Ustaz Ebit Lew, pendakwah yang sangat terkenal di media sosial melalui kerja amal yang dilakukan olehnya berkongsi bagaimana cara mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Menurutnya melalui perkongsian di Instagram, beliau sebelum ini pernah melalui kehidupan yang susah dan sukar. Namun berkat doa ibu bapa, isteri serta anak-anak kehidupan menjadi lebih senang.
Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu Pernah Susah, Tidur Atas Guni
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti.
Ads
Orang Tak Nak Ambil Saya Kerja Sebab Selekeh
Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
Mula Buat Syarikat Sendiri
Ads
Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.
Saya Ada Banyak Perniagaan
Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.
Begitulah Rezeki Allah Bagi
Ads
Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya.
Seperti biasa, Ustaz Ebit Lew sentiasa menasihati semua agar sentiasa menjaga solat dan rajinkan diri bersedekah.
Sayang Ibu, Sayang Isteri Dan Anak-Anak
Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew.
Biarpun sudah 2 tahun menjalinkan ikatan sah sebagai suami isteri, ia bukan penghalang buat Dr Amalina Che Bakri bersama suaminya, Alexander Charles pulang bersanding di Malaysia.
Mengenakan busana tradisional berona unggu lembut, Dr.Amalina membawa anak sulung mereka bersama-sama ke pelamin.
Kehadiran adik Ainul sekeluarga ke majlis persandingan Dr.Amalina membuatkan ramai sebak dengan ikatan yang terjalin setelah Dr.Amalina membantu dalam pembedahan adik Ainul beberapa tahun lepas.
Malah adik Ainul kelihatan sangat gembira menghadiri majlis persandingan tersebut.
“Alhamdulillah. Barakallahu lakum wa baraka alaikum.Tahniah @dramalinabakri dan Alex. Semoga kalian berdua sentiasa bahagia selalu. Cantik sangat Dr Amalina😍”
“Ainul bukan main suka ya dapat attend majlis resepsi Dr Amalina”
“Sebelum majlis ini berlangsung, Dr Amalina selalu whatsapp isteri tanya Ainul boleh datang ke tak. Dr Amalina kata kami wajib datang. Beliau nak kami ada sekali dalam majlisnya.”
“Semalam petang pun sebelum event dia sempat whatsapp cakap ” kita jumpa malam ni ye “. Tak sabar nak jumpa ainul.
Walaupun jauh, dan dah 5 tahun berlalu, Dr Amalina sentiasa tanya keadaan Ainul secara personal.”
“Tahun lepas Dr Amalina ada balik Malaysia sekejap pun dia cuba curi masa untuk berjumpa dengan Ainul.”
“Semalam tak sempat nak ambil gambar Ainul & Bella. InshaAllah next time 😉
Alhamdulillah, apa pun dalam misi menyelamatkan Ainul dahulu, ramai orang orang baik yang Allah swt kirimkan untuk Ainul. Terlalu ramai sehingga saya tak mampu nak sebutkan satu per satu terutamanya rakyat Malaysia.”
“Tanpa bantuan rakyat Malaysia, misi ini mungkin tidak akan berjaya. Tanpa para doctors & professional, misi ini tidak akan berjaya. Tanpa doa-doa, misi ini juga tidak akan berjaya. Banyak pihak yang ambil peranan dalam misi itu dahulu dan kami sekeluarga sangat berterima kasih.”
“Semuanya saling memerlukan tanpa mengira pangkat, kaum & agama.”
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemukan dalam keadaan tragis selepas terdapat kesan torehan pada kaki dan tangan yang diikat serta kepala tersepit pada pokok.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut dipercayai dibunuh sebelum ditemui oleh ibunya sendiri di sekitar kawasan semak di Kampung Panji sekitar jam 3 petang semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Lahad Datu, Superintendan Azmir Abdul Razak, penemuan mayat terbabit diketahui selepas pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan 999.
“Menurut ibu mangsa yang berusia 20-an, anaknya keluar bermain. Namun tidak pulang ke rumah dan kali terakhir dilihat pada jam 12 tengah hari, Sabtu.
“Ibu mangsa berusaha mencari di sekitar kampung dan hanya menemui anaknya pada jam 3 petang dalam keadaan mengalami kecederaan luka bahagian kepala, kedua belah tangan dan kaki kiri manakala tangan sebelah kanan diikat menggunakan tali,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Azmir, orang awam segera meminta pertolongan pihak berkuasa selepas digesa oleh ibu mangsa.
“Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa dalam keadaan tangan kanan terikat, kepalanya turut tersepit antara dua belah pokok.
“Selain itu, kepala mangsa juga cedera dipercayai dicederakan menggunakan objek tajam. Serta kesan torehan pada kedua belah tangan dan kaki kiri,” jelasnya lagi.
Susulan itu, seorang lelaki warga asing berumur 30-an berjaya ditangkap hasil maklumat daripada orang awam.
“Turut ditahan kedua ibu bapa mangsa masing-masing berusia 20-an dan 30-an.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan,” kata Azmir dalam kenyatan tersebut.
Oleh itu, beliau menasihatkan supaya orang awam di daerah berkenaan tidak gusar dan menyampaikan maklumat yang tidak sahih.
Melalui 25 serangan jantung sehari, bayi berusia 19 bulan ini ternyata ajaib dan kuat. Ikuti kisahnya.
Si kecil Theo Fry bayi yang kuat. Pada usia 9 bulan, dia telah melalui berpuluh serangan jantung dalam masa 24 jam. Kes ini jarang berlaku dan dipercayai pertama kali bagi doktor-doktor di UK.
Ia bermula daripada masalah jantung yang mula dikesan ketika bayi comel ini berusia 9 hari. Dia berjuang untuk hidup dan melalui berbelas-belas kali pembedahan untuk hidup.
Malah ibunya pun seakan reda sekiranya Theo pergi dulu. Terakhir, pada Januari 2018, dia mengalami 25 serangan jantung sehari dan terpaksa dikejarkan ke hospital & perlu melalui pembedahan selama 10 jam. Dia anak yang kuat & pulih dengan cepat.
Kini pada usia 11 tahun 7 bulan Theo sudah pun pulih dan mampu tersenyum. Kata ibunya, Fauve, ramai yang tidak menyangka Theo akan sampai ke tahap ini.
Mengimbau kembali detik mencemaskan dia dan suami ketika kesihatan Theo masih teruk, nyawa si kecil ini seumpama di hujung tanduk.
“Jantung Theo berhenti selama 12 minit, pakar perubatan berusaha untuk sedarkan dia kembali.
“Krismas kami sekeluarga di hospital, Theo berjuang untuk setiap nafasnya,” kata ibunya lagi.