Nak Elak Gangguan Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga, Amalkan Baca Ayat Ini Setiap Hari

Share

Selain sikap menghormati dan toleransi sesama kita, ibadah harian yang dibuat juga dapat membantu mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Ini doa yang suami isteri boleh amalkan untuk elakkan pertelingkahan berlaku hanya disebabkan hal remeh akibat kehadiran ‘orang ketiga’.

Selain solat dan berdoa seperti biasa, apa kata anda selitkan sekali doa khas untuk menjaga kesejahteraan perkahwinan? Doa yang dikongsi ini membantu memberi kebahagiaan dalam hubungan suami isteri serta memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.

AMALKAN DOA HEBAT INI!

Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”

Doa ini boleh diamalkan untuk mengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Cara untuk mengamalkannya: Setiap kali bersua dengan pasangan, bacalah ayat ini. Untuk kesan yang lebih baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.

Tidak perlu dibaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi ramai orang, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali selepas solat sebanyak tiga kali.

Selain berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, suami isteri harus berbaik sesama sendiri dan berkasih sayang selalu. Setiap pasangan perlu saling menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi.

Allah SWT telah menemukan kita dengan pasangan (jodoh) dan berdoalah agar dia yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita dapat terus bersama meniti kebahagian di dunia dan di akhirat bersama beserta anak-anak.

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI
Jagalah amalan seharian kita dan lindungilah hubungan dengan pasangan dengan saling mendoakan untuk kebaikan bersama.

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
NuFa