Biskut semperit antara biskut yang mempunyai peminat tersendiri. Teksturnya yang gebu, ranggup dan cair dalam mulut pasti buatkan sesiapa saja menggemarinya.
Jika sebelum ini, biskut semperit klasik sahaja yang popular, kini dengan peredaran zaman, pelbagai perisa dibuat bagi memenuhi citarasa ramai. Malah ini antara pilihan biskut kesukaan anak-anak.
Cuma yang jadi masalahnya, apabila proses membuat biskut semperit itu tak seperti diharapkan. Walaupun bahannya simple, jika silap cara pembuatan, biskut tak akan naik elok walaupun sebelum bakar cantik kejadiannya.
Untuk dapatkan biskut semperit yang cantik, ini tip yang dikongsikan oleh Nana Fiena dan biskut ini juga menjadi punca pendapatannya.
Tengok ramai yang gagal buat semperit lately. Ni saya kongsikan resepi boleh buat kat rumah masing-masing ye. Biskut ni saya buat niaga.
Resepi Biskut Semperit
Bahan-bahan:
340g butter
250g susu pekat
80g tepung kastard
600g tepung jagung
Tip membuatnya:
**Nak flavour lain tambah je esen pandan ke, red velvet ke, chocolate ke dalam 10gram. Uli sampai jadi doh.
**Nak guna mixer kelajuan rendah, atau guna senduk, atau uli guna tangan jelah
**Sebelum bakar set dulu dalam 30minit.
**Bagi kena angin biar tak jadi arnab bunga tu.
**Bakar suhu 160 20-25minit. Ikut oven masing-masing.
Nak buat semperit panjang-panjang tu pun boleh. Semoga bermanfaat, doakan saya ye. Selamat mencuba!
Kredit: Nana Fiana
RESIPI MENARIK [Resipi Mudah Swiss Tart Cadbury. Kulit Yang Gebu Bersama Coklat Memang Sedap!]
BACA [Lebih 8k Perkongsian, Ni Cara Jimat Masa Buat Almond London Crunchy & Sama Saiz]
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)