Anak sulung insan yang banyak mengajar kita erti keibubapaan. Dia hadir disaat kita tercari-cari cara yang sebaiknya untuk mendidik anak. Namun kesilapan dalam mendidik anak sulung boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan mereka dan anak yang akan datang.
Besar peranan anak sulung ni. Anak sulung ni ibarat acuan.
Apa dia buat, adik beradik akan ikut. Contoh paling dekat anak-anak saya. Walaupun si adik lahir dengan keperibadian yang lebih lembut, tapi cara bercakap, cara gelak, perangai menjerit, melompat dari almari, semua dia tiru dari abang.
Sebab tu anak sulung ni tak boleh main-main nak didik mereka. Perlu kena cara. Perlu betul ilmunya. Salah satu pantang mak ayah nak didik anak sulung adalah,
JAGA TUTUR KATA.
Bila kita geramkan si sulung, laju aje mulut kita nak menembak mereka. Mulut kita ni kena hati-hati.
Kata-kata tajam yang terkena pada hati anak boleh melukai mereka sampai dewasa. Malah, kita perlu ingat bahawa kata-kata yang keluar dari mulut kita, ibarat jampi paling mujarab. Doa yang tiada hijab. Elakkan kata-kata melabel.
Bila kita melabel;
NAKAL
JAHAT
PEMALAS
Ia ibarat meletakkan tanda nama pada mereka. Untuk mereka percaya, itulah diri mereka yang sebenar. Walaupun hakikatnya ia hanya salah faham dari mulut ibu ayah yang tidak mengenal punca. Malah, cara kita bertutur pada mereka akhirnya menjadi suara hati mereka. Lalu sebati menjadi gaya mereka bercakap pada orang lain.
3 PERKATAAN TOKSIK UNTUK ANAK SULUNG
Ads
MALAS
2. BIADAP
Ads
3. DEGIL
Anak-anak ini perjuangan kita. Amanah Allah. Kain putih tanpa noda. Yang menanti kita untuk mencorakkan mereka. Corak mereka dengan baik. Bentuk mereka dengan sabar.
Boleh jadi mereka yang kita lihat keras seperti batu, rupanya boleh ditempa menjadi berlian yang bersinar elok
Boleh jadi anak yang kita sangka MALAS itu rupanya punya BAKAT YANG TERSEMBUNYI.
Cuma kita yang kena kenal pasti di mana ‘suisnya’. Boleh jadi anak yang kita sangka NAKAL itu sebenarnya anak yang punya kualiti untuk jadi PEMIMPIN YANG BERANI.
Boleh jadi anak yang kita sangka DEGIL, rupanya memiliki kualiti untuk jadi PEJUANG YANG KUAT DAYA JUANGNYA.
Ads
Dan boleh jadi, perangai anak yang kita runsingkan tu rupanya kualiti yang diperlukan untuk mereka jadi dewasa yang berjaya.
Cuma mereka perlukan ubat CINTA dan tongkat AGAMA untuk mereka membesar jadi manusia yang berkualiti.
Sementara nak melalui fasa tingkah laku mencabar ini, banyak-banyaklah bersabar.
Entah-entah, dalam kita nak mengajar mereka menjadi anak yang baik, rupa-rupanya, dalam diam mereka membentuk kita jadi manusia yang lebih baik. Teruskan bertutur dan berdoa yang elok-elok untuk mereka.
Mudah-mudahan, dengan terdidiknya anak sulung, dia akan jadi ikutan teladan buat adik-adik yang lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Bagi menambahkan susu badan, bermacam petua yang dicuba. Semuanya bagi menambahkan lagi susu badan untuk buah hati tersayang. Salah satu usaha dan petua tradisional adalah menggunakan campuran buah-buah kering.
Paling menarik, campuran buah kering ini bukan saja menambah susu badan bahkan juga mengubati masalah senggugut. Petua perkongsian Noreez Rahmat boleh anda cuba.
Minuman ini dikenali untuk milk booster, tapi saya rebus bagi anak dara saya minum. Dah lah sedap, lepas tu banyak pula khasiatnya.
Salah satunya melegakan menstrual pain atau sengugut, dah 3 bulan saya bagi anak minum, alhamdulilah dah tak de dengar dia komplen sakit perut akibat sengugut, selalunya bila waktu period dia akan duduk dalam bilik menahan sakit, end up saya bagi dia panadol atau panadol menstural.
Syukur alhamdulilah anak saya dah tak perlu bergantung dengan panadol semas haid.
Bulan berikutnya saya beli lagi bahan-bahan ni, berkesempatan juga saya bagitau taukeh kedai ubat cina, dia kata memang elok untuk lancar kan darah, dan kuatkan minda sebab bahan-bahan ni juga ada elemen untuk tambah tenaga, sesuai untuk pelajar-pelajar yang sedang ambil exam.
Kita usaha yang terbaik untuk jadi sihat, cergas dan bertenaga.
Campuran ini ada:
Kurma merah
Kurma hitam
Goji berry
Longan
Rose bud
Gula batu.
Lepas tu saya peket-peket dalam plastik kecik-kecik supaya anak saya mudah untuk buat sendiri bila dia study tengah malam atau kami travel.
Sijil kelahiran merupakan antara dokumen penting perlu dimiliki oleh setiap warganegara Malaysia.
Bagi bayi yang baru lahir, dokumen tersebut adalah wajib didapatkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan status kewarganegaraan mereka.
Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, mulai tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, ciri keselamatan berkenaan termasuk ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran versi baharu untuk mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
Namun sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar. Bagi yang ingin menukar, anda boleh ikuti cara-cara cabutan surat beranak baru seperti yang dikongsi oleh wanita ini.
CARA CABUTAN SURAT BERANAK BARU DI JPN (LAMA TUKAR BARU)
Hari ni pegi JPN. Nak print surat beranak lama kepada yang baru. Okey, saja share cara nya:
✔️bawa 1 salinan ic (ori dah tentu kita bawak sentiasa) ✔️surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun) ✔️bayar rm5 (bayar guna kad ye) ✔️tunggu sekejap, dah siap
Boleh print jugak untuk pasangan:
Syaratnya: ✔️bawa surat nikah ori & salinan ✔️1 salinan ic Wakil yang nak print ✔️bayar rm5 jugak
Surat beranak lama, boleh simpan & frame sebagai kenangan
Setel hal surat beranak. Benda boleh buat, kenapa nak bertangguh 😉
Best pulak tengok surat beranak baru. Cantik. Rasa macam kembali jadi kanak-kanak.
Segala kekurangan dan kelemahan pasangan merupakan kekuatan bersama dan seharusnya ia diharungi bersama. Namun yang menjadi masalah hari ini, kebanyakan pasangan tidak memahami konsep perkahwinan yang saling melengkapi. Sebab itulah seringkali penceraian yang berlaku antara pasangan akan disusuli dengan kata-kata ‘tiada keserasian’ atau ‘tiada kesefahaman’ lagi.
Namun bagi yang faham konsep saling melengkapi, mereka akan menerima pasangan seadanya dan saling memberi nasihat untuk pastikan suami atau isteri dapat sama-sama melayari rumah tangga dengan bahagia.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Farahwahida Ahmad, pasangan kita adalah jodoh yang sesuai. Cuma untuk menjadikannya sempurna antara kitalah yang perlu saling melengkapi. Jangan sesekali mempertikaikan kekurangan pasangan tetapi cubalah untuk memperbaikinya dan jika ada kelebihan, raikanlah.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk Allah beri pahala untuk sabar kita. Pasti ada sebabnya. Mungkin untuk tundukkan ego kita.
MasyaAllah. Indahnya kesudahan seorang isteri andai dia mati dalam mendapat redha seorang suami. Janji Allah pasti. Isteri yang diredhai suami boleh masuk mana-mana pintu syurga yang disukainya.
Banggalah jika suami dapat membantu kita menyapu sampah, tolong masak, tolong jaga anak, tukarkan pampers anak, tolong tidurkan anak.
Setiap hari, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang baik. Isteri yang lebih baik dari semalam! Allah pasti beri ganjaran sekecil kecil usaha kita. Allah pandang usaha kita. Jadi kita cuba dan cuba jadi yang baik.
Setiap hari berdoa moga kita dapat menjadi isteri penyejuk hati suami. Moga kita semua tergolong dalam golongan para isteri yang diredhai Allah, diredhai suami.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.