Keibubapaan

Nak Didik Anak Perempuan Memang Mencabar, Tapi Kalau Tahu Rahsianya Semua Jadi Mudah

Share

Menjaga anak-anak memang tak mudah, anak lelaki atau anak perempuan keduanya mempunyai cabaran tersendiri yang perlu ayah dan ibu tempuhi. Malah setiap ibu bapa pastinya mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza dalam mendidik anak-anak untuk menjadikan mereka insan yang baik pada masa hadapan.ja

Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif tentang rahsia sang gadis untuk si ayah ambil tahu ini boleh dijadikan panduan untuk membesarkan mereka. Nak besarkan anak-anak memang macam-macam ragam, yang penting sebagai ibu ayah kita pandai tacle dan faham dengan dunia mereka.

5 Rahsia Anak Perempuan Yang Seorang Ayah Wajib Tahu

#1 Mereka tengok cara anda layan ibu mereka

Sesekali tu wajar juga untuk suami isteri berbalah di depan anak kita dengn syarat bertikam lidah dengan cara yang terbaik.

Tidak meninggi suara, berbincang dengan tenang dan gunakan bahasa yang sopan. Dari situ lah anak perempuan kita belajar tentang Conflict Resolution.

#2 Mereka nak rasa keberadaan ayahnya

Sosok ayah ni biasanya seorang yang workaholic dan sangat fokus pada kerja masing masing.

Sesekali tu, kena lah tinggalkan sebentar kerja kita. Layan anak kita sepenuhnya. Tak perlu lama. Cukup 15 minit untuk satu kali sesi pun dah memadai untuk penuhkan tangki emosi anak perempuan. Peluk cium je mereka dan pandang tepat ke anak mata mereka. Itu pun dah boleh membuatkan jiwa mereka terisi sepenuhnya!

” She cares about spending time with you. Playing with you. Being with you! ”

#3 Mereka nak kita faham dunia mereka

Lebih lebih lagi anak perempuan yang remaja, mereka nak ayahnya kenal dunia mereka.

Cuba sensitif dengan isu dan trend terkini, tak terlalu rigid dengan pendapat sendiri dan cuba fahami dunia daripada kacamata anak anak perempuan kita.

InsyaAllah anak perempuan kita akan rasa lebih difahami dan didengari. Barulah senang mereka nak dinasihati!

#4 Mereka nak kita lindung mereka

Walaupun anak perempuan kita mungkin tak suka dikongkong tetapi mereka masih perlukan seorang pelindung!

Pelindung yang mereka idamkan adalah pelindung yang boleh mendengar cerita mereka, memberi kata kata yang membangun jiwa dan menjadi orang yang pertama yang bersama ketika jatuh bangun mereka.

#5 Mereka nak ayahnya penjadi Pengkagum Nombor 1 mereka

Mereka akan makin bersemangat jika ayahnya ‘perasan’ dan acknowledge pencapaian mereka.

Mereka nak kita bagi pujian ikhlas daripada hati dan mereka nak kita rasa terharu dengan usaha dan penat lelah mereka berkorban untuk banggakan kita.

Menangislah dengan penuh bangga di depan anak perempuan di atas penat lelah mereka untuk membanggakan kita kerana tangisan kebanggaan seorang ayah adalah hadiah paling indah!

Terima kasih pada semua suami & ayah di seluruh dunia! You are awesome!

Sumber: Taufiq Razif

 

 

 

Published by
SAHR