Bila fikirkan koyakan masa bersalin, ngilunya seperti terasa. Rupa-rupanya ada cara yang membolehlah ia dielak. Mama boleh cuba 9 langkah urutan perineum ini.

URUTAN PERINEUM

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses kelahiran yang bakal dilalui kelak.

Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin? Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

Ibu dinasihatkan untuk memulakan urutan perineum di antara bahagian lubang dubur dan lubang faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehingga tiba saat mahu melahirkan. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum berupaya mengurangkan risiko koyakan pada bahagian perineum.

Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin? Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

Hal ini juga dapat mengurangkan risiko episotomi yang biasa dilakukan oleh para doktor dengan menggunting sedikit bahagian faraj untuk melancarkan laluan bayi. Lebih daripada itu, kebanyakan wanita yang pernah mengamalkan teknik ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan di bahagian perineum dalam tempoh tiga bulan selepas melahirkan.

JENIS MINYAK DAN MASA URUTAN

Urutan ini boleh anda lakukan sendiri di rumah, satu hingga dua kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa, minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Namun yang demikian, elakkan daripada menggunakan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua jenis minyak yang mengandungi bahan kimia.

IKLAN

Selain daripada diri sendiri, anda boleh juga meminta suami melakukan urutan perineum. Apa yang lebih penting, lakukannya sewaktu anda tenang dan jangan sesekali lakukannya dalam keadaan terpaksa. Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan ini ialah sejurus selepas mandi.

Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin? Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

Lazimnya selepas mandi, bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar anda mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan urutan ini.

LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN PERINEUM

Berikut ialah panduan langkah demi langkah untuk anda ikuti;

#1. Cuci tangan anda dengan sempurna. Pastikan kuku sentiasa pendek.

IKLAN

#2. Kedudukan yang sesuai untuk melakukan urutan ini ialah bersandar pada bantal di atas katil atau sofa dengan lutut dibengkokkan ataupun duduk di tandas. Dapatkan kedudukan yang selesa dan pastikan lokasi urutan adalah selamat dan tiada gangguan.

#3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda.

#4. Masukkan satu jari ke dalam dinding faraj iaitu lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.

#5. Pastikan empat jari lagi jari di bahagian punggung.

IKLAN

Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin? Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

#6. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.

#7. Tetapkan keadaan tersebut selama satu hingga dua minit.

#8. Gerakkan kesemua jari mengikut bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu atau sekurang-kurangnya lima minit setiap kali.

#9. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI