Semasa menyusukan bayi baru lahir, anda mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh menyebabkan anda stres dan kadangkala mengalami kemurungan. Sesetengah ibu bimbang jika hal ini akan mengurangkan penghasilan susu badan mereka. Namun, adakah benar stres boleh menjejaskan penghasilan susu ibu? Apa pendapat sains mengenai perkara ini?
Adakah stres mengurangkan susu badan saya?
Jawapannya adalah tidak. Stres tidak akan mengurangkan penghasilan susu badan atau sebagainya. Bagaimanapun, penghasilan susu badan anda pada sesetengah waktu akan berkurangan, contohnya seperti apabila anda bersalin secara pembedahan, atau bayi anda lahir pramatang. Pun begitu, susu badan anda masih mencukupi untuk bayi. Cuma, keadaan ini memerlukan masa dan usaha anda bagi melancarkan penyusuan susu ibu.
Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan stres?
Ads
Berikut terdapat beberapa cara untuk membantu anda relaks:
Pertama, cari tempat yang membuatkan anda rasa selesa untuk menyusukan bayi (atau memerah susu). Sebaik-baiknya, carilah tempat yang bebas daripada gangguan. Cuba untuk berehat semaksima mungkin sebelum menyusukan bayi atau memerah susu.
Ads
Semasa melakukan proses ini, anda boleh mendengar lagu kegemaran anda, menarik nafas dalam-dalam, berzikir, atau anda boleh meletakkan bauan yang menenangkan dan melakukan perkara yang anda sukai. Sebelum menyusukan bayi, anda boleh membongkokkan pinggang supaya payudara anda dalam keadaan tergantung, dan berada dalam posisi ini beberapa ketika. Ataupun, anda boleh menggerakkan bahu ke belakang dan ke hadapan bagi menggoncangkan payudara anda. Posisi sebegini amat membantu para ibu melegakan tekanan pada leher dan bahu, sekali gus membantu melancarkan penghasilan susu.
Ads
Di samping itu, cubalah untuk selalu bersama dengan bayi anda supaya kedua-dua anda dan bayi ‘berasa dekat’ dan berkongsi hubungan emosi. Jika anda tidak bersama dengan bayi (seperti ibu berkerjaya), anda boleh melihat gambar atau video si manja anda semasa memerah susu. Cara ini dapat membantu anda menghasilkan susu badan dengan lancar. Semasa menyusukan bayi pula, sesetengah ibu akan menghirup air bagi melegakan tekanan. Ini salah satu tindak balas lazim yang ibu sering lakukan semasa penyusuan.
Sesetengah ibu juga lebih gemar menyusukan bayi mereka semasa mereka mandi bersama. Cara ini dikatakan dapat membantu melegakan tekanan pada otot anda, sekali gus, merangsang aliran susu badan.
Kesimpulannya, stres tidak mempengaruhi penghasilan susu ibu, seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Walau bagaimanapun, pastikan anda sentiasa positif dan bebas-stres bagi mencipta persekitaran yang sihat untuk anda dan bayi. Jika anda berasa murung, cara terbaik adalah bercakap dengan ahli terapi atau doktor.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi video sedang menguji bacaan syafawi anak sulungnya, Sophea Natasha di perkarangan sekolah.
Menurut Dr Sheikh, anak-anak mempunyai personaliti yang berbeza dan terbahagi kepada tiga iaitu penglihatan, pendengaran dan Qalbu. Dengan mengenali kekuatan personaliti anak-anak, ibu bapa akan lebih mudah untuk mendidik.
“Ketahui personaliti anak anda. Peribadi dan personaliti manusia terbahagi kepada penglihatan, pendengaran dan Qalbu. Lazimnya dominan ke arah satu. Yang mana satu keperibadian anak anak kita?”
“Bella is more of a hearing type personality. She needs to listen to get things done. For her exams , I just need to read to her and everything goes into her brain.”
“Tasha lain pulak. Lebih kepada penglihatan. She needs to see everything infront of her eyes. Just hearing them is not enough. So when I teach her , I would write them down for her to have a better understanding.”
“Adam is more into Qalbu type of personality. Need to tackle his emotions. Noah is the same as Tasha. Eusoff & Emelia – yet to be identified.”
“By knowing your Child’s personality strength , it makes Parenting easier. Every Child has a different approach. So which one are you?”
Video bacaan syafawi yang dibaca Tasha mendapat perhatian ramai. Ramai ibu bapa yang memberikan pendapat tentang personaliti anak-anak. Namun ada juga warga maya yang kagum dengan keluarga Dr Sheikh yang sangat bersahaja walaupun hartawan.
Ibu bapa mana yang tak risau bila anak demam dan tiba-tiba dalam keadaan sawan. Panik usah di cakap la. Kadang tu bila berlaku dalam keadaan kita tak bersedia.
Jika diikutkan demam sawan ini berlaku bila suhu anak terlampau tinggi. Masa ni sangat penting untuk memantau suhu anak dan sebolehnya biarlah bergilir jaga waktu anak tak sihat.
Pengalaman dari Puan Hartieka Sahar bila anaknya pertama kali kena demam tarik boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa yang ada anak kecil. Tak salah beringat daripada kita menyesal kemudian hari.
Ini pengalaman pertama bila anak “DEMAM TARIK” @ “Demam Sawan” waktu Raisha kena tarik.. Rasa apa lah dah jadi ni. Kami suami isteri kelam kabut tak tentu arah bila melihat Raisha jadi macam tu. Apa perkara yang perlu buat pun tidak tahu dan benda terlintas dalam fikiran bawa ke hospital je lah.
Mak ayah mana yang tak risau kalau melihat situasi anak masa tu terjadi seperti mata tengok atas (belalak) kaki tangan kejang mengigil lepas tu kacip gigi. Kita panggil anak dia tak respon apa pun. Memang merisaukan sangat masa itu. Waktu terjadi tarik @ sawan kat Raisha pukul 1.50 am masa tu suami baru lepas bagi Raisha minum bila dia berdiri tiba-tiba tarik @ sawan tu terjadi. Ini memang pengalaman pertama. Kami tak fikir apa-apa dah terus bergegas bawa ke hospital. Sampai je hospital keadaan Raisha dah makin beransur reda. Doktor memberi suntikan antibiotik dan check darah Raisha. Sementara menunggu result darah Raisha.
Doktor memberi penerangan tentang situasi yang berlaku pada Raisha. Suhu yang terlampau panas boleh menyebabkam demam tarik@demam sawan. Ini ada sedikit penerangan tentang demam tersebut.
DEMAM SAWAN
Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah mengigil. Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik. Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya.
Punca sawan di kalangan kanak-kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas. Adalah dianggarkan yang sekurang-kurangnya satu peratus dari kanak-kanak mengalami demam sawan. Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak-kanak masuk wad.
Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tujuh tahun. Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu. Sawan yang berlaku dikalangan bayi-bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca-punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis.
Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak dan punca-punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium.
Biasanya bayi – bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi-bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali – kali sehingga usianya tujuh tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat – ubat yang boleh mencegah sawan.
Memori anak-anak sangat kuat. Sebab itu, jika ibu bapa berjanji, tak ditunaikan selagi itulah anak akan tuntut. Begitu juga sekiranya berlaku apa-apa pada dirinya, walaupun dah lama kejadian itu berlalu, anak masih ingat dan boleh cerita semula.
Menurut Dr Anayasmin, anak-anak kecil ini memorinya sangat kuat apabila melibatkan emosi. Sebab itulah anak yang dibesarkan dalam suasana yang tak ceria impaknya sangat tak bagus dalam perkembangan.
Bila kita bersama anak, jangan marah-marah, jangan kasar-kasar, jangan abaikan soalan anak, sebab anak akan ingat memori bersama mak ayah.
Memori itu lagi kuat apabila melibatkan EMOSI anak. Maksudnya anak akan LAGI INGAT kalau memori tu buat dia rasa sedih, gembira, tertekan..
Lagi kuat EMOSI yang anak rasa, Lagi dia akan INGAT!! Cuba kita ingat memori kita dengan mak ayah kita dulu, pasti kita ingat memori yang buat kita rasa happy, excited, atau memori sedih sebab dipukul, di marah, dihina.
Ya, memori yang ada EMOSI di dalamnya lagi mudah kita recall kan? Jadi kita kena pilih memori apa nak anak kita ada?
Memori sedih? Benci? Atau memori Gembira? Bahagia? Paling tak best bila anak tu dah besar. Kenangan pahit tertanam dalam memori separa sedarnya
Memori separa sedar akan pengaruhi anak untuk buat yang sama pada anak-anaknya pula kelak😔
Ayah yang garang, tak pernah cakap baik-baik. Macam tu lah cucunya akan alami kelak. Kalau mak ayah yang happy, cakap perkataan yang baik, begitulah generasinya akan dibesarkan.
We can break the cycle, We can make a starting point. KITA BERKUASA UNTUK PILIH
Ke mana hendak bawa anak cuti sekolah ini? Tak tahu aktiviti apa untuk anak-anak, apa kata mak ayah ke Home of Kids yang bakal diadakan di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024 ini.