Ada ke ibu ayah yang mahukan anak mereka jatuh sakit? Pastinya tiada bukan. Ketahui cara mencegah penyakit yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan anak agar sentiasa sihat.
Cara mencegah penyakit
Pencegahan penyakit adalah bahagian penting dalam menjaga kesihatan anak secara keseluruhan. Banyak strategi pencegahan mudah, selamat dan berkesan yang memungkinkan anda melindungi diri dan keluarga daripada pelbagai penyakit berpotensi serius.
Sama ada penyakit bawaan makanan hingga jangkitan yang disebabkan kutu mahupun gigitan haiwan.Jom ketahui cara mencegah penyakit yang boleh anda lakukan di rumah demi melindungi anak tersayang.
Pencuci, sanitasi dan pembasmi kuman
Mencuci rumah mungkin bukan 1 aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi meluangkan masa beberapa minit dapat membunuh kuman dan membantu menjaga kesihatan keluarga anda.
Lakukan:
Pembersihan rutin dengan sabun atau bahan pencuci bersama air dapat menghilangkan kotoran daripada permukaan seperti lantai, dinding, permaidani dan tingkap
Sanitasi membantu menghilangkan kotoran dan sejumlah kecil kuman. Beberapa bahagian rumah perlu dicucikan terlebih dahulu sebelum disanitasi seperti bilik air, barang permainan anak dan alatan memasak
Sesetengah bahagian di rumah anda perlu ditambah proses sanitasi untuk membunuh kuman pada permukaan. Ini meliputi bahagian seperti meja makan, sinki dan permainan anak
Penyediaan dan penyimpanan makanan
Ads
Bagi ibu bapa yang mementingkan penjagaan kesihatan anak, anda perlu mengetahui cara mencegah penyakit bawaan makanan. Adalah sangat digalakkan untuk anda menjadi contoh teladan untuk anak dengan mengamalkan tabiat mencuci tangan, kebersihan serta penyediaan dan penyimpanan makanan yang baik.
Berikut 3 fakta asas yang perlu diingat semasa menyediakan makanan:
1. Bakteria membiak dengan cepat dalam makanan bersuhu suam atau disimpan dalam suhu bilik. Oleh itu, pastikan makanan panas tetap panas dan makanan sejuk kekal sejuk.
2. Bakteria sering terdapat dalam makanan mentah. Masak masakan berasaskan haiwan dengan teliti. Jangan lupa basuh sayur-sayuran dan buah-buahan sama ada untuk dimakan mentah atau dimasak.
3. Bakteria dan virus mudah dipindahkan daripada badan ke makanan dan daripada satu makanan ke makanan lain. Pastikan anda basuh tangan dengan kerap dan galakkan anak untuk melakukan perkara yang sama. Letakkan makanan mentah dan makanan yang siap dimasak ditempat berasingan. Jangan lupa untuk mencuci pisau, papan pemotong dan perkakasan lain yang digunakan untuk menyediakan satu makanan sebelum menggunakannya semula.
Ads
Cara mencegah penyakit melalui cara penyimpanan makanan
Pastikan makanan disimpan pada suhu yang betul. Penyimpanan makanan pada suhu yang salah adalah punca biasa penyakit bawaan makanan
Simpan makanan sejuk dalam peti sejuk beku. Manakala buah-buahan dan sayuran disimpan dalam suhu bilik biasa.
Simpan dan gunakan makanan dalam tin dan bungkusan mengikut urutan tarikh luput
Simpan bijirin dan gandum dalam almari menggunakan bekas legap – di mana cahaya tidak boleh menembusinya. Ini kerana kandungan vitamin di dalamnya boleh merosot jika terdedah kepada cahaya. Minyak masak juga perlu disimpan jauh daripada cahaya untuk mengelakkan daripada menjadi tengik
Strategi kebersihan
Berapa kali anda dan anak membasuh tangan dalam sehari? Anda mungkin menganggap ia perkara remeh. Tetapi amalan ini merupakan kaedah penting yang boleh dilakukan sebagai cara mencegah penyakit.
Mencuci tangan dengan betul
Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), cara membasuh tangan yang disyorkan adalah:
Ads
Basahkan tangan anak anda.
Tuangkan sabun ke tangan.
Gosokkan tangan dengan kuat. Gosokkan setiap permukaan sepenuhnya.
Terus menggosok tangan selama 20 saat untuk membuang kuman secara berkesan.
Bilas tangan sepenuhnya, kemudian keringkan.
Elak luka gigitan
Kebimbangan utama ibu bapa mengenai gigitan haiwan adalah risiko anak dijangkiti rabies. Rabies adalah jangkitan virus yang mempengaruhi sistem saraf pusat dan otak.
Kesannya boleh mengakibatkan demam panas, kesukaran menelan, kekejangan dan akhirnya, kematian.
Ikuti langkah berikut untuk pencegahan:
Ajar anak untuk elak menyentuh haiwan liar
Jangan sekali-kali meninggalkan anak kecil bersendirian dengan haiwan
Jangan biarkan anak mengganggu haiwan peliharaan atau bermain secara kasar
Didik anak untuk tidak cium atau meletakkan wajahnya dekat dengan binatang
Mengurangkan penyebaran penyakit pada anak
Setiap anak mempunyai risiko untuk menyebarkan penyakit. Perkara ini berlaku terutamanya pada bayi dan kanak-kanak yang cenderung menggunakan tangan untuk lap hidung atau menggosok mata dan kemudian memegang mainan atau menyentuh kanak-kanak lain.
Berikut beberapa perkara yang boleh anda guna sebagai cara mencegah penyakit dan menjaga kesihatan anak:
Mendapatkan anak suntikan vaksin
Mengamalkan penjagaan kebersihan diri
Menghindari individu sakit terutamanya jika mempunyai bayi baru lahir
Menjaga kesihatan diri sendiri
Kesimpulannya
Pada satu tempoh tumbesaran, anak pasti akan jatuh sakit. Namun sebagai ibu bapa, anda tetap perlu mencari cara mencegah penyakit untuk anak. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? Jika mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai kesihatan anak, lakukan pemeriksaan doktor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah berkongsi tentang pembedahan akibat komplikasi hamil luar rahim baru-baru ini, pelakon, Shima Anuar memaklumkan tahap kesihatannya kini sudah menunjukkan tanda-tanda positif.
Berkongsi keadaan terkininya di Instagram, menurut Shima dia kini perlu memakai bengkung agar dapat tegakkan badannya.
“Day 3 after operation. Slowly dah boleh tegakkan badan. And i need my bengkung to support me. Bengkung ni memang khas untuk czer. Beli masa beranakkan Sophia.
“Kalau tak asyik bongkok je bila bangun. Macam nak patah dah pinggang ni tahan sakit. Last night perut sakit sgt sebab banyak angin. Kentut pun malu-malu nak keluar. Caner tah. Ishh! Stress betul,” kongsi Shima
Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa ini turut mendedahkan bahawa dia akan tetap menjalani proses berpantang seperti biasa demi menjaga menjaga tubuhnya dan berharap luka dalaman lebih cepat sembuh dengan berpantang.
“This morning minum air halia. Baru la ok. And tomorrow baru start pantang dgn my CL. Actually haritu doc kata takyah pantang pun takpe. U can eat whatever u want to eat. Hahah kite pulak takut wakkk.
“Kite sayang badan. Better pantang jela. Hopefully luka kat dalam tu cepat baik. Later kite share2 lagi ok? Bengkung tu dulu beli dgn staff my husband. rasanya dia dah tak jual. maybe korang boleh google kat mana nak dapatkan ok?,” ujarnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan artis gembira dengan keadaan terkini kesihatan Shima yang semakin baik.
Beberapa hari lalu, Shima berkongsi tentang kandungan yang ketiga yang terpaksa dibedah dan juga kehilangan banyak darah sewaktu pembedahan tersebut berlaku.
Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3 dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Anzalna Nasir setelah selamat melahirkan bayi keduanya secara pembedahan pada petang Jumaat (20 Mei).
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon tersebut, Hanif Zaki menerusi akaun Instagram dengan memuat naik sekeping gambar mereka bertiga di dalam bilik bersalin.
Menerusi kapsyen Hanif, sebagi suami dia meluahkan rasa kesyukuran serta mengucapkan terima kasih di atas doa dititipkan orang ramai untuk isteri dan anak keduanya itu.
“Alhamdulillah syukur, berkat hari Jumaat! Bayi kedua kami selamat selamat dilahirkan pada hari ini.” tulisnya.
Baby tak sabar nak keluar
Bagaimanapun, Hanif menyatakan Anzalna sepatutnya melakukan pemeriksaan kandungan buat kali terakhir, tetapi kehendak dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah tidak dapat disangkal lagi. Keajaiban pasti berlaku dalam apa jua keadaan sekalipun. Perancangan Allah lebih dari segalanya!
“Alhamdulillah syukur, Barokah Friday! Our second baby selamat dilahirkan today. It was supposed to be Anzalna’s last check up. However, Allah works in a mysterious way.”
Hingga kini, Hanif dan Anzalna belum berkongsi mengenai jantina bayi kedua mereka. Apa pun semoga bayi mereka menjadi anak soleh dan membesar dengan sihat.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 2016 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.
Amalan bertindik dilakukan keatas anak perempuan sebagai perhiasan. Ada diantara ibu bapa yang membawa anak perempuan mereka seawal bayi untuk bertindik. Tidak dinafikan bertindik di telinga menampakan seseorang itu lebih cantik dan bergaya namun jika dilakukan kepada bayi tanpa penjagaan yang betul boleh menyebabkan jangkitan kuman.
JIKA ANAK ANDA BERTINDIK, BACA TIPS NI.
“Doktor, bahagian belakang subang anak saya tenggelam dalam cuping telinga dia!”
Besi tertanam dalam cuping. Baca pun ngilu, kan? Terpaksa saya bedah sedikit cuping telinga anaknya itu untuk keluarkan.
Ramai ibu-ibu yang membawa anak mereka untuk melakukan tindikan di cuping telinga sejak anak-anak itu kecil lagi. Jika ia dilakukan di klinik, biasanya doktor akan nasihatkan tentang penjagaan tindikan baru.
Antranya, cucian luka, tanda-tanda jangkitan, dan tidak dibenarkan buka subang dalam jangka masa lama selagi belum melebihi 6 minggu dari hari tindikan. Ibu bapa lazimnya menjaga dengan baik sepanjang 6 minggu itu.
Namun selepas itu, ramai ibu bapa terlupa tentang penjagaan lubang tindikan pada anak masing-masing. Bila kali anda terakhir periksa tindikan anak-anak anda?
Jika anak anda bertindik sejak awal usia(1-4 tahun), kalian harus jaga tindikan mereka dengan baik sehingga mereka tahu mrnjaganya sendiri.
1. Jangkitan pada tindikan agak mudah berlaku pada kanak-kanak. Ini kerana, mereka belum tahu menjaga kebersihan tubuh sendiri. Mereka juga kadang kala tidak pandai mengadu jika ada tanda jangkitan.
2. Kanak-kanak agak lasak, dan berisiko mencederakan cuping telinga kerana subang terkait pada baju, rambut, langsir, pokok atau apa jua di persekitaran mereka.
3. Kecederaan dan jangkitan yang terabai boleh menyebabkan keradangan pada lubang tindikan, dan menyebabkan komplikasi pada cuping telinga seperti:
– bernanah
– terbelah
– bengkak(berubah bentuk)
– subang tertanam dalam cuping
Oleh itu, ibubapa yang mempunyai anak kecil yang bertindik disarankan agar mengamalkan perkara-perkara berikut:
1. Periksa cuping telinga anak anda setiap 2-4 minggu. Pastikan tidak sakit, merah, bengkak, berbau, kulit berubah warna atau bentuk.
2. Semasa periksa, buka subang. Bersihkan cuping telinga dengan sabun. Cuci subang dengan larutan yang sesuai. Keringkan sebelum pakai.
3. Digalakkan gunakan subang dengan material yang tidak menyebabkan alahan. Jika subang logam, emas paling kurang sebabkan alergi.
4. Elak memakai subang lebih sebulan tanpa membuka dan memeriksa. Ajar anak tentang kebersihan.
5. Jika ada tanda-tanda jangkitan atau kecederaan, bawa jumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan yang bersesuaian.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.