Nak Handle Perangai Pelik-Pelik Anak, Mak Ayah Kena Selalu ‘Buka’ Al-Quran. Pasti Lebih Sabar

Share

Tentu ibu bapa mahu memberikan didikan cara Islam kepada anak-anak. Didikan secara istiqamah anak menjadi seorang yang sopan santun, menghormati orang tua dan mendengar cakap. Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan.

Namun, sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak cara kekerasan dan membuta tuli, maka ia akan memberi kesan buruk kepada akhlak anak, jika tidak kena caranya. Bukan sahaja anda menjadi lebih sukar untuk mendengar kata, mereka jadi lebih berani untuk melawan.

Artikel Menarik: [Sup Ikan Kaya DHA Bagus Untuk Otak Bayi. Ibu Kenalah Selalu Sediakan]

Untuk menegur kesalahan anak, tidak perlukan kekerasan. Berlembut dengan mereka dan terangkan mengapa perkara itu tidak boleh dibuat. Daripada marahkan mereka, seeloknya anda terangkan mengapa sesuatu perkara itu tidak elok.

“Aliya, jangan buat adik!” Jerit mama. Kuatnya jeritan mama sehingga ke dapur boleh dengar!” Aliya, jangan suka jelir lidah kat adik. Aliya, janganlah rebut mainan tu.Aliya, kenapa mama cakap sekali tak dengar?”.

Ini adalah skrip yang sering kita dengar apabila kita memarahi anak-anak. Penatnya hati dan sudah acap kali menasihati anak, ni tapi Subhanallah nakalnya boleh membuat kita migrain!

Dari anda pening-pening dan selalu marahkan anak, cuba kuatkan hati dengan cara positif ketika mendidik anak. Anda tak pening kepala, anak-anak pun tidak rasa terabai. Pa&Ma berkongsi cara yang boleh anda gunakan untuk menangani karenah anak-anak tanpa perlu marahkan mereka.

  1. MEMBERI RANGSANGAN POSITIF

Kadangkala anak-anak menjadi nakal kerana perlukan perhatian. Ibu bapa sering memberikan perhatian dengan cara teguran jika mereka membuat salah. Mari kita tukar minda dan teknik kita. Kita memberi mereka perhatian jika mereka membuat perkara yang kita suka. ”Wah, mama sukalah Sofia dan Shaqir rajin tolong mama di dapur, Sofia dan Shaqir rajinlah!”

Berilah ganjaran yang positif seperti kata-kata motivasi yang positif, senyuman, pelukan dan ciuman jika mereka membuat perkara yang baik. Insya Allah, jika kita istiqamah mencari dan memberi pujian semasa mereka membuat sesuatu yang baik, anak-anak akan faham dan membuat perkara yang ibu bapa mereka suka.

2. BINCANG DENGAN ANAK

Jika anak kita menumpahkan susu tiada gunanya jika menjerit dan memukul anak-anak. Ini disebabkan mereka takkan faham perkara itu adalah salah. Oleh yang demikian apa yang kita harus lakukan ialah menerangkan apa yang harus dilakukan. “Sofia, okay tak pe. Ambil kain dan lap tumpahan tu.”

Dan jika mereka tidak mahu lakukannya, lakukan bersama-sama. “Sofia, kemas balik mainan tu ke dalam kotak selepas bermain ya”. Lakukan dan didik mereka dengan sabar dan tunjuk ajar agar mereka faham erti tanggungjawab atas aktiviti atau perilaku yang mereka lakukan.

3. JADILAH CONTOH TELADAN YANG BAIK

Anak-anak akan sentiasa melihat apa yang kita buat. Ibu bapa adalah guru pertama mereka. Jangan membuat perkara yang melanggar syariat Islam atau perkara yang boleh membuat mereka rasa bingung. Tunjuklah contoh akhlak yang baik pada anak-anak agar mereka meniru dan akan membesar menjadi insan yang cemerlang.

Artikel Menarik: [Anak Tak Tolak Sebab Rasa Macam Kedai, Resipi Aiskrim Sihat Buat Mak Ayah Rasa Lega!]

4. ELAK SALAH BERI KRITIKAN PADA PERILAKUNYA

Apabila kita menegur anak, pastikan yang kita menegur perilaku mereka yang kita tidak suka pada ketika itu. Jauhi dari mengungkit perkara yang lama. Tukar skrip cara kita menegur. “Sofia,tengok TV lama sangat tak bagus, mari ikut mama., tolong mama buat kuih di dapur.” Janganlah kita menegur begini” Sofia,nak jadi budak malas ya? Asyik tengok TV aje. Tutup TV tu!”.

Kadangkalanya kita akan mengungkit keperibadian adik beradik yang lain. “Sofia ni asyik tengok TV macam Along. Nanti tak pandai belajar!” Jauhi skrip sebegini. Ini akan membuat anak kurang hormat kepada ahli keluarganya yang lain.

5. BERSABAR

Selalunya apa yang anak-anak kita lakukan tidaklah kritikal, maka bersabar adalah tahap kita. Tambahan pula, mereka masih kanak-kanak. Mereka perlu banyak mencuba untuk merangsang minda mereka. Mereka harus berani melakukan perkara yang susah untuk merangsang perkembangan sosio emosi mereka.

Mereka harus berlari, memanjat dan melompat untuk merangsang perkembangan jasmani mereka. Apa harus kita lakukan ialah memantau aktiviti anak-anak. Jika ia akan mendatangkan mudarat, ketika itu kita menegur dengan baik dan berikan mereka kefahaman kenapa perilaku tersebut tidak boleh dibuat. Berbincang dengan baik kerana anak-anak kita sebenarnya boleh faham bahasa kita yang mudah apabila kita berbincang dengan mereka.

KESIMPULANNYA, sebagai ibu bapa jangan mudah tertekan. Lakukan terapi untuk menenangkan minda dan jiwa dengan selawat, istighfar dan mendengar Quran agar beroleh ketenangan dan lebih bersabar dalam menangani masalah berkaitan anak-anak.

Published by
Emy H