Pernah tak anda berhadapan dengan bau peti sejuk yang tidak menyenangkan. Buka saja pintu peti sejuk, macam-macam bau menusuk hidung. Biasanya bau busuk ini terjadi atas beberapa faktor.
Bagi anda yang ingin memastikan peti sejuk tidak berbau, perlu rajin untuk melihat makanan dan minuman apa yang disimpan. Bukan terus masukkan ke dalam peti sehingga tak tahu mana yang dah expired atau masih elok. Jika yang dah rosak eloklah dibuang terus.
Kadang walaupun makanan itu tak rosak, ada juga sesetengah makanan yang sememangnya mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bagi membantu menyelesaikan masalah ini pengguna TikTok @jason_jezi telah berkongsi bagaimana nak pastikan bau busuk itu tak melekat dalam peti sejuk.
Mesti ramai yang mengalami masalah ini kan? Ia antara perkara biasa tambah lagi dalam peti sejuk pelbagai jenis makanan disimpan. Walaupun dibersihkan secara berkala pun, bau itu tetap ada.
Ads
Jangan risau, sebenarnya ada banyak cara menghilangkan bau peti sejuk ini. Ada macam-macam petua yang dikongsikan dengan menggunakan bahan semulajadi. Tapi kali ini caranya dengan meletakkan tisu gulung saja dan semuanya dapat diselesaikan.
Ads
Macam tak percaya kan? Menurut Jason, tisu dipercayai boleh menyerap bau busuk dalam peti sejuk. Bagaimanapun, perlu diingatkan juga, kebersihan tetap perlu dijaga. Walaupun buat pelbagai tip pun, jika tiada pengurusan betul, tetap akan berbau juga.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
Perasan tak di awal-awal kita bergelar ibu bapa, apa yang berlaku pada anak pastinya diambil berat. Orang kata ibaratnya ibu bapa tak senang duduk dan tak boleh dengar anak menangis.
Namun apabila anak semakin hari semakin membesar, dan bilangan anak makin bertambah, sikap kita ada sikit berubah. Itu pun tanpa sedar. Memang semua orang nak jadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak tapi kadang-kadang diri sendiri tak perasan apakah yang berubah.
Perkongsian dari Parent Connect Consultancy, Puan Noor Afidah Abu Bakar ini ternyata menjentik hati kita yang mungkin sedikit alpa dan tak terlambat lagi untuk kebaikan anak-anak kita semua.
APAKAH YANG BERUBAH?
Apabila bayi menangis, kelam kabut ayah dan ibu mencari puncanya. “Baby lapar rasanya Mama. Bila last Ma menyusu?” tanya si ayah.
“Eh! Tak sampai sejam tadi. Belum sampai waktu menyusu lagi Pa. Basah agaknya.” Balas ibu resah sambil memeriksa lampin bayi.
“Tak penuh pun lampinnya. Angin agaknya perut dia.”
Ayah lantas kelam kabut mencari minyak telon untuk disapu di perut bayi yang tangisannya semakin kuat.
Walau disapu dan diusap, tangisan bayi masih belum reda.
Ibu memeriksa suhu badan bayi, “Tak panas pun badannya Pa. “Kenapa ya Pa?” Ibu semakin resah.
“Cuba kuatkan kipas angin dan bukakan tingkap. Abang rasa bilik ini agak ‘stuffy’. Mungkin sebab itu.” Tanpa berlengah ibu menuruti cadangan ayah. Apa saja sanggup dilakukan untuk menghentikan tangisan bayi dan mendamaikannya.
“Sama saja Pa. Tak berhenti jugak. Kenapa ni Pa? Jom kita bawa ke klinik. Risau saya.” Ibu sudah hampir mati akal. Ibu selalunya cepat tersentuh apabila anak menangis tidak berhenti. Iyalah, bukan senang hendak mengandung dan melahirkan. Jika tidak cepat bertindak, kalau berlaku apa-apa, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengubah apa-apa.
Tiba-tiba
“Eh! Ini semut merah ni. Mana datang semut? Bukankah syarikat kawalan serangga datang sembur baru-baru ini.” Ayah bingkas memeriksa ‘cot’ bayi.
“Ya Allah Ma, tengok ni. Ini bekas digigit semut. Patutlah dia menangis tidak berhenti. Sakit ni Ma. Kesian.” Ayah menunjukkan benjolan kecil pada kulit bayi akibat digigit seekor semut durjana itu. “Cepat-cepat ambik krim yang Ma beli online tu dan sapukan. Mudah-mudahan melegakan.”
Setelah digosok, dituam, disusukan, dibelai, dibuai, dan didodoi, tangisan bayi pun reda. Bayi terus tertidur dalam dakapan ayah. Lega ayah. Lega ibu.
Ibu Bapa Mula Berubah Bila Anak Boleh Berjalan & Berkata-Kata
Begitulah respon kita kepada bayi. Setiap tangisan bayi adalah satu bentuk komunikasi yang harus kita rungkaikan kerana mereka belum boleh berkata-kata. Kita tidak melihat bayi sebagai manusia yang manipulatif, dan cuba menguji. Ibu bapa yang peduli dan proaktif akan cuba untuk memahami dan mencari punca bagi mencari solusi masalah yang dihadapi oleh bayi.
Sikap kita mula berubah apabila anak sudah boleh berjalan dan berkata-kata. kita tidak lagi dengan sepenuh hati cuba untuk mencari punca. Kita jarang bertanya kenapakah anak saya begini? Kita terus bertanya apa yang harus saya lakukan? Ada yang terus melabel anak nakal, biadap, degil dan diratib tidak berhenti-henti di hadapan anak.
Mungkinkah anak tidak mempunyai skil untuk menghadapi kekecewaan maka dia selalu dilihat meragam dan memberontak apabila kecewa? Jika itu puncanya, bekalkan anak dengan skil untuk menghadapi kekecewaan. Bukannya terus marah apabila dia meragam. Hukuman tidak membina skil tersebut.
Mungkinkah anak tidak tahu cara untuk berinteraksi? Dia tidak mempunyai kosa kata yang positif dan baik untuk digunakan. Yang dia tahu hanyalah perkataan yang kasar dan mencarut untuk meluahkan perasaannya. Anak ini juga tidak mempunyai skil. Bekalkan anak dengan skil komunikasi yang positf, bukannya dengan hukuman yang tidak membantu membina skil tersebut.
Mungkinkah anak tidak berupaya untuk mengungkapkan kesakitan fizikal yang dialaminya maka dia selalu meraung walau disebabkan perkara yang kecil? Ataupun anak mungkin mengasingkan diri dan tidak berkawan disebabkan kesakitannya? Bekalkan anak dengan skil untuk memberitahu dan meluahkan. Kita juga perlu lengkapkan diri kita dengan skil untuk mendengar dan memantau, bukan hanya skil untuk membebel.
Sebagaimana seorang bayi, tingkahlaku dan tindakan seorang anak termasuklah anak remaja, adalah satu bentuk komunikasi.
Tanya diri kita, apa yang cuba anak sampaikan?
Apakah keperluan yang tidak cukup?
Apakah yang terlebih?
Apakah skil yang anak perlukan?
Kemudian sama-sama kita mencari solusi.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam sehari, berapa jam masa yang kita luangkan untuk anak-anak kita? Keluar pagi buta, bila balik dah malam. Anak-anak seronok sambut kita balik. Kita mandi, solat dan makan, kita tengok tv, anak-anak bising, anak-anak datang tanya, nak bersembang, kita marah-marah…”Bising je la, pergi duduk sana”
Baru jumpa je, dah kena marah
Perkongsian dari Firdaus Shakirin yang sangat terkesan di hati kita sebagai ibu bapa ini boleh dijadikan peringatan bersama sepanjang membesarkan anak-anak.
Anak-anak nak cerita apa yang dia buat kat sekolah, mata kita tengok handphone…Tengok fb, tegok whatsapp, taip balas komen sambal tersenyum. Anak tengok je kelakuan kita, kalau dia tanya atau cakap lebih-lebih, kita marah dia lagi, maka dia senyap, dia tak kata apa-apa.
Bila anak-anak tidur, cuba kita tengok wajah anak-anak kita. Tenung muka anak-anak kita. Itu anak-anak kita dan kita orang tuanya. Semakin lama tengok, semakin rasa bersalah. Teringat kita marah dia tadi. Teringat yang kita tak layan dia, Buat tak tahu kat dia.
Seharian anak-anak kita tunggu kepulangan kita, lama kan…then macam tu sepatutnya kita layan dia?
Hari ni kita buat macam tu dekat anak-anak kita. Tunggu lagi 10-20 tahun, agak-agaknya anak-anak kita akan buat benda yang sama tak kat kita? Masa tu kita nak kata dia derhaka sebab tak layan kita, tak sembang dengan kita, buat tak tahu kat kita?
Kita yang didik dia macam tu…
Kita tak luang masa dengan anak-anak. Kita pentingkan handphone lagi daripada anak-anak. Cubalah letak tepi handphone kita tu bila kita dirumah. Luangkan masa dengar apa yang anak-anak cakap, nak cerita, main dengan dia orang, ajar dia orang kerja-kerja sekolah. Itu tugas kita sebagai ibu bapa.
Kalau kita terlepas saat-saat ini, kita tak kan boleh kembalikan lagi dah masa bersama mereka. Mereka akan terus membesar dan akan meninggalkan kita. Masa tu kita akan rasa sunyi dengan ketiadaan mereka.
Letak Tepi Handphone Bila Di Rumah. Layan Dulu Anak-Anak Kalau Betul Sayangkan Mereka
Berikut dikongsikan beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan untuk memelihara diri dan keluarga agar sentiasa bahagia dan dilindungi.
Fitrah manusia inginkan keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan cinta. Maka amalkanlah 7 doa pendekatan dan kebahagiaan keluarga ini yang dikongsi oleh saudara Muhammad Nizar .
“Cukuplah bagiku Allah.Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung” (Surah al-Tawbah 129: 9)
“Taa’ Haa. Tiada Kami turunkan al-Quran keatasmu supaya engkau menanggung kesusahan. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan yang Maha Pemurah, berkuasa di atas Arasy” (Surah Taha 20: 1-5)
“Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia. Berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku” (Surah al-Isra’ 17: 80)
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami” (Surah al-Kahfi 18: 10)
“Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri” (Surah al-Anbiya’ 87: 21)
DOA 6: MOHON PASANGAN DAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH
“Wahai Tuhan kami, anugerakanlah kepada kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa” (Surah al-Furqan 25: 74)
DOA 7: MOHON DIRI DAN KETURUNAN TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG MENDIRIKAN SOLAT
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” (Surah Ibrahim 14: 40)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.