Seawal usia enam bulan bayi anda mungkin sudah ada yang tumbuh gigi. Selari dengan umur mereka yang kini sudah boleh diperkenalkan dengan makanan sebenar. Tapi ada juga sesetengah bayi yang sebaik sahaja dilahirkan sudah mempunyai gig, namun perkara itu jarang berlaku.

Setelah si kecil mempunyai gigi, pastinya rutin penjagaan gigi si kecil akan bermula. Bersama Dr. Ahmad Faizal Ismail, Penolong Professor Pergigian Kanak-kanak di Kuliah Pergigian UIAM dan Pakar Pergigian Kanak-kanak di Pusat Perubatan UIAM untuk mengulas lanjut mengenai pertumbuhan dan penjagaan gigi bayi.

Gigi desidus atau gigi susu adalah asset yang penting untuk bayi. Gigi susu adalah penting untuk fungsi pemakanan, pengunyahan dan juga estetik. Selain itu, gigi susu juga berfungsi mengekalkan ruang (space maintainer) untuk pertumbuhan gigi kekal kelak. Secara umumnya, jumlah gigi susu untuk seorang kanak-kanak adalah 20 batang. Ia terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring dan 8 batang gigi geraham. Gigi susu pertama akan mula tumbuh pada umur 6 bulan, iaitu gigi kacip bawah, diikuti gigi kacip atas. Gigi susu lain akan mula tumbuh mengikut umur bayi sehingga lengkap 20 gigi susu sekitar umur 3 tahun.

Nak Gigi Anak Cantik, Doktor Gigi Ni Kongsi Cara Nak Mula Jaga Sebelum Bayi Tumbuh Gigi Lagi!

Gigi susu terbentuk semasa bayi masih di dalam kandungan ibu. Pada minggu ke 6 kehamilan, lamina germa gigi susu akan mula terbentuk. Proses pembentukan ini akan berterusan sehingga gigi susu tumbuh sepenuhnya pada umur 3 tahun. Amat penting untuk ibu mengandung mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil nutrien yang diperlukan seperti kalsium supaya pembentukan gigi bayi di dalam kandungan tidak terganggu. Jika terdapat gangguan sistemik seperti infeksi yang teruk, pengambilan alcohol, atau pengambilan sesetengah ubat oleh ibu mengandung, ia boleh menyebabkan gangguan terhadap pembentukan atau morfologi gigi bayi di dalam kandungan.

Penjagaan mulut dan gigi bayi amat penting kerana ianya bergantung sepenuhnya kepada ibubapa. Pemahaman ibubapa amat penting dalam memastikan gigi susu agar tidak rosak dan bayi mendapat penjagaan gigi yang sempurna.

Ads

Jika terdapat kerosakan atau karies pada gigi susu, ini boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi. Memandangkan bayi belum dapat berkomunikasi, bayi akan meragam dan mengelak untuk minum susu jika bayi sakit gigi. Jika karies pada gigi susu ini tidak dirawat, kuman pada gigi tersebut boleh merebak ke bahagian pipi dan muka, menyebabkan kebengkakan muka (facial cellulitis).

Gigi natal dan neonatal

Gigi susu pertama akan mula tumbuh apabila bayi berumur 6 bulan Namun terdapat juga bayi yang dilahirkan mempunyai gigi. Gigi natal adalah gigi yang telah tumbuh semasa bayi lahir, manakala gigi neonatal adalah gigi yang tumbuh dalam sebulan pertama kelahiran (Gambar 1). Gigi natal dan neonatal adalah gigi susu yang tumbuh secara awal dan pra-matang. Gigi natal dan neonatal amat jarang berlaku. Jika bayi mempunyai gigi natal atau neonatal, rujukan kepada pakar pergigian kanak-kanak dan pakar kanak-kanak adalah perlu. Ini bagi mengelakkan komplikasi kepada ibu dan bayi yang menyusu. Pemeriksaan awal mulut bayi sejurus dilahirkan amat penting bagi memastikan rujukan awal dapat dilakukan.

Nak Gigi Anak Cantik, Doktor Gigi Ni Kongsi Cara Nak Mula Jaga Sebelum Bayi Tumbuh Gigi Lagi!

Ads

Ciri-ciri gigi natal dan neonatal

  1. Berbentuk kecil atau konikal
  2. Merupakan gigi susu
  3. Longgar dan mudah goyang
  4. Akar gigi yang pendek dan tidak sempurna
  5. Selalunya melekat pada gusi

Komplikasi gigi natal dan neonatal

  1. Boleh menyebabkan ulser pada bahagian hujung atau bawah lidah bayi akibat bergesel dengan permukaan gigi yang tajam semasa menyusu. Keadaan ini disebut sebagai Sindrom Riga-Fede.
  2. Bayi tertelan (aspiration) gigi natal dan neonatal. Jika gigi tersebut tersekat dalam saluran pernafasan, ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada paru-paru bayi (pneumonia).
  3. Kecederaan pada puting ibu yang menyusu akibat terkena permukaan gigi bayi.
  4. Sakit dan tidak selesa semasa bayi menyusu
  5. Bayi menolak untuk menyusu.

Penjagaan gusi dan gigi bayi

Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, adalah digalakkan untuk ibubapa membersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain tuala yang lembut yang dililit pada jari. Ia boleh dilakukan setiap kali selepas menyusu atau semasa memandikan bayi. Selain itu, lidah bayi juga perlulah dibersihkan dari sisa-sisa susu yang melekat pada permukaan lidah.

Selepas lahir sehingga umur bayi 6 bulan

  1. Sentiasa membersihkan gusi bayi selepas menyusu. Dukung bayi dengan sebelah lengan, manakala sebelah tangan lagi memegang kain tuala yang dilembapkan. Bersihkan gusi bayi secara perlahan-lahan.
  2. Jangan biarkan bayi tidur sambil menyusu. Setelah bayi tidur, alihkan puting/botol susu dari mulut bayi bagi mengelakkan susu bertakung di dalam mulut.
  3. Bayi akan mula gatal gusi (teething) pada umur 4-6 bulan. Gusi bayi ditempat gigi yang akan tumbuh mungkin kemerahan dan air liur akan meleleh dari mulut bayi (drooling).
  4. Elakkan merasa puting botol susu dengan mulut ibu atau berkongsi sudu bayi dengan ahli keluarga yang lain bagi mengelakkan pemindahan bakteria ke dalam mulut bayi.

 

Ads

Nak Gigi Anak Cantik, Doktor Gigi Ni Kongsi Cara Nak Mula Jaga Sebelum Bayi Tumbuh Gigi Lagi!

 

Bayi berumur 6 bulan sehingga 12 bulan

  1. Semasa fasa ini, bayi akan mula tumbuh gigi susu yang pertama.
  2. Gusi bayi perlu sentiasa dibersihkan selepas makan atau menyusu.
  3. Apabila gigi susu pertama telah tumbuh, mulakan memberus gigi bayi menggunakan berus gigi yang berbulu lembut (soft bristle atau silicon) tanpa ubat gigi
  4. Apabila bayi mula minum menggunakan cawan dan makan makanan pejal (solid), ibubapa perlu mengurangkan penggunaan botol susu (wean off).
  5. Galakkan bayi untuk minum menggunakan cawan. Pada umur 12 sehingga 14 bulan, bayi sudah mampu untuk minum menggunakan cawan dengan sendiri.
  6. Apabila gigi susu atas telah tumbuh, amalkan pemeriksaan gigi bayi dirumah dengan mengangkat bibir atas bayi bagi memeriksa sebarang perubahan warna pada gigi (tompokan putih atau perang). Jika terdapat tanda-tanda ini, ia menunjukkan karies gigi peringkat awal dan dapatkan temujanji dengan doktor gigi.
  7. Dapatkan pemeriksaan pergigian pada umur 1 tahun atau dalam masa 6 bulan selepas gigi susu pertamanya tumbuh.
  8. Elakkan berkongsi sudu bayi dengan ahli keluarga yang lain bagi mengelakkan pemindahan bakteria ke dalam mulut bayi.

Tanda-tanda bayi gatal gusi (teething)

  1. Air liur meleleh.
  2. Gusi sedikit kemerahan dan sensitif.
  3. Bayi suka menggigit dan memasukkan jari/objek ke dalam mulut.
  4. Bonjolan gusi yang menampakkan sedikit gigi susu yang sedang tumbuh.
  5. Menangis dan meragam. Ini kerana bagi kebanyakan bayi, keradangan gusi menyebabkan bayi tidak selesa.
  6. Sesetengah bayi mungkin mengalami demam apabila gatal gusi. Ini disebabkan oleh bayi memasukkan objek Bayi kurang selera makan atau mengelak untuk makan.
  7. Bayi menarik telinga atau menggosok pipi. Ini disebabkan saraf yang menghubungkan gigi juga turut menghubungkan pipi dan telinga. Oleh itu, bayi boleh merasa ‘gatal’ di telinga atau pipi.

Tips untuk ibubapa jika bayi gatal gusi

  1. Berikan buah yang sejuk dan dipotong kepada bayi. Buah yang sejuk boleh mengurangkan gatal disamping memperkenalkan makan pejal kepada bayi.

  2. Gunakan jari atau kain tuala lembut yang dilembapkan untuk menggosok gusi bayi

  3. Bersihkan air liur yang meleleh bagi mengelakkan keradangan pada pipi.

  4. Berikan mainan gigit (teething rings) yang telah disejukkan. Elakkan meletak didalam peti sejukbeku (freezer) kerana mainan gigit yang keras akan melukakan gusi bayi.

Akademi Pediatrik Amerika (AAP) tidak menggalakkan menyapu gel anaestetik (bius) pada gusi kerana boleh menyebabkan bayi tertelan gel tersebut. Gel anaestetik mengandungi bahan ‘Lidocaine’ yang boleh memudaratkan bayi jika tertelan secara berlebihan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI