Gigi rosak dan berlubang banyak terjadi kepada kanak-kanak. Kadangkala, si kecil belum pun mencecah 2 tahun, gigi sudah mula rosak. Pelbagai faktor yang menjadi punca seperti pemakanan, kurang penjagaan dan sebagainya.

Sapuan flourida mampu mengelakkan kerosakan pada gigi anak. Karies gigi misalnya disebabkan oleh kurangnya penjagaan atau tatacara penjagaan yang salah. Sapuan flourida boleh membantu melindungi gigi daripada kerosakan dan sekiranya sebilangan kecil gigi sudah rosak, ia boleh membantu melindungi gigi-gigi lain daripada rosak.

Nak Elak Gigi Anak Berlubang & Rosak? Boleh Cuba Sapu Flourida. Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya

 

Kerosakan gigi boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti masalah untuk makan, sakit gigi hingga trauma, sebutan dalam pertuturan serta kurang keyakinan diri kepada si kecil.

Mungkin ramai ibu bapa masih belum jelas mengenai sapuan flourida ini. Penerangan dan ulasan dalam bentuk soal jawab daripada Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian di Pusat Sejahtera, Universiti Sains mengenai sapuan flourida ini diharapkan dapat membantu ibu bapa. Berikut ialah perkongsian beliau.

SOAL JAWAB TENTANG SAPUAN FLOURIDA

#1. MANFAAT SAPUAN FLOURIDA

SOALAN: Anak saya diberikan sapuan flourida semasa rawatan gigi di sekolah. Untuk apa?

JAWAPAN: Sapuan flourida adalah sejenis rawatan pencegahan untuk mengelakkan gigi daripada rosak dan berlubang. Sejenis cecair akan disapu pada seluruh permukaan gigi, Sapuan ini akan melekat pada gigi untuk beberapa jam dan pada masa itu flouroda akan diserap untuk menguatkan gigi.

#2. PENTINGNYA SAPUAN FLOURIDA

SOALAN: Perlu ke sapuan flourida ini?

Kajian membuktikan memberus gigi dan digabungkan dengan sapuan flourida membantu untuk melindungi gigi dari rosak.

#3. GIGI DAH ROSAK, BOLEH KE SAPU FLOURIDA?

SOALAN: Gigi anak saya sudah rosak. Doktor gigi kata dia perlukan sapuan flourida. Boleh juga ke?

Boleh. Sapuan flourida akan melindungi pula gigi-gigi yang lain daripada rosak. Jika ada gigi-gigi yang baru mula rosak, sapuan flourida boleh menghalang daripada lubang gigi menjadi besar.

Nak Elak Gigi Anak Berlubang & Rosak? Boleh Cuba Sapu Flourida. Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya

IKLAN

#4. UMUR 7 TAHUN, SUDAH TERLAMBATKAN?

SOALAN: Anak saya 7 tahun, belum pernah diberi sapuan flourida. Boleh ke nak juga sapuan ini?

JAWAPAN: Boleh. Sesiapa sahaja boleh diberikan sapuan flourida ini. Terutamanya kanak-kanak yang berisiko tinggi karies seperti banyak makan minum manis, malas gosok gigi dan ada gigi yang sudah rosak.

#5. BERAPA KALI SAPUAN DIPERLUKAN?

SOALAN: Kalau macam itu berapa kali nak kena sapu?

JAWAPAN: Atas penilaian doktor gigi yang merawat. Jika kebersihan mulut sangat baik, setahun sekali atau 6 bulan sekali. Bagi kes-kes yang banyak gigi rosak dan berisiko tinggi, mungkin perlukan sapuan flourida selang 3 bulan.

Nak Elak Gigi Anak Berlubang & Rosak? Boleh Cuba Sapu Flourida. Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya

#6. BAGAIMANA NAK DAPATKAN SAPUAN FLOURIDA?

SOALAN: Macam mana nak dapatkan? Boleh ke request?

JAWAPAN: Boleh. Di klinik gigi boleh dapatkan. Misi-misi gigi juga ada memberikan sapuan flourida kepada murid-murid sekolah rendah dan kanak-kanak pra sekolah bila mereka datang.

IKLAN

#7. APA PERLU DILAKUKAN SELEPAS SAPUAN DILAKUKAN?

SOALAN: Saya perasan sapuan ini warna kuning dan melekat. Macam mana nak buat?

JAWAPAN: Sapuan flourida memang akan melekat apabila sudah disapu dan bersentuhan dengan air liur. Ia untuk membantu penyerapan flourida ke dalam gigi. Biarkan untuk beberapa jam. Ia akan hilang dan boleh ditanggalkan semasa memberus gigi.

#8. ADAKAH IA BOLEH MENYEBABKAN FLOUROSIS?

SOALAN: Adakah sapuan flourida boleh menyebabkan flourosis?

JAWAPAN: Tidak. Sapuan flourida akan melekat pada gigi. Flourosis terjadi jika menelan sesuatu yang mengandungi flourida dalam kuantiti yang banyak.

Nak Elak Gigi Anak Berlubang & Rosak? Boleh Cuba Sapu Flourida. Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya

#9. BOLEHKAH DISAPU KEPADA GIGI ORANG DEWASA?

SOALAN: Orang dewasa boleh?

JAWAPAN: Boleh tiada masalah.

IKLAN

#10. SAPUAN FLOURIDA BAGI INDIVIDU YANG MEMAKAI PENDAKAP GIGI

SOALAN: Saya memakai pendakap gigi (braces). Boleh buat juga sapuan flourida?

JAWAPAN: Ada sesetengah doktor berpendapat tidak sesuai kerana sapuan akan melekat pada gigi dan menyukarkan proses memberus gigi selepas itu. Walaubagaimanapun, boleh mendapatkan nasihat doktor yang merawat untuk sapuan flourida ini.

#11. BOLEH MAKAN LEPAS DISAPU

SOALAN: Boleh makan selepas gigi di sapu dengan sapuan flourida?

JAWAPAN: Boleh tiada masalah.

#12. SAPUAN TIDAK MENYAKITKAN & TAK AMBIL MASA LAMA

SOALAN: Anak saya susahlah menangis sahaja bila duduk di kerusi rawatan. Lama tak nak buat sapuan ini? Sakit tak?

JAWAPAN: Tidak sakit dan tidak mengambil masa yang lama.

Nak Elak Gigi Anak Berlubang & Rosak? Boleh Cuba Sapu Flourida. Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya

#13. HANYA DILAKUKAN OLEH PROFESSIONAL

SOALAN: Ada ke dijual di farmasi?

JAWAPAN: Tidak. Sapuan ini hanya boleh dilakukan oleh professional dan atas nasihat doktor.

Semoga menjawab semua persoalan.
Kongsikan untuk manfaat semua.

Dr Muhamad Iqbal
Pegawai Pergigian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI