Nak Guna Sikit Je, Tapi Terpaksa Buka Sekotak. Simpan Lebihan Santan Cara Bijak, Tak Basi!

Share

Waktu memasak, kadang-kadang kita perlukan santan sebagai bahan masakan tapi mahu guna sedikit sahaja. Bila dah dibuka santa kotak yang dibeli, tak digunakan semua. Bila simpan dalam peti sejuk, ia menjadi rosak dan basi.

Santan yang sudah dibuka, walaupun disimpan dalam peti sejuk akan mudah rosak. Jadi sayanglah, baru diguna sedikit tapi dah basi tak boleh guna. Adamsufi Mazri telah berkongsi cara paling mudah untuk menyimpan santan.

 

Assalammualaikum another cooking tips for today

CARA PENYIMPANAN SANTAN

Assalammualaikum another cooking tips for today

#LIHAT VIDEO

Bahan:
Santan kotak
Plastic zipper@ plastic ice cream (mini size)

Caranya:
1. Bahagikan santan ke dalam plastik sama banyak
2. Simpan di peti sejuk beku

NaK guna just keluarkan Dan Defrost PADA suhu bilik, blend bersama dengan sedikit air untuk menghaluskan ia supaya tak berbiji2 Di permukaan masakan.

Artikel Lain: [Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi! Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap]

SELAMAT MENCUBA

#Tips untuk mereka Yang no choice terpaksa Beli santan kotak size besar.
#bahagikan santan ikut sekali penggunaan Dalam masakan.

Petikan artikel dari Berita Harian menjelaskan beberapa manfaat pengambilan santan:

Lazimnya individu akan terus terfikir pengambilan makanan bersantan antara punca kolesterol. Stigma masyarakat keburukan santan sebenarnya silap kerana bahan itu mempunyai khasiat yang boleh dimanfaatkan dalam masakan mahupun penjagaan kesihatan.

Penggunaan santan digunakan sejak zaman dulu, antara lain dipercayai berkhasiat melebatkan rambut dan berupaya menghaluskan kulit wajah.

Menerusi bidang kesihatan pula, santan yang kerap dimomokkan mengandungi kolesterol tinggi mempunyai manfaat seperti tinggi serat, kaya vitamin C, E, B1, B3, B5 dan B6.

Pakar Nutrisi Syarikat Perunding Nutrisi di Singapura, Shermin Low, berkata beliau komited membetulkan persepsi masyarakat mengenai dan kesannya kepada kesihatan.

Katanya, kajian menunjukkan ia santan mengandung Medium Chain Triglycerides (MCTs), boleh menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan imunisasi kerana ia memiliki kandungan anti bakteria serta dan antivirus dalam mencegah penyakit,” katanya.

Artikel Lain: [Jus Lemon & Halia, Bantu Turunkan Berat Badan. Perut Kurang Buncit, Sembelit Pun Tak Ada!]

Shermin Low, berkata santan juga mengandungi mineral seperti besi, selenium, natrium, kalsium, magnesium dan fosforus serta bebas laktosa yang menjadikannya ideal bagi individu yang alah pada laktosa dan vegan.

Beliau menyarankan masyarakat memilih dan mengambil apa saja menu secara sederhana bagi memastikan kolesterol berada pada tahap sepatutnya sekali gus memberi peluang mereka menikmati makanan tanpa sebarang masalah.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham