Benarlah kata orang, nak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ketika anak-anak masih kecillah kita perlu mendidik mereka dengan adab dan didikan yang mulia. Tak mudah namun kita sebagai ibu bapa wajib memberikan didikan terbaik buat anak agar anak tidak terpesong.
Makin mencabar bila mana dikurniakan anak-anak yang ramai. Ozlynn Wati, isteri kepada Johan Rajalawak tidak terkecuali berdepan dengan masalah mendidik anak-anak. Namun baginya semuanya perlu diajar sejak kecil lagi. Jangan biarkan anak-anak membesar tanpa ilmu.
Aktiviti solat subuh berjemaah bagi keluarga kecil ini sememangnya harus dipuji. Bukan senang nak mengejutkan anak-anak yang masih kecil dan nyenyak tidur. Syabas buat Johan dan Ozlynn.
Menerusi posting terbarunya, Ozlynn sempat berkongsi tipnya mendidik anak-anaknya yang masih kecil. Kata Ozlynn, nak anak berubah, kita pun harus berubah. Itu kata kuncinya. Jom kita contohi.
Ads
Dah selalu sangat kain kena tibai.. sampai subuh dia kain pun dah tak pakai. Takpelah asal dia nak bangun solat. So arini kami ada geng #letsngaji yang baru. Chantiq dah join kitaorang, baru la lengkap.
Lepas solat, bagi makan supaya ngaji tak ada la melewehhhhh pemalas. Perkara pertama bila anak-anak bangun tidur aku akan bagi air suam segelas. Lepas tu dorang nak milo aku bagi la, cuma aku cairkan sikit. Cuma siapa nak milo air suam segelas tu kena habiskan. Tadi breakfast ayam drummet jek.. sebab mak dorang malas. Sebelum tu makan epal dulu.
Ads
Jujur cakap nak bawak anak-anak buat benda yang baik perlukan kesabaran. Dia macam diri kita sendiri la.. macam mana kita nak stop judge orang?
Pasti akan ada je hati terdetik..ee kenapa dia macam tu? Dan kita akan rasa kita je betul orang salah. Lepas tu kita asyik rasa orang je aniaya kita, sebab kita baik, kita yang bagus. Please stop perasaan tuh, stop blame orang..cuba renung diri sendiri adakah kita sudah cukup bagus atau terlalu bagus sampai orang dengki dengan kita?
Ads
Atau baguskah kita hingga boleh nilai diri orang lain. Tak! Kita tidak berhak dan mereka juga tak berhak!! Buang ego!! Jadi yang terbaik kita cuba perlahan-perlahan perbaiki segala kekurangan diri. Jangan sedih.. sekurangnya hati kita belum mati dan kita masih punya “rasa”.
Jadi jangan biarkan anak-anak kita leka sama seperti kita. Budak susah nak patuh pada arahan, kalau ikut pun ada la 2-3 kali pastu lupa balik. So macam mana nak bagi dorang tak lupa? Senang… nak anak berubah.. kita juga kena berubah, budak-budak akan ikut apa yang kita buat.
Baik yang ditunjuk InsyaAllah baik la jadinya. Apapun aku percaya ramai lagi ibubapa yang hebat di luar sana. Jangan kedekut berkongsi ilmu, gunakanlah media social sebaiknya. Pantau setiap pergerakan anak-anak, gadget anak-anak. Kalau boleh kita mak bapak banyakkan masa dengan anak-anak.
Please curi masa tu. Ye anak aku pun nakal macam anak korang. Normal.. cuma yang membezakan samada dengar cakap atau tidak.. tu jek. Pada aku semua ibubapa hebat! Setiap kita ada ujian yang berbeza.. HADAP!!
Penyanyi Jacyln Victor mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anaknya, Jonah Joshiah Rivera dan Molly Marguerite Rivera.
Kata Jac, dia tidak akan lagi membenarkan gajet dan teknologi melekakan dan menjadi pengasuh anak-anaknya mulai sekarang.
“Perkara paling teruk yang saya lakukan sepanjang menjadi ibu ialah membenarkan televisyen dan gajet berperanan sebagai pengasuh.
“Mudah bukan, tayangkan sahaja apa yang anak-anak suka dan biarkan mereka. Adoi.
“Anak-anak saya memang hebat. Mereka membesar dengan sihat dan gembira tetapi saya pasti mereka mampu melakukan lebih daripada itu.
“Saya mahu mereka memaksimumkan untuk memperbetukan kesilapan saya, kembali mendidik dengan cara old school sepertimana saya dibesarkan oleh ibu saya,” katanya.
Memikirkan tentang peranannya sebagai ibu, kata Jac lagi sudah menjadi pilihannya untuk membesarkan anak-anak tanpa bantuan pengasuh.
“Saya banyak memikirkan betapa teruknya saya sebagai ibu mereka.
“Saya memilih untuk membesarkan mereka tanpa pertolongan pengasuh sebab tidak mahu terlepas melihat mereka. Kiasu bukan?
“Saya ingat saya sudah melakukan perkara terbaik buat mereka dengan membantu mereka menguruskan diri tetapi saya sepatutnya membiarkan mereka melakukan perkara itu dengan berdikari,” tambahnya.
Penyanyi lagu Gemilang itu telah berkahwin dengan penyanyi Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014 dan berpisah 2020.
Tanpa sedar kita memarahi anak berlebih-lebihan hingga sudahnya kita menangis sendirian kerana menyesali perbuatan ini. Hakikatnya sebagai mak ayah kita bukanlah berniat untuk memarahi anak namun ada sebabnya dan ini menjadi sebahagian daripada proses mendidik. Namun adakalanya kita gagal mengawal dan melepaskan kemarahan melampau pada anak.
Meminta maaf semula daripada anak adalah satu tindakan paling bijak. Walaupun kecil namun anak mengerti. Namun jangan biarkan kemaafan ini diberikan pada pelbagai situasi. Jangan biar anak keliru dengan maaf anda.
Menurut Ibu Rose, ada waktu dan ketikanya ibu perlu meminta maaf daripada anak namun adakalanya tidak perlu. Bagaimana?
JANGAN MINTA MAAF DARI ANAK! NANTI ANAK LENJA!
Eh, apa ni? Biasanya Ibu akan minta sayang meminta maaf dari anak. Tapi ini lain pula ‘statement’nya. Jangan keliru sebaliknya cuba fahami benar-benar, apa yang Ibu mahu sampaikan.
Bila kita terlepas marah dan terkuat marah kepada anak-anak. Bila kita memujuk dan mahu meminta maaf, ingatlah untuk meminta maaf sebab TERLEBIH MARAH dan bukan kerana marah. Kenapa?
Jika perbuatan yang anak kita lakukan itu perlu ditegur, dihalang, dibetulkan dan keadaannya memerlukan kita memarahi, maka marah itu okay. Yang tidak okay ialah BERLEBIHAN.
Contoh, anak kecil 3 tahun pergi ke tingkap panjat dan nak terjun dan perbuatan ini telah dilakukan berkali-kali dan ditegur berkali-kali. Pada ketika itu, memarahi anak itu adalah perlu. Contohnya, tinggikan suara, atau denda.
It is okay. What is not okay, is over doing it. (Itu tidak mengapa. Yang tidak okay ialah berlebihan melakukannya). Contohnya, memukul dengan batang paip atau besi dan yang sama seperti itu.
Kemarahan anda kepada anak diatas perbuatan yang membahayakan dirinya itu adalah penting di situ. Oleh itu tidak perlu meminta maaf kerana membetulkan kelakuannya itu. Anak perlu tahu dengan jelas yang kelakuan itu salah dan merbahayakan.
Bila anda meminta-maaf kepada anak setiap kali anda marah, maka anak tidak akan mengambil serius bila anda memarahi mereka kerana mereka akan tahu nanti anda akan re-track ( undur balik) dan minta maaf. Maka ini menjadikan mereka keliru.
Kesimpulannya, elok minta maaf bila keterlaluan cara bukan kerana kita mendisplinkan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar tak sedar, sudah lebih 2 tahun arwah Abam Bocey dijemput ilahi. Kini satu-satunya anak arwah, Syed Uthman Hamzah yang menjadi kekuatan Hidayah.
Bukan mudah untuk hidup tanpa seorang suami dan ayah di sisi. Namun apa yang boleh dipuji, Hidayah dilihat sangat cekal dan mempunyai matlamat dalam membesarkan amanah yang ditinggalkan oleh Abam.
Bagaimanapun, apa yang menyentuh hati di instagram Hidayah, dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hamzah sedang menyusun gambar ayah dan ibunya dalam wallet Hidayah. Nampak sungguh ceria Hamzah sambil menyanyi.
Ketika ditanya oleh Hidayah siapa itu, Hamzah menyebut ‘ayah’. Berkali-kali Hamzah menyebut ayah dan telatahnya membuatkan ramai yang tersentuh hati.
Ini kerana nampak Hamzah begitu rindukan belaian kasih ayah. Walaupun belum mengerti sepenuhnya, tetapi hanya gambar yang boleh jadi penemannya.
Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 51,000 tontonan sejak dimuatnaik. Melihat si comel ini yang ada mirip arwah ayahnya, ramai sebak dan berharap Hamzah dan Hidayah terus kuat meniti hari mendatang.
“Hamzah anak solehhh😍 hamzah belajar rerajin nanti ya, jaga ibu. Kena kuat selalu ❤️”
“Sedihnya…Hamzah ingat ayah”
“Masyaallah, makin besar makin cerdik dan comel Hamzah. ❤️❤️”
“Nangis acik tengok gelagat awak ni tau”
Semoga Hamzah terus mendapat kasih sayang dari ahli keluarga lain dan membesar menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia akhirat serta menjadi pelindung ibu apabila dah besar nanti.
Kredit: IG hidayah_hamzahh
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...