara
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jadual Pemakanan Ibu Menyusu Ini Bantu Kekal Kenyang Dan Bertenaga!
Jika anda melakukan penyusuan eksklusif, sudah tentu aspek pemakanan sangat penting untuk dititikberatkan.
Diet pemakanan seimbang
Anda tidak memerlukan diet penyusuan khas tetapi apa yang dimakan haruslah seimbang.
Ini bermakna diet anda perlu mengandungi buah-buahan dan sayuran, serta bijirin penuh seperti oat, beras perang serta bijirin dan roti yang dilabelkan gandum penuh.
Makanan tinggi kanji seperti kentang dan pasta adalah sumber tenaga penting.
Anda juga memerlukan protein tanpa lemak – ayam, telur, kekacang, lentil, ikan dan daging lembu tanpa lemak. Lemak sihat seperti minyak zaitun, kekacang, avokado dan ikan berlemak juga baik.
Sangat penting untuk ibu yang menyusukan anak menjaga diet pemakanan harian. Ini kerana ia dapat membantu mengekalkan tenaga dan menjadikan emosi anda lebih stabil.
Jadual pemakanan ibu menyusu
Ini antara idea hidangan harian untuk anda cuba:
Jam 7-8 pagi – Sarapan
Apabila ingin bersarapan, pastinya kita akan terbayangkan nasi lemak mahupun roti canai, bukan? Tetapi untuk anda yang menyusukan badan, sudah tentu menu yang lebih sihat amat disarankan.
Apa kata anda cuba overnight oat dengan susu badam, ditambah biji chia, oat dan juga buah-buahan segar pilihan – seperti strawberi atau beri biru.
Bagi mereka yang tidak pernah mencubanya overnight oat adalah oat yang direndam bersama susu dalam satu bekas dan disimpan semalaman di dalam peti sejuk – kerana ia lebih enak dimakan sejuk.
Oat jenis rolled atau cooking oat adalah yang paling elok dan sesuai digunakan.
Untuk menu yang lebih ringkas, roti sandwic tuna dan susu kurma jawapannya. Susu kurma bukan sahaja mengenyangkan, bahkan berkhasiat dan dikatakan sebagai makanan penggalak susu.
Berikut resepi susu kurma boleh anda cuba:
Bahan-bahan:
- 7 biji buah kurma – dibuang bijinya (untuk 1 hidangan)
- Air mineral secukupnya
- Susu UHT (boleh juga guna susu kambing). Tidak digalakkan menggunakan susu serbuk atau susu pekat manis
Cara-cara penyediaan:
- Rendam kurma yang sudah dibuang biji di dalam air mineral hingga menutup permukaan kurma semalaman. Anda boleh letak di dalam peti ais jika mahu sejuk.
- Waktu bersarapan, tuang kurma yang sudah direndam berserta air rendamannya. Tambahkan susu UHT secukupnya.
- Kisar semuanya hingga halus.
- Sedia untuk dinikmati.
Jam 10-11 pagi – Minum pagi dalam jadual pemakanan ibu menyusu
Untuk hidangan snek waktu pagi ini, pilih makanan yang lebih ringan.
Anda boleh makan:
- 5 keping kraker gandum penuh
- 1 cawan yogurt rendah lemak
- Potongan epal
- Kismis
- Coklat panas
- Jam 12-1 tengah hari – Makan tengah hari
Bagi menu makan tengah hari pula, kita ubah kepada cita rasa western, okay?
- 2 ketul bebola daging
- 1 cawan spageti
- ½ cawan sos bolognese
- 14 biji buah anggur
Namun jika tekak masih mahukan sesuatu berunsur kemelayuan, anda boleh memilih hidangan nasi, berlauk ayam atau ikan, sayur hijau dan pastikan ada buah-buahan.
Jam 3-5 petang – Minum petang
Snek petang pula, anda boleh memilih roti bakar gandum penuh bersama ½ cawan buah-buahan.
Sekiranya anda mahukan sesuatu yang lebih mengenyangkan sementara tiba waktu makan malam, smoothie peanut butter strawberry pilihan terbaik.
Jam 7-8 malam
Nasi bersama lauk pilihan ikan atau ayam, sayuran berdaun hijau dan juga buah-buahan.
Tetapi jika inginkan sesuatu yang lebih fancy, anda boleh mencuba baked salmon bersama kentang panggang dan kacang pis.
Jam 9-10 malam – Minum malam
Pada sesi snek malam, anda boleh menikmati 2 auns bijirin, 1 cawan susu dan ½ cawan buah-buahan.
Anda juga boleh menyediakan bekalan di malam hari – buah kurma dan air kosong untuk jika terasa lapar dan dahaga.
Jika terdapat sebarang keraguan mengenai kesesuaian sesuatu jenis makanan untuk anda ambil semasa menyusukan bayi, berbincanglah dengan doktor.
Kredit: Hello Doktor
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sek
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alergi Pada Kanak-kanak, Kenal Pasti Punca Baru Mak Ayah Boleh Rawat Dengan Berkesan
Apabila sistem imun seorang kanak-kanak tidak dapat melindungi diri mereka daripada alergi terhadap bahan dalam makanan, debu atau perkara tertentu, ia sebenarnya adalah tindak balas yang menyebabkan mereka mempunyai alahan.
Alahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan gangguan tidur, aktiviti sosial dan di sekolah. Kanak-kanak dengan masalah ekzema iaitu situasi awal alahan paling awal boleh menyebabkan mereka cenderung untuk mempunyai alahan terhadap benda lain.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Ezairy M Sallih, menyatakan mana-mana kanak-kanak boleh mengalami masalah alergi termasuklah masalah resdung. Namun, penting untuk mak ayah tahu bahawa alahan ini lebih mudah berlaku bila kanak-kanak itu sendiri mempunyai keluarga dengan sejarah alahan.
Tiada ibu bapa yang mahu melihat anaknya menderita. Ibu mana yang mahu melihat anaknya jatuh sakit dan hidup dengan penuh kesengsaraan. Betul?
Hakikatnya, mana-mana kanak-kanak boleh mengalami masalah alergi termasuklah masalah resdung. Namun, tahukah anda bahawa ianya lebih mudah berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai keluarga dengan sejarah alahan? Maknanya, jika anda sendiri ada masalah alahan, anak anda juga turut sama berisiko untuk mendapat masalah yang sama.
Saya faham adalah amat sukar untuk ibu bapa mengelakkan anak-anak mereka daripada terdedah kepada segala punca alahan sama ada datangnya daripada persekitaran, makanan dan sebagainya. Oleh itu, saya sering menasihatkan ibu bapa yang berjumpa saya agar lebih menumpukan perhatian kepada pemantauan gejala alahan anak-anak mereka. Pastikan bahawa semua simptom yang dialami tidak mengganggu kehidupan seharian anak-anak. Dan apa yang lebih penting, ia tidak mengganggu perkembangan IQ, EQ dan persekolahan anak-anak kita!
Jika ibu bapa mampu mengenalpasti punca alergi yang dialami oleh anak-anak, secara tidak langsung ia akan meningkatkan kualiti hidup anak anda, mengurangkan jumlah hari tidak hadir ke sekolah dan ia juga akan membantu meningkatkan lagi perkembangan akademik anak-anak anda.
Sebenarnya, ada banyak punca-punca alahan yang boleh dialami oleh anak-anak. Kebiasaan pesakit yang saya temui mengadu mengalami gejala alahan apabila mengambil sesetengah makanan seperti makanan berasaskan kacang, telur, udang, ketam, kerang, ayam dan sebagainya.
Perlu diingatkan juga bahawa setiap anak-anak ini tidak sama punca alahan yang dialami. Anda tidak boleh menganggap jika anak sulung anda alergik kepada udang, maka semua anak-anak yang lain turut mengalami alahan kepada jenis makanan yang sama. Tak sama, puan-puan…
Punca ada di sekeliling kita
Saya senaraikan beberapa punca alahan yang boleh berlaku kepada anak-anak kita. Semoga ia boleh menjadi panduan kepada anda yang masih belum berjaya mengenalpasti apa punca alahan anak-anak anda.
- Persekitaran luar : Ia boleh disebabkan oleh debunga pokok, tumbuh-tumbuhan dan habuk serta asap yang ada di luar rumah.
- Persekitaran dalam rumah sendiri : Ia mungkin daripada bulu binatang peliharaan kita seperti kucing contohnya. Boleh juga disebabkan hama atau habuk yang terperangkap pada sarung bantal, tilam, langsir, permaidani atau mungkin juga pada penghawa dingin kita!
- Makanan : Ada beberapa jenis makanan yang agak biasa dikaitkan dengan punca-punca alahan seperti kacang tanah, telur, makanan laut, coklat dan susu.
- Lain-lain : Selain itu, ada juga pesakit yang mudah untuk mengalami alahan apabila terdedah kepada asap rokok, asap kenderaan di luar rumah, minyak wangi dan sebagainya.
Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan besar di sini. Anda perlu memantau segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak anda. Ianya termasuklah gejala seperti kerap-kerap bersin, hidung berair, kegatalan pada mata, masalah pada kulit dan ini semua biasanya berlaku kepada anak-anak yang sememangnya ada alahan terhadap sesuatu ‘allergen’ yang mereka sepatutnya tahu lebih awal lagi.
Saya sering menerima beberapa soalan daripada ibu bapa tentang bagaimana untuk kita kenalpasti bahawa anak kita ini sebenarnya sedang mempunyai gejala-gejala alahan terhadap sesuatu makanan? Adakah beberapa perkara yang perlu dilihat dan diberi perhatian?
Oleh itu, saya senaraikan beberapa simptom yang amat biasa ditemui di kalangan anak-anak kita apabila mereka sedang mengalami gejala alahan terhadap sesuatu keadaan atau makanan.
Simptom anak terkena alahan
- Ruam kemerah-merahan pada kulit : Ini biasa berlaku kepada anak-anak kita jika mereka lebih sensitif kepada sesuatu keadaan terhadap kulitnya. Jika ini berlaku kepada anak-anak anda secara berulang kali, maka anda perlu kenalpasti apa puncanya seberapa segera yang mungkin.
- Gejala pada hidung : Anak-anak yang mempunyai masalah alahan juga akan mengalami simptom-simptom alahan pada hidung. Anda akan dapati anak anda kerap alami gatal-gatal pada hidung, mudah bersin-bersin dan hidung berair. Keadaan ini biasanya berlaku apabila mereka terdedah kepada ‘allergen’ yang menyebabkan masalah ini berlaku. Seboleh-bolehnya, cuba kenalpasti apa punca yang menyebabkan ia berlaku supaya masalah ini tidak terus berlarutan tanpa pemantauan rapi oleh anda.
- Simptom pada tekak : Pesakit biasanya akan lebih kerap bersin berpanjangan sebaik bangun tidur, terutama pada waktu pagi yang akan memberi rasa tidak selesa, gatal hidung, mata, tekak dan muka serta kahak yang mengalir di belakang tekak. Sebab itu ada ramai juga pesakit yang mengadu mengalami masalah tidak selesa dan sakit pada kawasan tekak.
- Simptom pada mata : Anak-anak anda bukan sahaja ada masalah pada kulit dan hidung, bahkan mereka juga boleh alami masalah gatal-gatal pada mata, mata kerap rasa kering atau kadang berair, dan ianya lebih biasa berlaku apabila mereka terdedah kepada punca alahan.
- Sesak nafas : Jangan dibuat main tentang masalah alahan ini. Jika ianya tidak ditangani dan dikenalpasti lebih awal, anda mungkin sengaja membiarkan anak anda terus menjalani kehidupan dengan terdedah kepada punca-punca alahan yang sebenarnya yang boleh membahayakan mereka! Ada sesetengah kes dimana jika ia gagal ditangani dengan baik oleh ibu bapa, ia boleh mengakibatkan sesak nafas yang teruk. Ada kes sehingga boleh menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam wad hospital!
- Masalah pada sistem pencernaan : Ada juga keadaan di mana anak anda mungkin mengalami gejala alahan dalam bentuk seperti cirit-birit dan sakit perut. Walaupun agak tidak kerap ditemui berbanding gejala-gejala lain, namun simptom ini juga perlu diketahui oleh ibu bapa agar mereka tahu apa permasalahan yang sedang dialami oleh anak-anak mereka.
Kita perlu sedar bahawa pesakit ‘allergic rhinitis’ atau alahan resdung ini jika tidak mendapatkan rawatan yang sesuai, cecair berlendir di dalam ruang sinus akan terus berkumpul dalam ruang sinus hidung pesakit. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan lapisan mukosa membengkak dan menyekat bukaan sinus!
Jika jangkitan berlaku, cecair berlendir ini akan berubah warna menjadi lendir kehijauan atau kuning di dalam sinus. Masalah ini akan menyebabkan pesakit hilang deria bau disebabkan hidung tersumbat dan boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk seperti berat pada kawasan muka, pening kepala, dan ada kes yang memerlukan ubat antibiotik.
Ada ibu bapa yang bertanya kepada saya, bagaimana mahu memastikan bahawa gejala serta masalah ini tidak berulang? Bolehkah masalah ini hilang sampai bila-bila? Di sinilah perlunya peranan ibu bapa di rumah. Pastikan anda berjaya kenalpasti apa punca yang menyebabkan anak-anak anda dapat simptom alahan ini. Ianya mungkin daripada makanan, persekitaran, habuk, hama dan sebagainya. Setelah punca alahan ini berjaya dikenalpasti, maka elakkan. Saya percaya masalah ini akan selesai atau sekurang-kurangnya akan lebih mudah untuk ditangani jika punca alahan ini berjaya dikenalpasti dengan lebih awal lagi.
Ada banyak sebenarnya rawatan yang boleh dilakukan di hospital bagi memastikan masalah ini tidak terus berlarutan dan berjaya ditangani dengan baik.
Untuk langkah awal, kami di klinik telinga, hidung dan tekak akan menasihatkan pesakit untuk menjalani ujian ‘allergy skin test’. Melalui ujian ini, doktor akan melakukan ujian kepada pesakit. Ada lebih 40 ‘allergen’ akan disuntik ke kulit pesakit bagi mengenalpasti punca alahan pesakit tersebut. Setelah lebih dua puluh minit, doktor akan membaca keputusan berdasarkan tindak balas yang berlaku pada kulit pesakit.
Melalui ujian ini biasanya pesakit akan mengetahui apakah punca-punca alahan yang mereka sedang alami. Pastinya, mereka akan berjaya mengelakkan semua punca-punca tersebut selepas itu dan masalah alahan yang dialami selama ini akan berjaya dikawal dengan lebih baik.
Selain menjalani ujian yang saya sebutkan tadi, kami juga akan melakukan pemeriksaan kepada pesakit. Bagaimana struktur dalam hidung tekak, mulut, telinga, mata dan kulit pesakit. Jika masalah alahan pada hidung yang dialami amat mengganggu pesakit, mereka boleh dibantu dengan ubat ‘intranasal steroid’ yang bertujuan untuk mengurangkan tindak balas inflamasi pada dalam hidung dan seterusnya boleh membantu pesakit mengawal masalah yang dialami.
Pembedahan kecil juga akan ditawarkan jika ubat yang diberi tidak mampu merawat bagi mengecilkan bahagian dalam hidung (turbinet).
Masalah seperti gatal-gatal pada hidung dan mata boleh juga dibantu dengan memberi ubatan seperti ‘oral antihistamine’. Ubat-ubat ini perlulah diambil dengan pemantauan dan selepas pesakit mendapat pemeriksaan daripada doktor di klinik atau hospital terdekat.
Sebagai pesanan terakhir daripada saya, sayangilah anak-anak kita. Jangan biarkan masalah kesihatan yang dialami mereka berterusan tanpa pemantauan baik daripada kita sebagai insan yang paling dekat dengan mereka. Ingatlah bahawa anak-anak ini adalah anugerah yang tidak ternilai untuk kita.
Semoga kita semua diberi kesihatan berpanjangan dan sentiasa duduk di bawah limpahan rahmat dan kebahagiaan milikNya.
Sumber: Dr Ezairy M. Sallih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI