Add a heading (11)

Anak yang pandai berdikari tentu menjadi kebanggaan ibu bapa. Persoalannya bagaimana untuk memupuk sikap berdikari sejak dari kecil. Jawapannya ada ditangan anda sendiri. Jadikan ia rutin yang diajar sejak dari kecil pasti ia dapat menjadikan mereka anak-anak yang berdikari.

  1. Menggosok gigi

Ajarkan anak untuk menggosok gigi sebaik sahaja mereka pandai makan. Jadikan rutin menggosok gigi dua kali sehari iaitu setelah sarapan dan sebelum tidur pada waktu malam. Tunjukkan contoh gerakan yang betul dihadapan cermin dan lakukan aktiviti ini bersama-sama dengan anda agar mereka lebih bersemangat.

Tip:

  • Pastikan anda memilih berus gigi dan ubat gigi yang khusus untuk kanak-kanak. Jika perlu biarkan si kecil anda sendiri yang memilih warna dan rasa yang mereka suka.
  • Ciptakan suasana yang menyenangkan selama menggosok gigi, contohnya menyanyi atau bercerita tentang adiwira kegemaran mereka yang suka gosok gigi.
  • Jangan lupa untuk selitkan kebaikan menggosok gigi agar si kecil anda tahu kenapa mereka perlu melakukan rutin ini setiap hari.

Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi, Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah

Ads
  1. Mengemas tempat tidur

Kemampuan motorik halus anak pada awal usia memang belum terlatih sepenuhnya. Anak anda mungkin belum boleh melipat selimut dengan rapi seperti anda atau betulkan cadar dengan baik. Tapi tak salah untuk anda libatkan si kecil dengan perkara ini. Nilai yang perlu dikenalkan sebenarnya adalah kebiasaan merapikan kembali apa yang sudah dipakai.

Tip:

  • Mulakan dengan tugas ringan seperti kemaskan bantal, rapikan cadar dan lipat selimut yang dipakai.
  • Jangan biarkan si kecil melakukannya sendiri pada tempat tidur anda juga, apatah lagi jika dia sudah tidur sendiri. Anak perlukan contoh pada setiap perkara yang anda ajarkan. Kalau anda sendiri tidak mengemas tempat tidur anda, bagaimana pula si kecil hendak jadikan rutin harian sendiri.
  1. Memilih pakaian

Biasanya kanak-kanak boleh memakai pakaian sendiri pada usianya 2 tahun ke atas. Kemampuannya bertambah dengan mahu memilih baju sendiri. Mereka cenderung untuk memilih sendiri pakaian yang dianggapnya cantik walaupun terkadang tidak sesuai. Biarkan sahaja mereka bereksplorasi dengan gaya mereka sendiri. Perkara ini dapat membantu anak untuk berani membuat keputusan.

Ads

Tip:

  • Asingkan pakaian si kecil anda mengikut aktiviti. Contohnya pakaian dipakai di rumah, pakaian untuk jalan-jalan dan pakaian untuk majlis keraian. Kenalkan dengan kumpulan pakaian tersebut selebihnya biarkan si kecil anda memilih.
  • Untuk elakkan si kecil tersalah pilih atau baju tidak sesuai, anda juga boleh berikan dua atau tiga pilihan untuk anak anda pilih.
  • Tahan keinginan anda untuk menawarkan bantuan pada si kecil jika tidak diminta. Memberikan bantuan adalah halangan terhadap kemampuan pilihan mereka.

Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi, Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah

Ads
  1. Menyikat rambut

Selain terlihat kemas, menyikat rambut dapat membantu menghilangkan kotoran pada rambut dan membuat rambut lebih sihat. Ajak anak anda untuk menyikat rambut setelah mandi. Lakukan di depan cermin untuk memudahkan anak.

Tip:

  • Pilih sikat khusus untuk anak yang mudah digenggam, bergigi jarang dan memiliki hujung yang lembut.
  • Supaya rambutnya mudah disikat, gunakan syampu khusus untuk kanak-kanak dan juga losen untuk rambut.
  • Cuci sikat secara rutin, dua kali seminggu dengan air yang bersih.

Mencipta kebiasaan mungkin tidak boleh dicapai dalam waktu yang singkat. Kanak-kanak memerlukan kegiatan dan maklumat yang berulang untuk belajar dan mengingat. Bukan itu sahaja, anda juga perlu konsisten dan berdisplin dalam mengajar mereka barulah rutin yang anda ciptakan itu akan tersemat di hati mereka.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI