Terperanjat dibuatnya! Biarpun mengenakan IUCD, tiba-tiba ujian air kencing mendapati diri hamil. Tidak mungkin keputusan hasil dari ujian air kencing akan tersilap. Pemasangan alat pencegahan kehamilan ini mungkin mudah dipasang, tetapi tetap berisiko untuk membuatkan seorang wanita untuk hamil.

Melalui penulisannya di Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan kebarangkalian seseorang itu untuk hamil selepas memaki IUCD disebabkan beberapa faktor.

Artikel Menarik: [Elak Makan Kicap, Takut Gelap. Warna Kulit Anak Ikut Genetik, Bukan Makanan]

HAMIL WALAUPUN MENGGUNAKAN IUCD

“Tahniah, melalui ujian air kencing, kami mendapati puan hamil. Boleh saya tahu bila tarikh haid puan?”

“Haa.. Saya hamil? Tak mungkin sebab saya guna alat perancang. Macam mana saya boleh hamil. Saya tak mahu bayi ini!!”

Nak Elak Mengandung Lagi, Guna IUCD. Dah Kuasa Tuhan, Tetap ‘Lekat’!
Terkedu saya mendengar jawapan wanita ini. Apakah ujian air kencing yang dibuat telah memberikan keputusan yang silap?

“Kalau macam itu, apa kata kita lakukan pemeriksaan ultrasound untuk kepastian..” Saya sudah hilang kekuatan untuk berfikir.

Ads

Nasib baik alat IUCD bukan dimasukkan oleh saya. Saya memang tidak berminat untuk memasukkannya walaupun memasukkan alat IUCD adalah mudah dan dapat dilakukan oleh mana-mana doktor.

“Bagaimana doktor, betulkah saya hamil?” Tanya wanita sebaik saja saya meletakkan probe ke atas abdomennya.

NAMPAK KANTUNG, ADA DEGUPAN JANTUNG

Saya menarik nafas panjang. Di dalam abdomen tidak nampak pun sarung janin, hanya imej IUCD masih berada di dalam rahim. Sementara di skrin ultrasound, saya melihat imej fallopian tiub sebelah kanan bersama sarung dan janin di dalamnya. Degupan jantung juga kelihatan jelas.

Nak Elak Mengandung Lagi, Guna IUCD. Dah Kuasa Tuhan, Tetap ‘Lekat’!
“Ya, puan hamil tapi malangnya janin berada di luar rahim. Alat IUCD itu masih berada dalam rahim”.

Ads

Itulah nasib malang yang menimpa wanita itu. Beliau berusaha untuk mencegah kehamilannya namun takdir Allah dia hamil juga. Saya tidak dapat melakukan apa-apa rawatan terhadap kes seperti ini. Saya merujukkan semula kepada hospital swasta yang memasukkan alat ini agar tindakan susulan dapat diambil.

Intrauterine device atau disebut dengan ringkas IUCD adalah alat pencegah kehamilan yang digunakan oleh wanita untuk jangka masa yang agak lama sekitar 3 hingga 5 tahun. Ia mungkin hanya alat yang diperbuat dari plastik, atau yang dilingkari oleh dawai tembaga.

Artikel Menarik: [Rahim Adalah Rumah Pertama Janin Sebab Itu Ibu Tak Boleh Stres Demi Perkembangan Bayi]

Nak Elak Mengandung Lagi, Guna IUCD. Dah Kuasa Tuhan, Tetap ‘Lekat’!

Ads
KANDUNGAN LUAR RAHIM, GUGURKAN MELALUI PEMBEDAHAN

Walaupun ia dianggap sebagai alat pencegah kehamilan yang agak berkesan, namun kebarangkalian untuk hamil ialah 1 dalam 200 wanita setiap tahun. Apa yang merisaukan jika berlaku kehamilan, kemungkinan besar kehamilan berlaku di luar rahim (ectopic pregnancy) dan terpaksa digugurkan secara pembedahan. Kehamilan dalam rahim juga boleh berlaku bersama alat IUCD di dalamnya.

Risiko untuk hamil adalah tinggi dalam tahun pertama menggunakan IUCD. Namun begitu kebanyakan mereka yang hamil akan mengalami keguguran dengan sendirinya (spontaneous abortion). Jika ia tidak mengalami keguguran, kehamilan ini boleh diteruskan, tetapi risiko bagi ibu dan bayi amat tinggi ketika memasuki fasa trimester ketiga kehamilan.

KALAU HAMIL KENA KELUARKAN IUCD SEGERA

Oleh itu jika seseorang wanita itu hamil, IUCD tersebut harus dikeluarkan dengan kadar segera dan doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi memastikan tiada kehamilan luar rahim. IUCD akan dikeluarkan dari rahim dengan menarik benang yang diikat pada IUCD.

Nak Elak Mengandung Lagi, Guna IUCD. Dah Kuasa Tuhan, Tetap ‘Lekat’!KENA RAJIN BUAT CHECK UP

Ada juga doktor yang tidak bercadang mengeluarkan IUCD ini jika mendapati alat ini telah ‘terbenam’ pada uri (placenta). Jika ini berlaku, kehamilan terpaksa diteruskan tetapi risiko kelahiran pramatang mungkin berlaku. Jadi bagi wanita yang hamil bersama IUCD di dalam rahim, saya nasihatkan agar mengikuti nasihat doktor sebaiknya. Pemeriksaan berkala harus dijalani.

Artikel Menarik: [Tak Elok Marah-Marah Waktu Mengandung. Baby Dalam Perut Pun Boleh Jadi Stres]

Bagi wanita yang memakai IUCD pula, walaupun kebarangkalian untuk hamil adalah rendah, namun haruslah segera berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda kehamilan seperti tidak kedatangan darah haid 6 minggu setelah tarikh hari pertama kedatangan haid bulan sebelumnya. Jangan menunggu lebih lama kerana mungkin akan hamil walaupun menggunakan IUCD.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI