Bagi ibu yang baru pertama kali nak bersalin, pasti banyak perkara yang masih lagi samar terutamanya proses melahirkan anak. Perasaan takut, risau semuanya ada, tapi percayalah itu juga turut dialami oleh ibu-ibu lain yang sudah pernah beranak sebelum ini.
Selalu kita dengar bila pertama kali bersalin pasti koyakannya agak banyak, sebenarnya ada cara untuk ibu hamil nak elak koyakan teruk ketika bersalin. Apa yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang cara urutan perinium yang betul untuk ibu hamil buat sebelum bersalin pasti dapat membantu terutamanya buat ibu yang pertama kali bakal melahirkan.
Bagaimana nak elak koyakan teruk masa bersalin?
Buat urutan perineum ( perineal massage) bila kehamilan dah 35 minggu ke atas. Ibu pertama lagi bagus buat urutan perineum ni. Boleh buat sendiri je. Kalau seriau nak urut sendiri boleh suruh si suami buatkan.
Cara?
Ads
🤚Guna pelincir – minyak Vitamin E, minyak badam atau minyak zaitun. Kalau takde, minyak masak pun boleh. Jangan guna minyak tanah/minyak petrol dah la. Sikit je, sekadar buat pelincir.
🤚Gunakan ibu jari sahaja ( satu atau kedua-dua belah) buat macam dalam gambar, buat dalam 1 minit. Masa ni akan terasa bagai diregang. Jangan ditahan nafas tu, nafas je mcm biasa. Tak sakit pun.
🤚Urut perlahan-lahan bahagian bawah faraj dalam pergerakan berbentuk U dalam 2-3 minit. Ulang 2-3 kali
🤚Jadikan perineal massage rutin harian atau buat bebila free
Ads
9 dalam 10 ibu yg pertama kali bersalin akan ada koyakan sama ada terkoyak sendiri, ataupun episiotomy (gunting). Cuma kalau berlaku koyakan tu takdelah koyak teruk mana kalau selalu buat urutan perineum.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Saharul Ridzwan akui teruja untuk mengetahui jantina anak ketiganya yang bakal dilahirkan pada bila-bila masa dalam masa terdekat ini.
Kata Saharul, sejak anak kedua lagi dia sengaja buat kejutan untuk diri sendiri tentang jantina bayi sehingga hari dilahirkan.
“Saya tengah berdebar ni kerana isteri saya memang tengah tunggu hari bila-bila masa sahaja akan bersalin..tak hari ini mungkin esok insyaAllah.
“Saya memang teruja dan tak sabar hendak mengetahui jantina anak ketiga ini. Saya suka akan perasaan teruja seperti ini sebab saya memang suka suprise.
“Terdahulu masa anak kedua juga saya guna elemen yang sama kerana momen untuk tahu jantina bayi sebaik sahaja dia dilahirkan memang seronok.
Isteri ada fibroid, mohon doa dipermudahkan
Selain berdebar menanti saat kelahiran anaknya, Saharul juga meluahkan rasa bimbang terhadap isterinya Qaabila Deena Emir kerana mempunyai fibroid.
“Sekarang ni doktor akan pantau sama ada isteri boleh bersalin normal atau pembedahan kerana ada ketulan fibroid di dalam rahimnya.
“Doakanlah, cuma saya harap proses bersalin nanti dipermudahkan dan selamat semuanya,” katanya.
Saharul mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 6, dan Fateema Azzahra kini berusia tiga tahun.
Pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi dan betul supaya tidak jangkitan kuman hingga bernanah. 8 tip ini boleh dijadikan panduan.
Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi, kebanyakan mama dan papa akan kekok.Tali pusat bayi adalah berasal daripada umbilical stump sepanjang kira-kira 2sm setelah tali pusat bayi yang panjang (bersambungan dengan plasenta) dipotong semasa proses kelahiran. Ia akan di klip selepas pemotongan semasa proses kelahiran.
Pusat bayi jika tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul akan menyebabkan jangkitan kuman atau septicaemia.
8 TIP URUS PUSAT BAYI
Apa langkah-langkah yang boleh mama lakukan? Ikuti langkah-langkah ini sebagai panduan menguruskan tali pusat si kecil.
Bersihkan bahagian ini setiap kali selepas mandi atau menukar lampin si manja. Dengan cara ini, anda akan membantu mengeringkan bahagian dasarnya dan mempercepatkan proses luruh.
Ibu perlu memastikan tangan bersih semasa mencuci pusat bayi.
Gunakan kapas bebola yang dibasahkan dengan air bersih atau alkohol yang dibekalkan hospital dan sapu dengan lembut pada sekeliling pusat dan lipatannya.
Selepas dibersihkan, ambil sebiji lagi bebola kapas dan sapu kering bahagian sekeliling pusat yang dibersihkan tadi.
Baki tali pusat yang di klip juga perlu sentiasa kering. Keringkan dahulu sebelum memakai barut. Jika lembap, boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Elakkan memakai lampin hingga menutup bahagian pusat bayi yang belum luruh kerana ia akan menyebabkannya berkuap, lembap dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Kawasan tersebut perlulah sentiasa kering dan bersih sepanjang masa.
Biasanya tali pusat bayi akan luruh dalam masa tujuh hingga 10 hari selepas kelahirannya. Jangan dicabut, biar ia luruh sendiri!
Sebelum tali pusat bayi luruh, mama dan papa perlu mengelakkan dari memandikan bayi dengan cara merendam. Gunakan kaedah mengelap dan melalukan air sahaja supaya air tidak masuk ke dalam bahagian berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Curi nafas, posisi badan dan cara teran yang betul membantu mudahkan proses bersalin. Bagi ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar dilakukan.
Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat lagi tidak pandai untuk meneran mengeluarkan bayi tanpa menggunakan sebarang alat bantu. Lebih-lebih lagi setelah bergelut dengan kontraksi yang semakin kerap dan lama, ibu boleh jadi keliru!
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, cara meneran yang betul ialah seperti meneran ketika membuang air besar. Elakkan meneran pada muka kerana ia cara yang salah dan boleh menyebabkan anda berasa cepat penat. Ini adalah kesilapan yang sering kali terjadi terutamanya bagi ibu pertama kali yang tidak mempunyai pengalaman bersalin normal.
PERSEDIAAN DAN LATIHAN
Sebagai persediaan dan latihan supaya proses meneran berjalan lancar, anda bolehlah mengikuti kelas antenatal sebagai persiapan untuk bersalin. Semasa kelas dijalankan, anda akan diajar cara-cara senaman yang membantu ibu menjadi lebih sihat dan ceria. Relaxation technique juga turut diajar iaitu;
Penafasan melalui abdomen (deep breath/ abdominal breathing)
Anda digalakkan untuk menarik nafas dalam daripada ruang abdomen semasa kontraksi (bukan dari dada). Cara pernafasan ini jika dilakukan dengan betul boleh membantu mengalih perhatian para ibu daripada perasaan sakit semasa kontraksi dan menumpukan kepada teknik pernafasan yang betul.
Relaxation technique
Pergerakan-Anda perlu membuat banyak pergerakan semasa proses awal kelahiran. Ini boleh membantu mengalih perhatian dan mengurangkan kesakitan serta mempercepatkan proses bersalin secara tidak langsung.
Birthing Ball-Menggunakan birthing ball atau melakukan senaman ringan semasa awal proses kelahiran boleh membantu postur badan dan pelvis semasa menahan kesakitan semasa bersalin.
Mandi air suam-Mandi air suam atau berendam dalam kolam (birthing pool) juga membantu mengalih perhatian anda daripada kesakitan kontraksi.
TENAGA
Meneran memerlukan tenaga. Anda disarankan berehat sebelum proses bersalin aktif untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Berjalan-jalan di sekitar wad boleh dilakukan sekiranya ia bertujuan untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan tumpuan kepada perasaan sakit. Sesetengah pakar perbidanan juga berpendapat berjalan semasa proses awal bersalin boleh membantu mempercepatkan proses bersalin kerana tekanan kepala bayi pada serviks.
Anda dibolehkan mengambil snek ringan sebelum masuk ke dewan bersalin. Antara snek yang boleh diambil ialah seperti roti, minuman berkhasiat dan buah-buahan seperti pisang. Makanan ringkas dan berkhasiat diambil dalam kuantiti yang kecil sebagai mengalas perut dan membekalkan tenaga untuk meneran.
Menurut Dr Sharina, kenyataan mengenai ibu yang ingin bersalin tidak dibenarkan adalah tidak benar sama sekali kecuali pada kes yang telah dijadualkan melahirkan menerusi pembedahan secara elektif. Manakala sepanjang masa di dewan bersalin, ibu diberikan air dalam kuantiti sedikit seakan-akan seperti membasahkan bibir dengan air untuk mengelakkan kehausan.
POSTUR BADAN
Postur badan memainkan peranan untuk memudahkan ibu untuk meneran. Caranya ialah dengan;
Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
Bahagian belakang akan ditinggikan bahagian sedikit.
Cuba pegang pada tumit atau meletakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.
IKUT ARAHAN
Dengar dan sentiasa peka kepada arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat yang bertugas. Teran apabila disuruh dan tahan apabila tidak perlu teran. Hal ini penting kerana doktor atau jururawat hanya akan memberi arahan teran setelah memantau kontraksi menerusi bacaan CTG dan keadaan bayi.
Elakkan meneran terlalu awal iaitu sebelum bukaan serviks 10sm kerana ia boleh menyebabkan ibu berasa penat dan memberikan stres berlebihan kepada bayi. Meneran terlalu awal juga boleh menyebabkan serviks terkoyak.
CARA MENERAN YANG BETUL SEMASA BERSALIN
Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
Mata memandang ke arah perut.
Tangan pegang pergelangan kaki.
Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur.
Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh).
Rehat dan relaks ketika tiada kontraksi. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
Dengar arahan jururawat dan doktor
Elakkan menjerit – jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.
AWAS! Menghembus nafas dengan kuat semasa meneran akan menyebabkan anda jadi cepat letih. Jika anda mempunyai masalah pernafasan seperti asma, beritahu doktor atau jururawat yang bertugas. Jangan lupa bawa ubat-ubatan seperti metered dose inhalers.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.