Melihatkan pelbagai aktiviti yang diatur pasangan doktor, Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr Halina Yunos buat anak-anak mereka padat dan begitu menyeronokkkan.
Sama seperti anak sulong dan kedua mereka, baik Dr Sheikh Muszaphar dan isteri sepakat memilih sukan taekwondo buat anak kembar lelaki mereka.
Berkongsi melalui Instagram, kedua pasangan ini turut memuat naik perjalanan dua beradik kembar ini untuk menjalani latihan pertama taekwondo.
“Hari ini kelas percubaan mereka di taekwondo, nak jadi macam kakak. Moga diterima, kalau dah pandai taekwondo, sure anak-anak kitorang bila bergaduh nanti up another level Hahaha. Double flying kick, back kick, segala jenis kick ada. Now diorang copy kakak-kakak je.. hehe,” kongsi Dr Halina di Instagramnya.
Menurut kata Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar, mengapa taekwondo menjadi pilihan mereka sudah semestinya kerana disiplin, hormat dan rasa tanggungjawab yang diterapkan melalui sukan itu.
Petua dan tip biasakan anak dengan latihan sukan
Sementara itu, menerusi Instagram, Dr Sheikh Muszaphar juga turut memuat naik gambar dan video latihan pertama kami pasangan kembar, Adam dan Noah. Malah bapa kepada enam cahaya mata ini turut sama berkongsi petua dan tip untuk semua ibu bapa yang memilih sukan untuk anak-anak mereka.
Anak-anak kecil kita terlalu muda untuk pilih sukan yang mereka suka. Sebagai ibu bapa kitalah memilih apa yang kita fikir terbaik untuk anak-anak.
Saya pilih renang & TaekwanDo untuk anak-anak saya dengan harapan mereka akan terus semangat sampai akhir. Bella & Tasha mulakan sukan ini sejak mereka berumur 3 tahun lagi dan sampai sekarang pun masih lagi dengan latihan taekwondo. Saya berharap anak lelaki akan melakukan perkara yang sama.
Berikut adalah beberapa petua:
1. Mulakan pada usia mereka muda
Jika anda mulakan latihan mereka masa muda dan anak-anak pun menyukai sukan itu, ada peluang yang sangat baik mereka akan terus melakukannya. Mulakan mereka dari umur 3 tahun.
2. Sediakan mereka dari segi mental
Terangkan pada kanak-kanak tentang sukan itu. Kanak-kanak akan lebih seronok jika mereka lebih memahami sukan ini.
3. Tidur nyenyak
Pastikan anak-anak mendapat rehat yang baik pada hari sebelumnya untuk mengelakkan tantrum, moody, pemarah dan lain-lain yang akan merosakkan hari itu.
4. Jadikan sukan menyeronokkan dan mengujakan
Adalah penting untuk kanak-kanak menikmati sukan. Mereka tidak jemu jika mereka seronok melakukannya.
5. Be there
Temani anak. Ibu bapa perlu berada bersama semasa latihan supaya anak rasa selesa. Buat anak lebih yakin.
6. Beritahu anda bangga
Beritahu anak betapa anda bangga dengan usaha dan pencapaian mereka. Anak-anak suka bila dapat membanggakan ibu bapa mereka.
7. Peluk cium
Saya tak percaya dengan bagi hadiah pada anak sebagai ganjaran. Beri mereka pelukan dan cium. Ini hadiah terbaik untuk anak-anak.
8. Apa yang kita harapkan daripada mereka
Terangkan pada anak apa yang kita harapkan daripada mereka. Kelas, pelajar, latihan dan sebagainya. Buat anak membina keyakinan mereka sekaligus boleh atasi rasa bimbang anak. Anak-anak ni biasanya selalu gementar tanpa mengetahui sebab apa.
9. Hari pertama penting
Kalau anak-anak enjoy masa sesi pertama, kemungkinan besar mereka mahu lebih dan tak sabar nak ke kelas seterusnya. Anda di landasan yang betul.
10. Peka dengan stress anak
Anak hilang selera makan, tantrum, cari alasan untuk tak pergi latihan dan sebagainya. Cari sebabnya bila anak berkelakuan macam ni. Mungkin boleh berehat sekejap dari latihan. Paksa anak hanya akan memburukkan keadaan.
Menarik: Nak Anak Lagi Cepat Menulis, Biasakan Latih Anak Dengan Cara Ni, Lagi Cepat Mahir!
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!