Getirnya melalui saat cemas walau pun hanya 20 minit. Bagaikan hampir gugur jantung ibu tatkala anak kecil masih bayi terperangkap di dalam kereta.
Dalam kejadian yang berlaku di Kudat ini, seorang ibu berhadapan situasi cemas apabila si kecil menekan tombol pintu semasa enjin kereta dipanaskan.
Ibu hendak panaskan enjin kereta
Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian 8.30 pagi itu, ibu kanak-kanak berkenaan dikatakan sedang memanaskan enjin kereta Perodua Kancil di rumahnya.
Anak masuk kereta & tertekan tombol kunci
Bagaimanapun tidak disangka-sangka sebaik keluar dari kereta berkenaan, tanpa disedari anaknya masuk dalam kereta lalu bermain dengan kunci kereta dan tertekan tombol kunci pintu.
Pujuk tak berjaya, ibu hubungi bomba
Ibu yang kemudiannya menyedari si kecil terkunci dalam kereta mula memujuk anaknya untuk menarik tombol kunci berkenaan. Selepas gagal memujuk anaknya untuk membuka pintu kereta hampir 20 minit, ibu ini kemudian menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.46 pagi dan menghantar enam anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian.
Tingkap kereta bertutup & pintu berkunci
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati mangsa terperangkap dalam kenderaan dalam keadaan tingkap bertutup dan pintu berkunci.
Pintu diumpil kerana hampir 20 minit terperangkap
“Pasukan bomba bertindak mengumpil pintu kereta menggunakan peralatan khas memandangkan ia sudah berlaku hampir 20 minit sebelum berjaya membawa mangsa keluar,” katanya Ishak. Katanya lagi, kanak-kanak berkenaan dalam keadaan stabil dan operasi berkenaan ditamatkan pada jam 8.56 pagi.
Sumber: Harian Metro
Foto: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ais Tak Menggemukkan! Jadi Masalah Lemak Membeku Sebab Pengambilan Air Manis Berlebihan
“Jangan minum AIS ketika sedang berdiet nanti akan menyebabkan lemak membeku dalam badan sebab tu susah nak kurus”?
“Minuman panas akan membantu mencairkan lemak. Senang sikit nak turun berat”?
Dialog ini antara yang selalu diperkatakan dalam masyarakat kita sedangkan jika diikutkan ais tak bersalah pun. Cumanya cara pengambilan makanan dan minuman oleh seseorang itu yang menyumbang kepada masalah penyakit lain.
Berikut adalah perkongsian dari Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Betul ke ais membekukan lemak?
Pertama. Ambil perhatian
Minuman berais tak menyebabkan lemak membeku. Minuman berais tak menyebabkan berat badan susah nak turun. Minuman berais tak menyebabkan obesiti.
Ais tidak bekukan lemak. Áir panas tidak cairkan lemak! Kandungan lemak tetap akan SAMA walaupun minum air panas atau ais beku.
Kedua. Ambil Tahu
Minuman berais selain air kosong bila ditambahkan gula atau lemak, itu akan meningkatkan jumlah pengambilan kalori kita. Bila kalori berlebihan, ia akan menjadi lemak dan seterusnya menyebabkan masalah berat badan dan obesiti.
Ketiga. Jangan salah faham
Minuman berais tidak menyebabkan lemak membeku atau menggumpal di dalam usus. Letak ais dalam mulut pun dah cair..belum sempat smpai perut macamana boleh beku? Ais sendiri dah mencair dan berubah suhu di dalam mulut. Tidak ada istilah lemak menggumpal selepas minum ais. Suhu AIS akan beradaptasi mengikut kesesuaian tubuh badan kita disebabkan oleh sistem thermoregulation yang mengawal suhu mengikut suhu badan.
Keempat. Sentiasa ingat
Lemak yang dimakan akan dicernakan oleh enzim lipase kepada bentuk yang lebih kecil terlebih dahulu sebelum diserap oleh usus kecil. Jika lemak menggumpal selepas minum ais, bagaimana lemak tersebut dapat diserap oleh usus sebab saiz partikelnya terlalu besar.
Jadi, minum air berais tidak menggemukkan. Yang penting minuman ais kosong. Kalau minuman ais berGULA dan berLEMAK seperti minuman berperisa, teh atau kopi ais, minuman coklat, minuman berkarbonat, teh boba dan sebagainya, tak kiralah panas atau sejuk atau berais, itu sebenarnya yang boleh menternak lemak dalam badan dengan jayanya!
AIS= 0 kalori
TEH AIS = 125 kalori
Fikir-fikirkanlah ya!
Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hati-Hati Ya, Jangan Biar Botol Susu Anak Tak Bertutup” Meremang Tengok Lalat Tinggal ‘Hadiah’
Menjadi kebiasaan bila si kecil dah habis menyusu dia akan tinggalkan sahaja botolnya, si ibulah yang terpaksa mengutip botol susu dan letak pada tempat yang selamat. Namun mungkin ramai yang terlupa untuk menutup botol susu anak dengan penutup botol.
Mungkin kita tak terfikir bahawa botol susu yang tidak ditutup dengan baik boleh menyebabkan si kecil jatuh sakit? Selepas menonton video yang dikongsi oleh Puan Aiest Zura menerusi grup Kelab Ibu Mengandung & Berpantang [Malaysia] pasti ramai yang mula meremang kegelian melihat lalat sedang mengeluarkan telurnya dalam botol susu anak.
Klik untuk video penuh SINI
Sharing is caring guys
ibu2 mak2 uwan2 hati2 ye pastikan botol susu anak anda sentiasa bertutup
Apa akan jadi jika anda termakan telur lalat?
Anda atau anak mungkin akan mengalami sakit perut, simptom keracunan makanan dan muntah-muntah, bergantung kepada sebanyak mana telur lalat yang anda termakan. Ia jua boleh menjadi asbab kepada pelbagai penyakit bawaan lalat lain seperti demam kepialu dan sebagainya.
Mari melindungi diri
1. Tutup makanan dengan tudung saji yang sesuai, ada sesetengah tudung saji ada lubang yang boleh ditembusi oleh lalat.
2. Buang makanan jika ada telur lalat pada makanan berkenaan, dikhuatiri lalat sebenarnya telah singgah di makanan berkenaan dan meninggalkan telurnya.
3. Pastikan sisa makanan dan sampah dibuang, jangan jadi penternak lalat
4. Gunakan perangkap lalat untuk mengurangkan populasi lalat
5. Bersihkan najis haiwan peliharaan jika ada (ini akan menggalakkan ketibaan lalat dari luar)
6. Pilih restoran yang bersih dan tidak mempunyai populasi lalat di bahagian dapur dan penyajian makanan
7. Bersihkan tempat yang terkena telur lalat
8. Sentiasa tutup botol susu anak anda
Jadi sentiasa awas dengan makanan anda terutamanya yang dibeli di luar, bukan apa, ingat ayam goreng, tapi ada sumber protein lain tambahan pula.
Sumber: Aiest Zura, Ini Sains Beb
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Seolah Bertukar Nyawa, Baby Tak Dapat Diselamatkan” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bagai Mati Hidup Semula Selepas Ditidurkan
Hilang kata-kata apabila anak yang dikandung selama 22 minggu pergi buat selamanya tanpa sempat ditatap, diusap oleh si ibu. Bukan tak reda cuma hati seorang ibu pastinya ingin menatap wajah si kecil ini. Begitulah pengalaman pahit yang terpaksa ditempuhi ibu ini selepas disahkan positif Covid-19.
Lebih menyedihkan, dia langsung tidak mengingati sepanjang tempoh terpaksa ditidurkan malah ketika doktor melakukan pembedahan tanpa sedar juga dia tidak mengetahui tentang perkara itu. Atas keizinan suami, dia reda dengan ketentuan Illahi. Salah satu nyawa terpaksa diselamatkan segera. Begitulah kisah pahit dikongsi di sini.
17 Hari di Hospital Sungai Buloh.
Bagai Mati Hidup Semula
Kalau diingat balik perjalanan bagimana aku dan keluarga boleh terkena covid-19 yang kami sendiri tak tahu kemana dapatnya.
4/6 – Hari ni aku work from home. Suami mula tak sihat, sakit badan lenguh-lenguh katanya. dia banyak diam dan tak mahu bercakap.Aku pulak mula rasa pening-pening macam nak demam tapi aku gagahkan diri pasang wallpaper kat dapur. Anak-anak steady!
5/6 – Suami aku masih dalam keadaan sama. moody habis. aku pon masih rasa pening-pening. Aku paksa suami buat swap tapi dia tak respon.
6/6 – Keadaan suami aku masih tak okey. tak nak makan, bercakap dan hanya diam. Aku naik risau sebab dia kata dia tak demam tapi badan tak okey. Aku paksa gak dia buat swap. Akhirnya dia pergi Klinik Panel. Syarikat suh buat Antigen. Antigen Positif terus buat PCR.
7/6 – Result PCR keluar. Sah Positif Covid-19.
8/6- Suami diangkut pergi MAEPS. Aku dah takut sebab positif dan minta suami call PKD bagitau keadaan aku yang dah mula sakit badan lain machiam. Aku pulak diberi tarikh 9/6 untuk swap. Suami dah mula demam on off.
9/6 – Lama betul aku rasa nak menunggu tarikh untuk swap. Masa ni lepas je swap test, aku terus hilang deria rasa dan bau. Keadaan makin teruk. Aku demam dan sakit badan.
9/6 – 11/6 – Penantian yang panjang untuk tunggu result. Aku mula batuk. Demam masih tak okey. Kesian anak-anak, dioarg sihat tapi aku dalam keadaan yang kurang kuat untuk uruskan diaorg. Banyak baring je. Makan pon order grab. Bila result keluar pada 11/6, PKD bagitau dia akan arrangekan aku terus ke Hospital Sungai Buloh (HSB) tapi mungkin hospital penuh aku dibawa ke MAEPS. Di MAEPS dari jam 5 petang aku menunggu. Lepas scan, tiba-tiba team kat situ macam gelabah. Minta ic aku anak beranak. Lepas tu tiba-tiba HSB call bagitau aku terpaksa dibawa ke HSB sebab aru-paru dah pneumonia. HSB akan cuba dapatkan bilik di HSB untuk aku dan anak-anak sebab suami dah ditempatkan di MAEPS.
So jam 9 malam kami ditempatkan di Anak Maria (MAEPS). Sementara menunggu untuk ke HSB, aku hanya mampu tidur ayam. Makan pon aku tak larat. semua rasa tak ada. Anak-anak pulak layan upin ipin kat Anak Maria sampai tertido.
12/6 – Jam 5 pagi kami dikejutkan untuk siap sedia ke HSB. Sepanjang dalam van KKM tu, aku memang asik batuk sampai terkencing-kencing. Mujur sampai ke HSB, barang-barang semua Frontliner bantu bawa. Aku pula terkepit-kepit tahan batuk dan kencing. Sambil bawa perut 22 minggu aku dukung diya yang ketiduran. Dina aku paksa juga untuk jalan.
7 pagi terus dapat bilik di Wad 6A katil 10A. 1 Bilik tu ada 3 katil. muat untuk kami anak beranak. Alhamdulilah, dapat lelap mata selepas tidur ayam di Anak Maria. Baru nak lelap nurse datang ambil suhu, tekanan jantung dan oksigen. memang tak larat nak tengok berapa bacaan semua tu. Sambung tidur dengan anak-anak. Tapi malam tu oksigen drop ke 94 dan kene pakai oksigen.
Suami pula semakin tak ok. Oksigen drop di MAEPS dan perlu pakai oksigen. Malam tu juga suami dikejarkan ke HSB sebab oksigen semakin drop. Dia ditempatkan di wad 7 katil 21.
13/6 – Keadaan masih tak okey. Demam batuk terkencing-kecing. Dengan keadaan tak bermaya dan tak boleh nak telan makanan. Di wad kene drip, cucuk ubat cair darah, ambil darah di nadi. Masyaallah memang sakit. Anak-anak pulak tak terurus. Kesian anak-anak terpaksa ambil makanan dan makan sendiri. Aku hanya mampu buatkan air susu atas katil.
Minta tolong kakak dina cucikan berak adik, mandikan adik. basuhkan botol susu adik dan bagi adik makan. Bilik bersepah jangan cakap. Siap minta nurse tolong kemaskan sebab aku cuma mampu duduk atas katil.
Mujur anak-anak aktif semua. Lepas tu aku minta kepada nurse dan doktor untuk pindahkan suami aku sekali dalam bilik ni. Doktor dan nurse pula minta aku bersedia jika baby meninggal dalam perut atau aku keguguran. Waktu ni aku macam marah juga eh dah kenapa sebab baby sangat aktif. Doktor baby datang dan scan baby pon aktif. Hari yang sama juga aku kene XRAY sekali lagi.
14/6 – Keadaan aku masih tak ok. demam masih on off. sakit cucuk ubat, batuk tu jangan cakap. Terkencing-kencing sampai aku pakai pampers anak aku jadikan pad. Lantak lah janji air kencing tak kene tilam. Nak panggil nurse pon aku tak terfikir sebab memang melayan sakit jangan cakap. Penadol tu memang sahabat asik makan je sebab tak tahan demam.
Bila demam kebah, badan berpeluh-peluh dan sejuk lepas tu jadi demam balik. Anak-anak buat hal sendiri. Satu haritu anak-anak tak mandi. Doktor bagitau mereka terpaksa amik aku dan tukar dengan suami. Aku angguk je sebab dah tak larat nak urus anak-anak dengan harapan suami aku dapat handle rupanya dia pon teruk..
Aku ditolak ke wad berapa aku pon tak tahu. Nak pergi bilik air pon tak larat. Tapi aku gagahkan juga sebab baju dah basah peluh. Petang tu aku cuba nak bangun lagi ke bilik air tapi nurse bagitau aku tak boleh bangun sebab keadaan makin teruk. Aku disuruh puasa kerana takut diintubated dan diberitahu akan dikejarkan ke ICU untuk pemantauan. Masa tu aku memang cukup redha seolah-olah buat la apa-apa untuk saya asalkan saya sihat.
15/6 – Tak ingat jam berapa aku ditolak ke ICU (bile semak balik rupanya jam 1pagi). lepas tu aku mula sedar tak sedar. Rasa macam balam-balam ingatan aku. Cuma aku ingat lepas diaorg pasang branula punya sakit aihhhh, diaorg tolak aku ke satu bilik untuk intubated. doktor minta aku call suami. aku call tapi suami tak angkat. aku dalam keadaan mamai sempat bagtau “suami saya memang susah nak angkat doktor” (Suami aku dengar ni dia kata kalau abg ada kt situ abg jotos ayang, haha padahal kita dah mamai). Aku terpaksa di intubated disebabkan paras oxygen sangat rendah sampai membahayakan.
Lepas tu aku cuba dengar doktor kata “dah tak payah buka baju dia, cepat gunting.. lepas tuu lenyap ingatanku. Rupanya sebelum aku ditidurkan tu doktor sempat wasap suami aku guna no aku untuk bagitau yang aku terpaksa dipakaikan tiup penafasan).
Aku tak ingat hari apa. Aku terjaga. seolah bagun dari tidur. Aku nampak kaki aku.. aku nampak baju aku pakai belang-belang. Lepas tu aku tertanya.. aku kat mana? lalu aku tertidur lagi.
Terjaga lagi.. masih ditempat yang sama, eh kenapa aku masih kat sini. Bukan tadi hanya mimpi? tertidur lagi.
Sedar-sedar je ramai nurse tengah uruskan segala apa yang ada kat aku. Masa tu tertanya nak buat apa nih?? nak pergi mana? aku disorong ke sana sini. Masa tu melalui jejantas HSB.. Dengan angin sepoi bahasa… ditolak laju macam parasit. Rupanya nak g CT Scan.
Alamak!! pertama kali nak masuk mesin ni. Aku dok tertanya-tanya macam mana gaknye masuk mesin ni. memang takut gila tapi nak lari macam mana? memang sempat fikir nak lari wey!.. pastu bila tiba giliran aku nak masuk mesin gua tu, memang rasa seriau. hahahah. orang tak pernah sakit teruk kan. Balik ke icu semula.
Di icu aku tertanya sekarang hari apa, tarikh apa? masa ku berapa? tapi nak tanya macam mana, mulut tak boleh cakap, tangan dah kene ikat. Kejab-kejab nurse datang sedut kahak. peh rasa diaaaa sakit ya hamat. Belum lagi kene cucuk sana sini. Dalam hati rasa nak maki tapi cepat-cepat istifar.. diaorang nak selamatkan aku ni.
Entah berapa lama aku tak leh tidur.Asik terfikir kat mana dina diya, kat mana suami aku pokya. Anak aku sapa jaga, suami aku ok ke? Keluarga aku tahu ke keadaaan aku ni? tiada siapa boleh beri aku jawapan. Bila tertidur je mimpi bukan-bukan. Penat dan meloyakan. Bila tutup mata je nampak benda bukan-bukan pon meloyakan. Lepas tu bila dah terkencing je masyaallah sakit ya amat. So aku putuskan jangan tidur.
Masih tak tahu hari apa biar malam dan berganti siang, siang berganti malam (aku tahu dari bayang-bayang langsir yang aku perhatikan. kalau siang da bayang-bayang orang lalu. kalau malam nampak gelap dan tiada bayang juga nurse yang bertukar-tukar shif.
Pada satu ketika tu nurse dtg kat aku. “Puan, saya minta maaf nak cuci luka czer puan”. Masa ni aku macam kene panah petir. Bila masa pulak aku bersalin. Apa jadi pada anak aku? Anak aku survive ke? tapi dia 22 minggu, mustahil nak survive. Aku memang macam tak boleh berhenti fikir. Aku sampai meleleh air mata doa kat tuhan, kalau panjang umur dia panjangkanlah, tapi kalau dia terseksa dan kau sayang dia, ambillah dan tamatkan derita dia. Sesungguhnya aku memang rasa bersalah tapi aku tak leh buat apa, ni takdir yang aku perlu tempoh.
Setiap hari aku tak putus-putus berdoa supaya aku cepat baik dan boleh keluar. Aku nak tahu sangat keadaan anak-anak dan suami aku, keluarga aku. Aku kuatkan juga diri walau menahan sakit. Gila tak sakit!! sakit sangat!!!! tapi aku tahan. Bila nurse dan doktor tanya sakit ke? aku geleng kepala. Alhamdulilah aku cuba positifkan diri dan lalui segala proses yang menyakitkan tu sebab nak baik punye pasal.
21/06 – Nurse tulis tarikh dua branula baru yang dimasukkan ke tangan aku. Waktu tu aku tahu tarikh. Hari tu doctor bagitau “Mazliana, awak dah semakin membaik. kami nak cuba buka tiup penapasan awak tapi kami kene refer luka czer awak pada O&G sebab luka awak terbuka”. Masyaallah dugaan apa lagi. Cukuplah masa diya luka bersalin keluar air, melecet. Kali ni terbuka pulak!! Terbuka tu boleh kata tinggal 1% je yang lekat.
Memang lama nak tunggu doktor O&G sampai. Aku sampai panggil nurse tanya bila nak buka tiup. Peh tak sabar-sabar. Bukan apa kalau dah buka tiup tak payah kene sedut kahak sakit yang amat-amat tu. Nurse suruh tunggu doktor O&G. Doktor datang lambat juga. lepas tu diaorg cakap, just normal saline hari2 insyallah boleh rapat. Lega aku rasa. Tapi tak buka-buka juga tiup. Aku rasa keesokkanya baru dibuka itupon tunggu doktor tak sampai-sampai. Nurse suruh sabar, doktor ada kes lain.
Aku tunggu penuh sabar. Akhirnya doktor berbangsa cina lelaki datang.. dia juga doktor yang pasangkan branula aku 21/06 tu. Doktor tu buat aku terhibur. Comel-comel. Gaya macam bukan doktor dengan pakai baju angkasawan tu. Sangat lembut dan sabar.
Akhirnya tiup penapasan aku dibuka. Masa tu batuk jangan cakap aihhhhh.. teruk juga. Mujur takde luka apa. Tekak aku okey steeeedy. Diaorg pasangkan aku mask jenis bergetah. panas aku rasa. aku kene bernafas guna hidung. kurangkan guna mulut. Ha gitulahh diajauunya.
Lepas tu slow-slow oksigen aku dikurangkan. Mask oksigen ditukar kepada yang semakin rendah. Alhamdulilah syukur sangat. Aku ikut betul-betul apa doktor dan nurse bagitau. Sebab aku nak balik!
Aku juga diajar pulak untuk minum. Memula nurse bagi minum setitik je tapi batuk dia jangan cakap. Esoknya nurse ajar minum air guna straw dan susu. Alhamdulilah… tiup susu pula dibuka sebab dah boleh minum dengan elok.
Masa aku dengar nurse sibuk carikan katil di wad untuk aku, aku happy sangat. Alhamdullah aku boleh balik wad biasa. Syukur. Tak sabar sampai asik panggil nurse tanya bila nak masuk wad biasa.
Sesungguhnya pengalaman di icu memang menggerunkan. dengan kiri kanan penuh pesakit kritikal. Ada yang tunggu masa, ada yang masih bertarung nyawa.. Ada yang berpuluh-puluh hari tak menunjukkan tanda akan baik. Aku pula alhamdulilah, organ semua tak terjejas. Syukur sangat.
Aku memang tak lupa bila doktor yang intubated aku bersorak masa aku berlalu keluar ke wad biasa. Aku juga dengar doktor bagitau “PT ni boleh keluar, dari ICU,dari HSB. Selamanya. Jangan masuk sini lagi. Keras dan bermakna.
Sampai wad biasa – Wad 5D, benda pertama aku minta dari PPK ialah tolong chargekan hp aku. HP on jeeee. menderu wasap masuk.
MasyaAllah apa dah jadi nihhhhh?? Sampai bff cakap ko lama sangat pergi planet pluto. Hahaha. lawak betul tak jadi nak nages. Aku terpinga-pinga sebab semua orang call dan video call nages-nages (masa ni sangat blur).
Selama seminggu aku perlu ambil antibiotik, cucuk cair darah, cuci luka dan makan ubat. Selepas discharge pada 28/6, aku perlu makan ubatan dan terpaksa makan ubat cair darah untuk darah beku diparu-paru selama tiga bulan. Dan sekarang aku dalam proses pemulihan dan semakin pulih. Syukur.
Sebulan berpantang (tolak beberapa hari di wad), melalui fasa post covid seperti badan sakit, susah nak berjalan, dada ketat, tangan menggeletar, badan menggigil dan berpeluh, tangan dan kaki kebas juga terpaksa naik kerusi roda selama lebih kurang 2-3 minggu.
Oh aku lupa nak cerita. sepanjang aku di ICU, tiada sesiapa memaklumkan aku bahawa anak syurgaku telah abadi disana. Sesungguhnya Allah mendengar doaku. Allah lebih sayangkan Muhammad Kim Adreean bin Zakaria. Aku redha asalkan dia tidak terseksa didunia yang semakin kelam ini.Kenapa dia terpaksa dikeluarkan? besar pengorbanan dia. Seolah bertukar nyawa dengan mamanya. Aku sangat kritikal dan doktor perlu keluarkan baby untuk selamatkan aku. Baby mmg tidak dpt diselamatkan disebabkan terlampau extreme pramatang 22 minggu 540 gram.
Sesungguhnya COVID19 bukanlah sesuatu yang boleh kauu abaikan. Sesungguhnya sakit derita yang kami lalui bukanlah mainan. Anak-anakku hampir kehilangan ibu dan ayah. Dan kami juga kehilangan bayi yang bakal dilahirkan pada oktober 2021.
Namun perancangan Allah S.W.T siapa boleh menidakkan. Alhamdulilah kami berempat dapat kembali bersama. Suami aku pula stage 4, discharge lebih awal iaitu pada 21/6, berperang dengan sakit, trauma dengan segala prosedur hospital, emosi rabak tapi alhamdulilah kembali pulih dan dapat jaga aku berpantang. Dina dan diya juga selamat dijaga oleh anak saudara sepanjang aku dan suami berada di Hospital. Dan ketika ayahnya sakit, Nurse banyak membantu mandikan, cucikan, dan buat susu. Alhamdulilah memang besar jasa dan pengorbanan frontliner yang tidak patut kita pandang enteng. Juga sahabat dan keluarga, ibu dan ayah yang mendoakan sepanjang kami bertarung dengan COVID19 .
Cuma sekarang, aku terlalu rindu anak syurgaku. Hati memberontak untuk pergi ke kubur. Aku rindu untuk bersua dengan anak syurgaku yang tak dapat aku tatap pegang dan susukan. Damailah anakku disana. Nanti kita jumpa yaa. Mama sayang adik Muhammad.
#catatancovid19survivor
#covid19survivorstage5
Kredit: Kim Hanna
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI