Kebanyakan suami isteri akan membenarkan anak-anak untuk tidur bersama mereka. Yalah, anak manja katakan. Kadang-kadang tu, sampai dah besar pun masih tidur bawah ketiak ibu ayah. Tak salah tidur dengan anak, tetapi biarlah ada had masanya.
Dengan membenarkan anak-anak untuk tidur bersama, sebenarnya boleh mengganggu kemesraan suami isteri. Sebenarnya bilik tidur adalah satu tempat yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan antara suami dan isterinya. Akhtar Syamir, seorang penulis mengenai suami isteri, berkongsi tentang hal ini di laman Facebooknya.
TEMPAT TIDUR – RUANG PRIVASI SUAMI ISTERI
Tempat tidur. Sedar atau tidak, ibu-bapa yang terlalu menurut kemahuan anak untuk tidur bersama si ibu sebenarnya sedang menyumbang kepada keretakan perhubungan sesama pasangan.
Kesian, tak sampai hati, tak suka dengar anak melalak sebab tak nak tidur asing sentiasa menjadi alasan yang menyebabkan suami dan isteri tidur berasingan.
Tidur berasingan ini sangat tidak baik sebenarnya. Mungkin ramai yang rasa waktu tidur adalah waktu tidur sahaja. Tetapi tidak. Waktu tidur adalah waktu di mana suami dan isteri sepatutnya berada di dunianya yang tersendiri.
Terasa kehangatan badan pasangan yang dicintai berada di sebelah. Segala sentuhan, pelukan, dakapan, urut-urutan dan usap-usapan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam perhubungan.
Berhentilah mencari sebab kenapa anda dan pasangan tidak lagi ada perasaan seperti dulu. Cuba tengok antara benda terpenting di dalam perkahwinan, iaitu di bilik tidur dahulu.
Ads
Saya bukan bercakap mengenai seks. Saya bercakap mengenai masa peribadi bersama. Di siang hari, masing-masing sibuk dengan kerja dan anak. Kenapa di malam hari jugak disibukkan dengan hal yang sama?
Kemudian, sesi “Pillow Talk” juga susah untuk dibuat. Takut anak terjaga.
SEAWAL USIA ANAK 2 TAHUN SUDAH BOLEH PISAH TIDUR
Pisahkan tempat tidur anak. Umur 2 tahun sepatutnya sudah boleh dipisahkan. Memang susah pada mulanya, saya faham. Tetapi benda ni memang penting untuk dilakukan. Jangan kita dibuli anak sendiri. Jangan pisahkan tempat tidur anda dan pasangan.
Memang nampak macam selalunya suami akan mengalah. Tetapi anda sebenarnya dalam kerugian. Jangan pelik jika suami anda akan kurang berasa sayang apabila setiap hari tidak tidur bersama isterinya. Mereka terasa sebenarnya.
Ads
Saya harapkan, kepada pasangan yang sedang dibuli oleh anak ini dapat berubah. Kita ibu-bapa, kita yang mencorakkan anak. Jangan terus biarkan diri dibuli.
Pada umur berapakah anak anda mula tidur sendiri? Jom kongsikan cara anda pisahkan anak.
Ada benarnya perkongsian ini. Kadang-kadang waktu nak tidur lah masa paling sesuai untuk kita berkongsi segala hal dengan pasangan. Inilah waktu terbaik untuk saling berkongsi perasaan dan masalah yang ada. Perbincangan di dalam bilik tidur juga boleh dilakukan dalam suasana yang lebih tenang dan mendamaikan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam satu perutusan khas yang dibuat oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebentar tadi mengumumkan pembatalan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2020.
Dalam ucapan beliau keputusan membuka semula sesi persekolahan KAFA di seluruh negara juga akan dibuat mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Dalam kenyataan tersebut juga, beliau menyatakan pembatalan UPKK tidak akan jejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan KAFA di peringkat rendah.
Oleh yang demikian, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) akan menetapkan satu kaedah pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis tersebut.
“Merujuk kepada perutusan YB Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020, keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan adalah tertakluk kepada perkembangan semasa serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga mengambil keputusan membatalkan peperiksaan UPSR dan PT3 serta menangguhkan peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM ke tahun 2021.
“Selaras dengan keputusan KPM tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat keputusan bahawa pembukaan sesi persekolahan KAFA di seluruh negara juga akan dibuat mengikut ketetapan KPM. Dalam masa yang sama Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek bertulis yang dijadual pada 28 September hingga 1 Oktober 2020 di seluruh negara adalah dibatalkan. Keputusan ini adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid-murid terjamin.
“Pembatalan UPKK tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan KAFA bermula Tahun 1 hingga 6 di peringkat rendah. Kemenjadian murid dalam pendidikan KAFA boleh dinilai dengan berbagai kaedah. Justeru, bagi tujuan ini, JAKIM akan menetapkan satu kaedah pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis tersebut,” ujar beliau dalam perutusan tersebut.
Sebelum ini KPM telah mengumumkan keputusan membatalkan peperiksaan UPSR dan PT3 serta menangguhkan peperiksaan SPM, SPMV, STPM dan STAM ke tahun 2021. Malah pembukaan sesi persekolah juga tertakluk kepada perkembangan semasa serta nasihat daripada KKM dan MKN.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kendong anak cara Tok Ram, “Dah macam bola ragbi Izzara dibuatnya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Kendong Anak Cara Tok Ram, “Dah Macam Bola Ragbi Izzara Dibuatnya”
Tular satu video di TikTok memaparkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Menerusi video dimuat naik akaun Alyah.hasan, kelihatan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh sedang menggendong Izzara di bawah panas terik matahari menuju ke tempat duduk di sebuah gerai makan.
Hantaran itu kemudiannya tular dan meraih perhatian warga maya yang rata-rata terhibur melihat cara pengarah muzik itu menggendong Izzara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa Ramli kelihatan sangat bahagia sejak kehadiran Izzara dalam kehidupannya bersama isteri, Datin Alyah.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS pada 2013 di Indonesia.
Kedudukan seorang ibu di sisi Islam sangat tinggi, bahkan doanya juga diangkat. Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu untuk anak-anaknya umpama sebuah doa. Bahkan Allah SWT telah memartabatkan doa seorang ibu di tempat tertinggi untuk dimakbulkan.
Keikhlasan ketika berdoa sangat penting. Anak-anak memerlukan reda dan restu ibu untuk berjaya dalam kehidupan selain usaha berpanjangan. Sebagai seorang ibu, berwaspadalah ketika berkata-kata.
Di dalam perkongsiannya, Ustazah Isfadiah ada menceritakan tentang hal ini. Semoga dengan perkongsiannya dapat memberi kesedaran serta manfaat untuk kita semua.
“Jangan tikam belakang anak-anak dengan doa keburukan..”
Ada seorang lelaki bertemu Abdullah bin Mubarak mengadukan sikap durhaka anaknya. Abdullah bin Mubarak bertanya “Apakah engkau telah mendoakan keburukan atasnya?” Dia menjawab, “Ya! Benar”. Lantas Abdullah berkata, “Kalau begitu engkau telah memusnahkannya”.
Doa ibu ayah mustajab, ibarat senjata canggih yang mantap, bila salah guna akan merana, bila betul caranya akan terhijab nikmatnya.
Jika anak menyakiti hati kita, biadap dan kurang prihatin walaupun sakit di hati pujuklah hati sendiri. Sebelum mendoakan dia ampunkan dulu segala kesalahan anak. Tarik nafas berulang kali, jangan tarik muka! Cepat kedut nanti.
Selepas memaafkan anak cepat-cepat doakan anak kita agar dia sedar silapnya, diberi kekuatan untuk mentaati ibubapanya. Mohon Allah ampunkan dosa anak kita tu.
Kalau nak doa keburukan buat anak memang boleh tapi percayalah ‘badi’ buruk tu akan terkena kita juga! Bila susah anak tu akan cari kita juga, dia mengadukan nasibnya lah, minta pinjam duitlah, minta bantuan kita lagi dan lagi akhirnya kita sendiri yang sakit jantung mengenangkan masalah dia.
Semoga Allah bantu kita untuk mudah maafkan anak, bersabar dengan mereka dan mendoakan mereka memperolehi hidayah dan rahmat Allah sentiasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.