Anak suka menulis terbalik? Terapis cara kerja kongsi 4 puncanya. Latihan sensori sejak awal & permainan yang melatih memori boleh membantu mengatasi masalah ini.

Mungkin ada ibu bapa yang risau apabila anak kerap menunjukkan masalah ini dalam menulis. Puan Mahfuzah Zainol, Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia berkongsi tentang perkara ini.

Nak Elak Anak Menulis Terbalik, Kena Banyakkan Latihan Sensori & Permainan Latih Memori. Terapis Kongsi 4 Puncanya

Sebenarnya ada banyak faktor yang menyumbang kepada tulisan terbalik. 4 faktor yang saya amati sebagai terapis carakerja adalah:

#1. VISUAL MEMORY

Kemahiran mengingat secara visual amat penting dalam menulis. Kalau mudah lupa memang sukar nak ingat bentuk huruf. Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah berikan mereka masa.

Latih kanak-kanak untuk mengingat dengan aktiviti berbentuk sensori semasa mengenal huruf dan nombor. Lakukan pergerakan huruf dan nombor.

IKLAN

 #2. MOTOR PLANNING SKILLS

 Motor planning skills pula berkaitan dengan kemahiran menulis secara betul. Adakalanya kanak-kanak mula menggerakkan pensel untuk menulis dari bawah ke atas, walau pun sepatutnya ia perlu bergerak dari atas ke bawah.

Masalah motor planning ini menyumbang kepada kanak-kanak tersebut mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan mudah seperti menyalin, mengeluarkan pensel, menyimpan barang ke dalam beg.

Nak Elak Anak Menulis Terbalik, Kena Banyakkan Latihan Sensori & Permainan Latih Memori. Terapis Kongsi 4 Puncanya

IKLAN

#3. ORIENTATION SKILLS

Orientation skills ialah bermaksud kekeliruan dalam menentukan kiri kanan, atas bawah dan turutan.

Ia juga termasuklah turutan nombor, hari, bulan dalam tahun dan lain-lain lagi yang ada konsep urutan atau‘sequencing.’

Kekeliruan aspek ini juga menyumbang kepada masalah motor planning skills. Hendak mula dari mana, boleh menyebabkan kanak-kanak keliru. Cenderung untuk tulis terbalik.

IKLAN

Nak Elak Anak Menulis Terbalik, Kena Banyakkan Latihan Sensori & Permainan Latih Memori. Terapis Kongsi 4 Puncanya

#4. AUDITORY MEMORY

Auditory memory pula merujuk kepada kemahiran mengingat secara auditori. Contohnya dengar dan ingat, dengar dan tulis, dengar dan sebut semula.

Kemahiran ini boleh diasah kepada anak-anak anda dengan permainan-permainan kecil melibatkan ahli keluarga.

Nak Elak Anak Menulis Terbalik, Kena Banyakkan Latihan Sensori & Permainan Latih Memori. Terapis Kongsi 4 Puncanya

Sumber: Mahfuzah Zainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI