Aduhai anak! Pantanglah kita tank tengok, ada saja punca nak buat bergaduh. Sebagai ibu dan ayah yang baik, seeloknya didiklah anak untuk saling menyayangi antara adik-beradik. Pupuk nilai-nilai murni dan mengutamakan keluarga dalam diri mereka sedari kecil. Bergaduh kecil sesekali itu lumrah tapi ajarkan anak untuk sentiasa menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.
Kredit foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
1. Makan Sama-Sama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
2. Kena Saling Jaga
Ajar anak untuk saling menjaga. Abang atau kakak jaga adik, begitulah sebaliknya. Beritahu pada anak, bila kita satu keluarga maka kitalah yang perlu jaga antara satu sama lain. Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.”
Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
3. Adil Dengan Anak
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Ads
Kredit foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
4. Ajar Anak Buat Kerja Sama-Sama
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama.
Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata pujian. Mesti anak bangga bila kita puji masa mereka buat baik antara satu sama lain.
5. Tunjuk Contoh Baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.
Kerisauan ibu ayah kepada anak-anak tidak dapat dinafikan. Mana tidaknya setelah anak dikandung & dilahirkan, kita tentunya mahukan yang terbaik buat mereka, bimbang sekiranya sesuatu yang buruk terjadi.
Pendek kata selagi bergelar ibu dan ayah, perasaan ini ibarat pakej yang datang sekali setiap kali kelahiran cahaya mata. Dr Atiyah Azmi, anak kepada Datuk Dr Prof Muhaya kongsi tip dan cara ibu bapa untuk menjauhi kerisauan.
Katanya ibu dan ayah tidak dapat lari daripada kerisauan sepanjang mendidik dan menjaga. Dr Atiyah berkongsi info ini Instagram dengan memaparkan gambar anak keempatnya, Muhammad.
dratiyahazmi Sebagai Ibu dan Ayah kita takkan pernah lari daripada risaukan perkembangan anak.
Risaukan anak dah nak masuk darjah 1 tapi tak boleh membaca. Risaukan anak tak pandai nyanyi macam anak jiran depan. Risaukan anak orang lain markah lagi tinggi. Risaukan anak makan banyak atau makan kurang. Risaukan muka anak naik jerawat. … and the list goes on.
RASA RISAU BUAT RASA TIDAK TENANG
Kerisauan kita lahir daripada apa matlamat kita, sedangkan Ibu Ayah yang mempunyai anak istimewa atau sakit akan risaukan kesihatan dan tumbesaran anak itu. Tak fikir kerisauan macam anak lain. Risau, risau, risau buatkan kita tak tenang dan lupa untuk bersyukur.
SAAT MENDODOIKAN ANAK, ALLAH JENTIK HATI
Baru tadi saya dukung tidurkan Samiha, dekat sejam jugak ambil masa. Mula-mula hati nak mula panas sebab alahai anakku ni lambatnya lah nak tidur. Lepas tu Allah jentik diri dengan mengingatkan diri untuk bersyukur aku tak perlu risaukan perkara yang tidak merisaukan untuk Samiha. Jadi bersyukur dan nikmati sajalah momen mendodoikan anak itu. Bukan membazir masa pun, dapat peluk sambil exercise sambil berzikir.
HIDUP INI MENGIKUT CARA KITA MELIHAT SESUATU
Jadi hidup ini mengikut cara kita melihat sesuatu. Skop apa yang kita lihat jugak akan berubah mengikut kesedaran dan keimanan kita.
Gambar Muhammad sebagai pemangkin semangat Ibu dan Ayah tentang betapa besarnya kuasa Allah. Dari seawal usianya sehari sehingga kini MasyaAllah banyak perubahan dan tumbesaran yang Allah Anugerahkan padanya. Kami tak lakukan apa-apa kecuali dengan izin dan kuasaNya semata-mata.
FOKUS KEPADA PROGRESS & ENJOY THE PROCESS
Jadi, kita banyakkan bersyukur dan buang risau jauh-jauh akan benda yang remeh. Fokus pada progress dan enjoy the process. Mama Tiyah’s Bedtime story
“Thank you sayang bawa Yusuf jalan.” Hanis berpantang di rumah, Hairul memainkan peranan menghiburkan anak sulung mereka, Yusuf Iskandar. Walau pun mommy & Alisa hanya mampu melihat dari rumah!
Inisiatif Hairul meluangkan masa bersama Yusuf dipuji para follower. Walau pun Hanis dalam fasa selepas bersalin atau berpantang, emosi Yusuf tetap menjadi keutamaan.Tidak hanya terperuk di rumah, Yusuf dibawa daddy melakukan pelbagai aktiviti.
Hanis menerusi Instagram memuatnaik gambar Yusuf bersama Hairul yang sedang bermain dengan burung. Yusuf kelihatan sangat gembira dan teruja. Hanis amat menghargai masa yang diluangkan oleh Hairul untuk Yusuf untuk melakukan aktiviti bersama.
“Thank you sayang bawa Yusuf jalan. Mommy & Alisa tengok dari rumah je
“Thank you sayang bawa Yusuf jalan-jalan. Ada je aktiviti diorang berdua ni. Kelmarin swimming sampai setengah hari.
“Mommy & Alisa tengok dari rumah je wuwuwu @hairulazreen @theyusufiskandar.”
Para peminat dan follower memuji tindakan Hairul yang banyak meluangkan masa bersama Yusuf sedang Hanis masih dalam proses berpantang.
Ada yang mengatakan masa tepat untuk bapa dan anak bonding ialah semasa ibu berpantang. Malah ada yang memuji Hanis supaya terus memberikan inspirasi kepada pasangan ibu bapa yang lain.
TERUSKAN MEMBERI INSPIRASI
TAKDELAH TERPERAK DI RUMAH
MACAM BEST FRIEND
BELAJAR RAPAT DENGAN DADDY
HAIRUL TAHU AMBIL HATI ISTERI & ANAK
GOOD HUSBAND
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas Nad Zainal dan suaminya Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari yang lalu, tidak sekalipun gambar pasangan ini dipotretkan bersama anak-anak.
Lama tertunggu-tunggu, akhirnya wargamaya menarik nafas lega bila mana akhirnya gambar Ungku Ismail dipotretkan bersama anak-anak Nad.
Menerusi Instagramnya, Nad turut memuat naik gambar Ungku Ismail yang memangku erat Ibrahim dan Kalsom. Jelas rasa bahagia dan kasih sayang yang dicurahkan buat kedua cahaya mata comel ini.
“Ibrahim, Ismail & Kalsom,” tulis Nad ringkas di kapsyennya.
Apa yang membuatkan wargamaya tertarik hati pastinya gambar kemesraan mereka dengan senyuman yang manis terukir. Apatah lagi pelukan kemas Ungku Ismail buat Kalsom yang masih kecil.
Sebelum itu, menerusi entri berlainan, Nad dan Ungku Ismail juga dilihat memuat naik video percutian mereka bersama Ibrahim sebelum sesi persekolahan bermula.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Nad membawa Fahad Ibrahim atau mesra di sapa Yem sebagai percutian sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Dapat dilihat kemesraan Yem bersama bapa tirinya sepanjang percutian pendek itu.
Dalam pada itu, perkongsian Nad itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi wargamaya malah turut mendoakan kebahagiaan Nad bersama suami dan anak-anak.
Terdahulu, Nad dan Ungku Haris disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.