Bagi ibu yang baru pertama kali nak bersalin, pasti banyak perkara yang masih lagi samar terutamanya proses melahirkan anak. Perasaan takut, risau semuanya ada, tapi percayalah itu juga turut dialami oleh ibu-ibu lain yang sudah pernah beranak sebelum ini.
Selalu kita dengar bila pertama kali bersalin pasti koyakannya agak banyak, sebenarnya ada cara untuk ibu hamil nak elak koyakan teruk ketika bersalin. Apa yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang cara urutan perinium yang betul untuk ibu hamil buat sebelum bersalin pasti dapat membantu terutamanya buat ibu yang pertama kali bakal melahirkan.
Bagaimana nak elak koyakan teruk masa bersalin?
Buat urutan perineum ( perineal massage) bila kehamilan dah 35 minggu ke atas. Ibu pertama lagi bagus buat urutan perineum ni. Boleh buat sendiri je. Kalau seriau nak urut sendiri boleh suruh si suami buatkan.
Cara?
🤚Guna pelincir – minyak Vitamin E, minyak badam atau minyak zaitun. Kalau takde, minyak masak pun boleh. Jangan guna minyak tanah/minyak petrol dah la. Sikit je, sekadar buat pelincir.
🤚Gunakan ibu jari sahaja ( satu atau kedua-dua belah) buat macam dalam gambar, buat dalam 1 minit. Masa ni akan terasa bagai diregang. Jangan ditahan nafas tu, nafas je mcm biasa. Tak sakit pun.
🤚Urut perlahan-lahan bahagian bawah faraj dalam pergerakan berbentuk U dalam 2-3 minit. Ulang 2-3 kali
🤚Jadikan perineal massage rutin harian atau buat bebila free
9 dalam 10 ibu yg pertama kali bersalin akan ada koyakan sama ada terkoyak sendiri, ataupun episiotomy (gunting). Cuma kalau berlaku koyakan tu takdelah koyak teruk mana kalau selalu buat urutan perineum.
Selamat berurut !
Sumber: Muhammad Izzat
Baca: Memang ‘Nervous’ Pertama Kali Nak Bersalin, Doktor Ini Kongsi Tip Berguna Panduan Buat Ibu Baru
Baca: Bersalin Tak Koyak, Jahit Pun Tak, Doktor Check Luka Pun Tak Ada, Ibu Ni Kongsikan Tipnya!
Baca: Ibu 1st Time Nak Bersalin Kena Ambil Tahu! Ini Perkara Akan Berlaku Dalam Bilik Bersalin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)