Anak yang pandai berdikari tentu menjadi kebanggaan ibu bapa. Persoalannya bagaimana untuk memupuk sikap berdikari sejak dari kecil. Jawapannya ada ditangan anda sendiri. Jadikan ia rutin yang diajar sejak dari kecil pasti ia dapat menjadikan mereka anak-anak yang berdikari.
Ajarkan anak untuk menggosok gigi sebaik sahaja mereka pandai makan. Jadikan rutin menggosok gigi dua kali sehari iaitu setelah sarapan dan sebelum tidur pada waktu malam. Tunjukkan contoh gerakan yang betul dihadapan cermin dan lakukan aktiviti ini bersama-sama dengan anda agar mereka lebih bersemangat.
Tip:
Kemampuan motorik halus anak pada awal usia memang belum terlatih sepenuhnya. Anak anda mungkin belum boleh melipat selimut dengan rapi seperti anda atau betulkan cadar dengan baik. Tapi tak salah untuk anda libatkan si kecil dengan perkara ini. Nilai yang perlu dikenalkan sebenarnya adalah kebiasaan merapikan kembali apa yang sudah dipakai.
Tip:
Biasanya kanak-kanak boleh memakai pakaian sendiri pada usianya 2 tahun ke atas. Kemampuannya bertambah dengan mahu memilih baju sendiri. Mereka cenderung untuk memilih sendiri pakaian yang dianggapnya cantik walaupun terkadang tidak sesuai. Biarkan sahaja mereka bereksplorasi dengan gaya mereka sendiri. Perkara ini dapat membantu anak untuk berani membuat keputusan.
Tip:
Selain terlihat kemas, menyikat rambut dapat membantu menghilangkan kotoran pada rambut dan membuat rambut lebih sihat. Ajak anak anda untuk menyikat rambut setelah mandi. Lakukan di depan cermin untuk memudahkan anak.
Tip:
Mencipta kebiasaan mungkin tidak boleh dicapai dalam waktu yang singkat. Kanak-kanak memerlukan kegiatan dan maklumat yang berulang untuk belajar dan mengingat. Bukan itu sahaja, anda juga perlu konsisten dan berdisplin dalam mengajar mereka barulah rutin yang anda ciptakan itu akan tersemat di hati mereka.