Sehari tidak bertemu dengan anak pun terasa seksa, inikan pula terpaksa berjauhan selama 14 hari. Inilah yang kini sedang dilalui oleh isteri kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Menerusi instagramnya semalam, DS Shahida difahamkan terpaksa melakukan ujian calitan dan kini menjalani kuarantin di rumahnya selepas menjadi kontak rapat adik lelaki dan isterinya yang disahkan positif Covid-19.

Pastinya ia bukan satu tindakan yang mudah namun demi memastikan keselamatan kelima-lima anaknya, beliau kini terpaksa berjauhan seketika sehingga tempoh kuarantin selesai.

“Nak Dukung, Cium & Gomol Anak” Datin Seri Shahida Terpaksa Kuarantin Diri, Mula Rindu Anak-Anak!

Menerusi satu entri berlainan hari ini, DS Shahida turut meluahkan rasa rindunya pada anak-anak, lebih-lebih lagi anak keempatnya, Yusuf Al-Qardawy yang sentiasa mahu berkepit dengan ibunya.

“Rindu sangat nak dukung anak, nak cium, nak gomol.

“Paling geram dengan Yusoff ni, siap curi-curi datang bilik saya nak masuk. Dia kata Yusoff takut, Yusoff takut. Alasan nak dekat dengan mama dia. Nak minta kek la, mama cantik la, baju mama ada bangau la. Macam-maca akal dia.

IKLAN

“Sabar ye anak-anak semua. Tak lama lagi dah habis kuarantin,” katanya berkongsi menerusi instagram.

 

Semalam menerusi instagramnya, DS Shahira berkongsi sebuah videonya ketika melakukan ujian calitan selepas menjadi kontak rapat kepada adik lelakinya. Susulan itu, Shahida terpaksa menjalani kuarantin diri.

Menurutnya, keputusan dua ujian yang dilakukan pada 30 November dan 3 Disember adalah negatif.

IKLAN

“Nak Dukung, Cium & Gomol Anak” Datin Seri Shahida Terpaksa Kuarantin Diri, Mula Rindu Anak-Anak! S

“Saya sekarang tengah menjalani kuarantin di rumah memandangkan adik dan isterinya positif Covid-19. Isterinya merupakan seorang jururawat. Dia juga mendapat jangkitan Covid-19 daripada pesakit yang dirawat.

“Alhamdulillah dah dua kali saya swab test iaitu pada 30/11 dan yang terbaru semalam 3/12 dan kedua-dua test PCR saya negatif.

“Hanya saya seorang saja yang dikuarantin kerana saya sahaja kontak rapat yang berjumpa dengan adik saya dan isterinya. Suami saya
@aliffsyukriterlajaklaris dan anak-anak tidak berjumpa mereka.

IKLAN

“Sabtu 28/11 saya jumpa mereka dan 30/11 mereka telah disahkan positif. Saya sendiri telah mengambil inisiatif untuk kuarantin dan menjalankan swab test sementara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi saya sebagai kontak rapat,” tulisnya di Instagram (IG).

Terdahulu, DS Shahida mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Datuk Sri Aliff Syukri Kamarzaman pada tahun 2007. Kini pasangan ini dikurniakan lima orang anak, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat mereka, Ameena.

Artikel menarik: Beratnya Perasaan Rindu Ni, Alif Satar Kembali Sihat, Mahu Luang Masa Dengan Isteri & Anak-Anak

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI