“Nak Gembirakan Anak Tak Semestinya Kena Beli Mainan,” Bila Anak Mula Taksub, Boleh Rosakkan Sistem Limbic!

Share

Benda-benda seperti mainan sememangnya banyak membantu otak dan minda anak berkembang pesat. Pun begitu jangan berlebih-lebih ketika membeli, bimbang anak terlalu beremosi dan taksub dengan mainan sehingga melupakan hal lain.

Benar kata bapa ini, Mohd Fhais mengenai hal ini. Terlalu taksub dengan benda seperti mainan misalnya akan hanya membuatkan sistem limbic anak rosak. Jadi tak salah hendak membeli tetapi janganlah setiap hari. Buruk padahnya nanti.

Hati-hati bila anak terlalu BEREMOSI dengan benda!

Itu petanda bahawa anak dah tersalah tafsir tentang emosi dan benda. Benda tak boleh buat kita gembira. Benda juga tak boleh buat kita sedih.

Terutama emosi kepada mainan! Gara-gara mainan dia boleh berbaring tengah tengah mall, meraung nak beli mainan kegemarannya. Kerana mainan juga dia sanggup bergaduh dengan adik beradik dan kawan-kawan. Kerana mainan juga anak boleh menjerit pada mak ayah. Ini bahaya!

Terlalu beremosi dengan benda buat tempoh yang lama boleh merosakkan sistem Limbic ( otak emosi ) anak dan menolak segala hubungan emosi dengan manusia.

Akibatnya ;

1 – Cakap mak ayah langsung tak di dengari kerana tak ada kesan emosi.

2 – Malah bersikap kurang ajar pada mak ayah seperti jerit, marah dan tantrum.

3 – Tidak rasa gembira bila bermain dengan kawan-kawan kerana tiada emosi.

4 – Suka habiskan masa sendirian dengan benda yang dia suka.

5 – Tak peduli apa pun yang berlaku di sekeliling, dia dengan dunia dia.

6 – Kemahiran sosial sangat lemah dan susah nak berkawan.

7 – Dengan adik beradik pun dia boleh bermusuhan dan dengki.

Membeli anak mainan tak salah tapi biar la berpada-pada. Jangan gunakan mainan tu sebagai pengubat emosi.

Nak gembirakan anak tak semestinya kena “Spent Money”, anak lebih gembira jika kita dapat “Spent Time” dengan mereka.

Time is more expensive than money. Sesungguhnya duit segunung pun belum tentu boleh beli semula 1 saat yang dah berlalu.

Published by
SRM