Ekzema ialah masalah kulit sensitif dan gatal yang kronik serta berulang. Ia sangat normal di kalangan kanak-kanak. Kira-kira 90 – 95% masalah ekzema boleh bermula seawal lima tahun pertama kehidupan si kecil. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa.
Biasanya ekzema bermula daripada ringan hingga ke tahap yang serius. Menurut Dr Leong Kin Fon daripada Persatuan Pediatrik Malaysia, ekzema disebabkan oleh interaksi dinamik yang wujud di antara faktor genetik dan persekitaran.
Di dalam satu keluarga, jika salah seorang ibu atau bapa mempunyai alergi, risiko anak mendapat penyakit alergi ialah sekitar 20 – 40%. Risikonya boleh meningkat antara 60 – 80% jika kedua-dua ibu bapa menghidapi alergi. Faktor genetik dipercayai memainkan peranan penting, terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah ekzema dan asma.
Rungsing bukan, bila anak kecil yang berumur bawah 3 tahun dan ada ekzema asyik menggaru akibat kegatalan. Bimbang pula ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain pula. Mama pasti mahukan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan si kecil daripada terus menggaru bahagian bermasalah.
Ada beberapa cara yang boleh mama guna pakai untuk mengatasi masalah ini. Panduan ini diharap dapat membantu mama.
Untuk itu, mama perlu memastikan kuku si kecil ini sentiasa pendek dan tidak tajam. Mungkin dalam keadaan berjaga, mama boleh mengawal anak daripada menggaru ketika mengalami kegatalan. Namun, jika anak sedang tidur, ia sukar dilakukan dan sudah pasti si kecil akan menggaru.
Jenis fabrik pakaian memainkan peranan penting dalam memastikan anak yang mengalami ekzema kekal selesa sepanjang memakainya. Antara jenis fabrik yang sesuai untuk golongan yang ada masalah ekzema ialah kapas dan microfibre.
Jadi, mama perlu lebih teliti dalam memilih pakaian untuk anak. Belilah pakaian yang menggunakan fabrik kapas atau microfibre.
Pakaian yang menggunakan fabrik microfibre paling bagus kerana ia sangat lembut dan mempunyai lebih daya penyerapan. Jadi, ia dapat membantu si kecil mengurangkan kegatalan kulit yang dialami.
Pakaian daripada kapas pun bagus juga kerana ia membantu kulit ‘bernafas’.
Jadi, jika anak bermain atau melakukan aktiviti terutamanya di luar rumah yang terdedah kepada sinaran matahari, pastikan dia melakukannya di tempat yang teduh. Lebih baik, jika tempat itu mempunyai pengudaraan yang baik seperti ada kipas atau penghawa dingin.
Lumrah kanak-kanak sentiasa bergerak aktif dan mudah berpeluh. Ada segelintir ibu bapa mahu memastikan anak sentiasa berbau wangi lalu menggunakan pewangi badan untuk tujuan itu. Mama perlu mengelak daripada menggunakan pewangi badan pada anak yang mempunyai masalah ekzema.
Bahan aktif dalam pewangi badan tertentu boleh menjadi punca ekzema menjadi lebih teruk ya! Jadi, tak perlulah anda menggunakannya semata-mata mahu anak sentiasa berbau wangi.
Anda pastinya bimbang apabila melihat anak kecil mengalami kegatalan yang teruk pada kulit dan kerap menggaru. Tambahan lagi, bila ia boleh jadi pecah-pecah dan keradangan. Keadaan ini menjadikan kulit semakin teruk dan boleh meninggalkan parut!
Salah satu cara yang paling berkesan untuk meredakan keadaan ini adalah dengan memastikan kulit dibersihkan secara lembut dan disapu dengan bahan pelembap yang mencukupi. Penggunaan Cetaphil Restoraderm, iaitu rangkaian produk penjagaan kulit yang dirumus khas dengan teknologi Filaggrin; dipercayai oleh pakar dermatologi dan terbukti secara klinikal dapat melegakan, melembapkan dan memperkukuhkan fungsi pelindung kulit.
Semasa anak mandi, gunakan Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash. Teksturnya yang bukan berasaskan sabun tidak akan merengsakan kulit. Malah ia menjadikan kulit lebih lembut. Setelah selesai mandi, sapukan pula Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Moisturizer supaya kulit anak menjadi lebih lembap sepanjang hari. Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan simptom-simptom ekzema seperti gatal-gatal, kulit merah dan kering.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini, mama boleh layari laman web Cetaphil di https://cetaphil.com.my/ms/restoraderm-ms;
Facebook, https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia
dan Youtube, https://www.youtube.com/watch?v=cEfws_6Oans